Thursday, March 3, 2011

Batman Kembali...

Pada suatu hari dalam tahun seribu sembilan ratus sembilan puluh dua, aku dikejutkan dengan panggilan talipon daripada seorang rakan karib bernama Haji Curve (dulu belum Haji lagi). "Spallan, hang nak ikut tak? ada tiket wayang special punya...". Aku tanya balik, "cerita apa ni? best ka?". "Hang mesti suka punya cerita ni, jom la, malam ni dia punya first show" kata Haji Curve lagi. Tak puas hati, aku pun tanya lagi. "cerita apa ni Curve, ok ka? hang biaq betui...". "Betui la ni, cerita Batman Returns" jawabnya lagi. Dengar saja kata cerita Batman, aku pun terus on saja, takda cerita panjang. Petang tu aku pun pi la ambil kawan aku ni dan bila sampai KL, terus pi parking kat lorong belakang kompleks Kota Raya. Settle bayaq kat Aya jaga parking, kami pun menapak la ke panggung wayang Rex untuk menyaksikan tayangan Gala Premiere Batman Returns.
.
Rupanya tayangan filem Batman Returns ni memang yang special punya. Ia merupakan tayangan Gala Primiere yang dihadiri oleh beberapa dif kehormat dan juga orang-orang kuat industri filem dan of course orang-orang kuat Tuborg yang merupakan sponsor besar tayangan filem tersebut. Kiranya tayangan pada malam tu hanyalah bagi jemputan yang datang dengan pass khas. Mana pulak la kawan aku ni dapat pass tu, but thanks a mill' Bro Curve...
.
Oleh kerana ini adalah tayangan Gala Primiere, tayangan pertama filem Batman Returns sebelum ia mula ditayangkan kepada umum, maka ada la special giftnya. Sebelum masuk ke dalam panggung aku dihulurkan dengan folder hitam Batman Returns ni. Panggung dah le gelap, folder pulak hitam, balik rumah je lah baru boleh tengok isi...

Inilah dia folder hitam Batman Returns yang aku terima. Agak-agak apa dah jadi kat folder yang member aku dapat...



Sampul surat ala aerogramme dengan penyertaan peraduan "Win A Holiday To Gotham City".


Gotham City yang dimaksudkan adalah yang berada di taman tema Warner Bros Movie World, Gold Coast, Australia. Menarik tuh kalau menang...



Ini pula adalah sticker kereta Batman Returns. Belum tampal lagi...


Tiket nak masuk panggung,
macam nak pi party Bruce Wayne...



kesemua yang dalam folder
...dah masuk kotak