Thursday, June 7, 2012

panas...panas...tahan panasss

Pertama kali aku nampak iklan ini adalah pada duapuluhsatu haribulan lima yang lepas.


Lepas tu...asal nak beli air je nampak yang ni pula dok terjuntai kat kat peti sejuknya...


Akhirnya...aku tumpas jua. Jadi aku belilah juga sebiji Coca Cola Thermo Mug ni. Tapi bukan beli ini saja, kena beli dua botol ayaq soda macam dalam gambaq atas tu baru aku diizinkan membeli thermo mug nih... dengan harga tujuh ringgit sembilan kupang sebiji.


Yeahhh...itu dia, masih berbungkus plastik lagi...






Tapi kan (ahaaa...tapi lagi)... Aku ni mana boleh tahan tengok display thermo mug kat kedai-kedai myNEWS.com nih. Maka bermulalah operasi bagi mendapatkan display ni dengan thermo mugnya sekali. Bila aku tanya boleh tak aku beli dua botol dan souvenirnya aku ambil yang "display", sembilan puluh sembilan peratus menjawab tak boleh. Macam-macam alasan diberikan, boss tak bagilah, nanti supplier nak checklah, siap ada yang telefon boss dulu pun ada...hahaha. Tapi itu yang paham dan boleh bercakap Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Kena kedai yang dijaga oleh pekerja internasional yang tak berapa fasih berbahasa lagi haru, entah paham atau tidak apa yang aku tanya, dia hanya senyum, geleng kepala dan "no...".

Walau macamana pun, setiap kisah mesti ada akhirnya, samada yang seronok mahu pun yang kurang bahagia. Untuk cerita kali ini, alhamdulillah ending-nya ala fairy tale, happily ever after la katakan. Di sebuah daerah di Shah Alam, di mana sinaran mentari sentiasa menyinar dan kicauan burung memenuhi ruang angkasa raya ada lah sebuah kedai myNEWS.com yang dijaga oleh seorang Cik Nona yang bertudung. Didalam kedai tersebut terdapat dua display Coca Cola Thermo Mug ni dan dengan wajah penuh berseri-seri (akulah tu...), aku pun menyapa Cik Nona dan bertanyakan mengenai promo thermo mug tu. "oh...abang kena beli dua botol air ni, lepas tu baru boleh beli ni dengan harga tujuh ringgit sembilan puluh sen", kata Cik Nona. "Oooh, macam tu. Kalau saya beli dua air ni, tapi saya nak yang display tu boleh? Kat sini ada dua, saya nak minta satu saja. Boleh ka...?", tanya aku lagi. Cik Nona berfikir sekejap. Mungkin sebelum ni belum pernah ada orang yang minta macam tu. Mungkin sebelum ni orang yang membeli hanya hendakkan yang baru saja, bila dapat habis ditonggeng keliling nak pastikan thermo mug yang diperolehi memang betul-betul baru. Tiba-tiba datang brader sorang ni minta yang display pula, main belasah je kondisinya.  Namun akhirnya dia tersenyum dan berkata "boleh.....". Jangankan Cika Nona, aku pun tersenyum selebar-lebarnya (dalam hati la...nanti ingat aku nak ngorat dia pula...hehehe).

Jadi aku pun terus mendapatkan ayaq Coke dan membuat pembayaran duabeleas ringgit setengah untuk ayaq dan thermo mug berdisplay. Cik Nona siap bagi kotak lagi untuk sekiranya aku nak simpan thermo mug tu. Tapi beg plastik tak dapat la hari tu sebab hari tu hari Sabtu.....





6 comments:

shootbirdhero said...

Must have item...Thx for sharing !

fairus said...

PERGHH.. COCA COLA PANAS NI..

DINEE said...

pergh..otai sungguh lu ni bro..saya dapat dah satu tapi tak terpikir pun nak yang display..kotak display tuh yang mahal tuh..syabas!!

iaryylr said...

syabas Bro! iaryylr belum dapat display lagi kih kih kih...

Koleksi Aku Punyer!!! said...

aduh...dapat jugak kat dia yea...aritu aku pon ada keneng ngan minah yg jaga kaunter kt my news tuh...hampeh tak bagi...siap pujuk rayu pon tak bagi...lu mmg ayat power la bro!!! syabas!!

Spallan said...

shootbirdhero...no problem bro

fairus...panasss, yang sejuk pun ada

DINEE...biasa-biasa je bro

Iaryylr...tq bro. masih boleh dapat lagi ni, cuba dapatkan iklannya sekali bro

Koleksi Aku Puunyer!!!...ayat halusss.....hehehe