Thursday, June 28, 2012

macam target memanah...

Pada satu hari tu, sedang aku berjalan-jalan di foodcourt sebuah pasaraya tiba-tiba terhenti aku di hadapan gerai kebab. Bukan sebab terpegun menengokkan daging kebabnya yang juicy lagi lazat, bukannya terkedu melihatkan pelbagai jenis kebab pada menunya yang beranika rupa dan warna tetapi terkejut tengok yang kat bawah ni. Apa tu.....?


Ahaaa.....mai aku adjust sikit.
Pastinya sudah kenal kan...



Yang membuatkan aku terkejut bukan apa, kat gerai kebab tu ada empat biji bekas straw Coca Cola ni, semuanya penuh dengan straw yang tegak berdiri dengan kemasnya. Biasanya di gerai-gerai macam ni ada satu saja, ini sampai empat. Dah macam buat decor  la pula. Memandangkan begitu banyak sekali barangan kesukaan ramai ni, aku pun dengan beraninya menyapa tukang kebab dan meminta izin untuk membeli salah satu daripada bekas straw Coca Cola ni....


Tukang kebab berkata, "tak boleh, ini supplier bagi...". Jawapan "...supplier bagi" ni memang dah biasa sangat aku dengar. Mestilah supplier bagi, siapa lagi yang nak bagi ya tak...hahaha.



Aku terus mencuba nak adjust, "...sini ada empat, bolehlah saya beli satu, kalau tak pun saya beli satu bekas lain, kasi ganti ini". Namun si tukang kebab masih berkeras tak mahu melepaskan salah satu daripada empat beradik ni.


Setelah beberapa minit kat depan gerai kebab tu, rasa pun macam dah nak gagal je misi ni, tiba-tiba datang seorang lelaki dengan baju biru berkolar yang segak dan kemas. Dia berbahasa foreign dengan si tukang kebab, mungkin menanyakan apa ka masalahnya dengan brader ni (...aku le tu).


Setelah mengangguk faham, Encik Baju Biru pun menoleh kat aku dan berbahasa Melayu... "encik mahu ini?". Aku pun jawab le, "ya, saya mahu satu saja...". Maka Encik Baju Biru terus mengambil satu, mengeluarkan semua straw dan menghulurkannya kat aku. Sambil menerima aku pun bertanya, "berapakah harganya, berapakah yang perlu saya bayar?". Sambil tersenyum, Encik Baju Biru berkata "takpa...". 


Aduh...jatuh segan la pula aku, dia bagi free je. Jadi sebagai membalas budi Encik Baju Biru, aku pun teruslah meng-order satu set mixed kebab dan ayaq Coke......dan terus duduk di meja makan, mengadap bekas straw Coca Cola yang baru menjadi milik aku.

3 comments:

nikths said...

wah sungguh bernasib baik sekali.Ini rasanya anugerah dari si baju biru sebab 'acting' yang menjadi dan dapat anugerah pelakon harapan.....he he he...

Spallan said...

hahaha...dah tak pakai "ayat" sekarang ni bro, main "tenung" saja... hehehe

iaryylr said...

sangat menarik ! yehaaaa!