Thursday, June 14, 2012

Honda S2000

Sebelum ini ada aku terangkan mengenai perbezaan diantara model T-Hunts dan T-Hunt$ (sila rujuk disini). Bagi tahun 2012, HotWheels ada melakukan sedikit perubahan pada kad model-model ini. Bagi model T-Hunts, HotWheels masih mengekalkan jalur hijau pada kad seperti dilihat pada model '52 Chevy (post sebelum ni). Jadi, kalau sekali pandang saja pada rak, nampak yang hijau-hijau tu dah boleh kenal ada T-Hunts kat situ. Tapi bagi model T-Hunt$ pula, tiada lagi jalur hijau seperti yang kita boleh lihat pada kad model di bawah ini. Jalur berwarna biasa sahaja yang digunakan. Sepuluh kali pandang pun boleh terlepas kalau tak diteliti betul-betul. Dan T-Hunt$ sekarang mempunyai gelaran baru iaitu "Superized" (dahulunya Super Treasure Hunt). Makin bertambahlah tahap kesukaran nak cari model-model tayar getah ni.....hahaha.

Yeahhh...inilah dia Tuan-tuan dan Puan-puan, terimalah.... model Superized, Honda S2000 dari siri HW Performance 12.








3 comments:

fairus said...

UUUIII... LAJU KERETA NI..

iaryylr said...

syabas bro, lama tak beli hot wheels, aritu pembukaan pusat membeli belah setia alam ada promosi hw juga ke?

Spallan said...

fairus...lajuuuuuuuuu...

iaryylr...tq bro. pembukaan pusat membeli belah setia alam? tak pergi pula bro, tapi pembukaan tesco paradigm mall kelana jaya, sempat le pergi memburu hotwheels...hehehe