Wednesday, June 13, 2012

hijau...hijau...dimanakah dikau

Aku ni sebenarnya agak baru juga menceburi bidang mengumpul HotWheels ni. Jadi masa aku mula-mula kononnya nak jadi aktif dalam bidang ni aku ingatkan semua HotWheels ni sama saja. Tak tahu pula rupa-rupanya ada tiga kategori model HotWheels sebenarnya. Ada versi model HotWheels yang biasa (selalunya boleh di lihat tergantung beramai-ramai di rak), ada versi yang dikenali sebagai Treasure Hunts (jarang jumpa kat rak) dan yang akhir sekali versi Trea$ure Hunt$ (macam nak cari bini susahnya...).

Perbezaanya? Aku rasa dari segi rupa bentuk sama saja ketiga-tiganya cuma....ahaaaa, hari ini aku pakai "cuma" pula, asyik guna "tapi" je kan..... Ok, cuma bezanya adalah dari segi model-model itu dipersembahkan kepada kita rakyat jelata. Kalau model-model biasa stripe atau jalur pada tepi kadnya akan mengikut warna siri bagi model tersebut, mungkin merah, kuning, biru dan seumpamanya. Tapi, bagi model-model Treasure Hunts ni jalur pada tepi kadnya confirm warna hijau. Lihat saja yang di bawah ni...


Kedua-duanya adalah model motorsikal OCC Splitback keluaran tahun 2011. Model sebelah kanan dengan warna metalflake orange adalah dari siri Treasure Hunts-11 (T-Hunts) dan yang di sebelah kiri pula dengan warna spectraflame rootbeer adalah dari siri Trea$ure Hunt$-11 (T-Hunt$).


Perbezaan dengan model biasa, model-model Treasure Hunts ni biasanya mempunyai warna yang lebih menarik dan berkilat dan ini menyebabkan ia sentiasa diburu oleh para collector, disamping jumlah nya yang sedikit berbanding model-model biasa. Dan perbezaan diantara T-Hunts dan T-Hunt$ pula adalah seperti berikut...

Pada model T-Hunt$ rim tayar lima spoke digunakan...


...sedangkan pada model T-Hunts rim tayar tiga spoke digunakan.


Dan yang membezakan model T-Hunt$ dengan model T-Hunts (malah dengan semua model HotWheels yang lain) adalah tayarnya yang menggunakan tayar getah (siap berbunga) dan bukannya tayar plastik. Haaa...itulah dia keistimewaan T-Hunt$.


Tayar bagi model T-Hunts (bawah) yang hanya menggunakan tayar plastik, sama seperti model-model biasa HotWheels.


Perbezaan pada tayar belakang
Model T-Hunt$


...dan model T-Hunts.


Pastinya yang ni lebih mencengkam di jalanraya


yang ini.....mau jaga sikit, hehehe.


Maka itulah saja kisah buat hari ini. Kalau ada sesiapa yang terjumpa si "hijau" ni, baguslah kalau di simpan buat koleksi. Kalau tak pun nak souvenir kat aku pun boleh......

5 comments:

fairus said...

WAH.. NI MASTER OF HOTWHEEL NI..

Spallan said...

tidak le master bro... biasa-biasa jer, saja nak kongsi ilmu yang tak seberapa ni

iaryylr said...

syabas bro! iaryylr dulu kaki kumpul moto die cast, tapi sekarang lama tak beli sebab harganya kini tinggi, tapi kalau motor hotwheels boleh lah :) sikit sikit buat lepas gian :)

Koleksi Aku Punyer!!! said...

setakat ni aku yg hijau ni masih tak jumpa lagi...yg t-hunt biasa pon x pernah jumpa lagi pon kt pasaraya..yg ada t-hunt tu pon kena beli dlm ebay je...hu3...apa2 pon terbaikkk untuk bro spallan kerana dh memilik t-hunt$ tuh..hebat2

Spallan said...

iaryylr...tahun ni HotWheels banyak juga keluar motor bro...iayannn

Koleksi Aku Punyer!!!...tq bro