Wednesday, June 6, 2012

aduuuhhh...macamana ni

Pada hujung minggu yang baru lepas ni, aku sempatlah ke kedai hijaukuning dan ternampak akan iklan promo macam yang kat bawah ini...


Ini apa pula nih....Nak kata ada souvenir tak nampak pula terlekat kat situ. Nak kata ada peraduan, tak nampak pula borangnya tergantung di situ. Tapi tulih bermula 28 Mei, masa aku tengok tu dah 3hb Jun. Apa cerita nih.....?


Akibat daripada naluri yang sudah terusik maka setelah selesai urusan beli-membeli aku pun teruslah ke kaunter perkhidmatan pelanggan untuk menanyakan hal ini. Tapi sebelum aku sampai ke kaunter tu aku dah ternampak kilauan kotak berwarna oren dengan logo F&N. Haaaa... itulah kot souvenir-nya, langsung aku bertanya kepada Cik Nona bertugas, "tumpang tanya ya, apakah barang yang saya perlu beli untuk dapatkan gelas F&N tu...?". Jawab Cik Nona, "...oh yang tu promosinya belum mula lagi Encik". "Oooh ya ka....ok terima kasih", jawab aku. Aikkkk....macamana boleh belum bermula? Kat iklan kata 28 Mei temasya dah start, Cik Nona ini pula bilang promosi belum mula....aduhaiiii. Apa boleh buat, nak kecek macamana hebat sekali pun takkan dilepaskan sebiji dua gelas tu oleh Cik Nona sebab promosinya belum bermula, kena tunggu le gamaknya...

Tapi....ahaaa, cerita aku ni mesti ada tapi-nya ya tak? Ok, semalam aku singgah le pula ke satu lagi kedai hijaukuning (yang lain). Bila lalu kat kaunter perkhidmatan pelanggan tu aku ternampak lagi kotak oren F&N di rak souvenir dan sengajalah aku bertanya pada Cik Nona bertugas (walau pun aku dah tahu promosinya belum lagi bermula). Dengan ayat yang sama..."tumpang tanya ya, apakah barang yang saya perlu beli untuk dapatkan gelas F&N tu...?" Cik Nona ni terus membuka katalog dan mencari-cari iklan promo yang berkenaan dengan gelas F&N tu. Dalam hati aku, aku tahu mana lah ada iklan promo gelas F&N tu, ini barang baru. Tapi takpa aku biarkan saja....tengok apa Cik Nona nak kata. Selesai membelek dua tiga katalog tu Cik Nona pun berkata"...abang beli dua botol besar satu setengah liter air F&N, tak kiralah oren ka, anggur ka, nanti saya bagi satu". Mendengarkan syarat yang diberikan Cik Nona, aku pun teruslah ke dalam membeli oren dan sarsi. Proses ni perlu dilakukan segera sebab kalau dah bertukar Cik Nona yang menjaga kaunter, syaratnya mungkin bertukar juga.....hahaha. Maka Tuan-tuan dan Puan-puan, terimalah.... souvenir terbaru daripada F&N, gelas kaca berlogo embossed.









8 comments:

DINEE said...

lawa gelas..macam gelas coca cola mcd dulu..

shootbirdhero said...

Nice pick bro.

Koleksi Aku Punyer!!! said...

info yang menarik nih!! best punya cerita...nak kena g usha jugak rrr nampaknya...keh3...

Spallan said...

DINEE...yeah betul cuma yang ni senang sikit nak kumpul, ada satu jenis saja dan takda macam-macam variasi atau warna...hehehe

shootbirdhero...tq bro

Koleksi Aku Punyer!!!...begitulah kisah seorang collector...hahaha. apa-apa pun memang kena usha yang ni bro sebab sebelum-sebelum ni mcD keluarkan gelas, lepas tu pepsi, dan sekarang ni f&n pula...harusss

fairus said...

MENARIK JUGA NI..

MgtBobber said...

Hahahaha!! Best cerita bro ni!

Spallan said...

fairus...ahaa memang menarik gelas ni bro, lama juga tak nampak gelas F&N

MgtBobber...yeahhh bro, macam-macam kisah yang berlaku dunia collector ni...hehehe

iaryylr said...

iaryylr kena angkut banyak nie ! chewah! beli lebih sikit air buat stok raya :)