Mula-mula memang aku tak perasan. Ingatkan keluaran biasa-biasa saja. Betul.....design-nya berlainan, tapi biasalah, diorang memang suka keluar design dan corak berlainan agar dapat menimbulkan minat para pembeli untuk mendapatkannya. Tapi, bila aku terbaca pada blog Edilelly & Aku, barulah aku tahu, ada Nestea 100 Nestle rupanya. Tunggu apa lagi, cargasss.....
Saturday, June 30, 2012
Friday, June 29, 2012
hitam itu menawan...
Sempena filem Batman terbaru, The Dark Knight Rises yang bakal ditayangkan bulan Julai nanti, ini dia gelasnya yang baru aku dapat setelah pekena set pizza Domino's...
Kotak hitam putih...
...dan gelasnya yang agak berat.
Dari logo Batman tu...
...boleh dilihat perkataan
"The Legend Ends".
Tu dia, imej sepenuhnya yang berada di dalam gelas. Kalau mengikut siri komik, si Bane (dalam gambar tu) adalah penjahat yang berjaya menewaskan Batman dengan menyebabkan kecederaan yang amat teruk sehingga Batman tidak dapat beraksi lagi dan terpaksa digantikan oleh bukan satu malah dua orang yang tampil untuk memegang "mantle of the Bat", iaitu Jean-Paul Valley dan Dick Grayson. Kalau nak diceritakan, tak cukup segelas, mau beberapa gelas dan beberapa biji pizza baru boleh selesai..... hahaha. Takpalah, mari kita sama-sama tunggu filemnya nanti, pasti best...
Gelas dari jenama Ocean (Thailand)
Iklan promosi dan baucer diskaun...
...serta kotaknya sekali.
Thursday, June 28, 2012
macam target memanah...
Pada satu hari tu, sedang aku berjalan-jalan di foodcourt sebuah pasaraya tiba-tiba terhenti aku di hadapan gerai kebab. Bukan sebab terpegun menengokkan daging kebabnya yang juicy lagi lazat, bukannya terkedu melihatkan pelbagai jenis kebab pada menunya yang beranika rupa dan warna tetapi terkejut tengok yang kat bawah ni. Apa tu.....?
Ahaaa.....mai aku adjust sikit.
Pastinya sudah kenal kan...
Yang membuatkan aku terkejut bukan apa, kat gerai kebab tu ada empat biji bekas straw Coca Cola ni, semuanya penuh dengan straw yang tegak berdiri dengan kemasnya. Biasanya di gerai-gerai macam ni ada satu saja, ini sampai empat. Dah macam buat decor la pula. Memandangkan begitu banyak sekali barangan kesukaan ramai ni, aku pun dengan beraninya menyapa tukang kebab dan meminta izin untuk membeli salah satu daripada bekas straw Coca Cola ni....
Tukang kebab berkata, "tak boleh, ini supplier bagi...". Jawapan "...supplier bagi" ni memang dah biasa sangat aku dengar. Mestilah supplier bagi, siapa lagi yang nak bagi ya tak...hahaha.
Aku terus mencuba nak adjust, "...sini ada empat, bolehlah saya beli satu, kalau tak pun saya beli satu bekas lain, kasi ganti ini". Namun si tukang kebab masih berkeras tak mahu melepaskan salah satu daripada empat beradik ni.
Setelah beberapa minit kat depan gerai kebab tu, rasa pun macam dah nak gagal je misi ni, tiba-tiba datang seorang lelaki dengan baju biru berkolar yang segak dan kemas. Dia berbahasa foreign dengan si tukang kebab, mungkin menanyakan apa ka masalahnya dengan brader ni (...aku le tu).
Setelah mengangguk faham, Encik Baju Biru pun menoleh kat aku dan berbahasa Melayu... "encik mahu ini?". Aku pun jawab le, "ya, saya mahu satu saja...". Maka Encik Baju Biru terus mengambil satu, mengeluarkan semua straw dan menghulurkannya kat aku. Sambil menerima aku pun bertanya, "berapakah harganya, berapakah yang perlu saya bayar?". Sambil tersenyum, Encik Baju Biru berkata "takpa...".
Aduh...jatuh segan la pula aku, dia bagi free je. Jadi sebagai membalas budi Encik Baju Biru, aku pun teruslah meng-order satu set mixed kebab dan ayaq Coke......dan terus duduk di meja makan, mengadap bekas straw Coca Cola yang baru menjadi milik aku.
Wednesday, June 27, 2012
nak pinjam kanta pembesar.....
Sebelum ni aku pernah ceritakan mengenai buku resepi Maggi (boleh lihat di sini) ni. Kali ini, pasal iklannya pula, yang baru juga aku dapat. Sebenarnya iklan seperti ini dah biasa kita lihat di letakkan (atau disangkut) pada rak-rak barangan yang diperagakan di pasaraya-pasaraya. Cuma, yang ini agak unik dan berbeza daripada yang selalu kita temui. Apakah yang menakjubkan tu.....?
Ahaaa...yang pertama adalah dari segi saiznya. Ada dua versi, yang panjaaaaang dan yang pendek (saiz normal).
Dan kedua, yang membezakannya dengan iklan/promo biasa ialah, pada iklannnya itu ada sebuah buku kenit mirip seperti buku resepi sebenar yang ditawarkan.
Bukan sekadar gambar hiasan malah buku resepi kenit ini mempunyai ring-binder dan mukasurat (siap dengan resepinya) sebagai sample.....hahaha, ajaib.
Tuesday, June 26, 2012
isi.....tarak
Makan-makan di foodcourt KLCC, dapat pula souvenir bekas makanan siap dengan sudu garfu ni. Syaratnya...bila memesan makanan, kenalah order sekali ayaq F&N...
Monday, June 25, 2012
mai kot mana ni...?
Jalan-jalan petang tadi, terjumpa pula versi "ada kotak" nih. Aduuuhhh, kenapa sekarang??? Apa boleh buat ...terus angkat ...terus tangkap gambar ...terus masuk blog ...terus masuk kotak.
dulu satu, kini bertiga.....
Ahaaa...cawan kopitiam Nescafe Menu kembali lagi. Eloklah tu, dulu aku sempat dapat sebiji saja, kali ni aku angkut selori.....hahaha. Takde lah, acah aje, tambah dua biji saja lagi. Jadi, bagi yang ter-miss dulu atau pun yang ingin menambahkan lagi koleksi cawan ini bolehlah ke pasaraya-pasaraya sementara stok masih ada. Cuma, promosi kali ini adalah bagi pembelian Nescafe Menu Ipoh White Coffee sahaja, Nescafe Menu yang lain takda offer.....
Sunday, June 24, 2012
minum susu hari ni.....?
Mug plastik F&N susu serbuk penuh krim yang aku dapat sewaktu meronda pulau mutiara beberapa bulan yang lepas. Kondisi masih cun melecun namun hanya lima biji saja yang berjaya diperolehi. Taukehnya bilang sebiji lagi dah hilang.....hmmm.
Saturday, June 23, 2012
burung dari syorga...
Beli beras Birds of Paradise, dapat pula sudu ni. Bukan satu tapi dua. Kenapa ya? Takpalah, bak kata orang putih....."who's complaining?"
Subscribe to:
Posts (Atom)