Showing posts with label Beg Plastik. Show all posts
Showing posts with label Beg Plastik. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

Sergeant Saunders ka Colonel Sanders...?

Masih lagi dengan tema beg plastik, hari ini beg plastik KFC pula. Nampak gayanya macam bukan baru, tapi tahun bila punya, tak pula aku tahu. Hmmm.....




Saturday, April 20, 2013

dua kupang sekepin.....

Sabtu.....oh Sabtu, hari berbelanja lebih. Kenapa lebih? Ya lah, setiap kali beli barang pada hari Sabtu macam hari ini, kalau tak bawa beg biru Sweden tu, atau pun yang seumpama dengannya, kenalah berbelanja dua kupang atau empat kupang lebih untuk dapatkan beg plastik buat angkat barang. Tak gitu? Hahaha...takpalah,  save the environment lah kita hari ini. 

Dan ini ada satu yang aku boleh bawa bila pergi berbelanja. Cuma agak kecik sikit...



Masa Riang, Rasa Hebat Mekdi...


...dari tahun 1996?
Mungkin juga.


Monday, September 26, 2011

bukan riuh...

Beg free dari kedai Ezy Video....tapi sampai sekarang aku belum tengok lagi cerita Rio ni. Baguih ka?


Sunday, December 26, 2010

Star Trek World Tour

Ini pula adalah buku program sempena pameran Star Trek World Tour di Singapura. Oleh kerana masa tu internet tak berleluasa macam sekarang ni, aku dapat tahu mengenai pameran ini agak lambat juga dan aku pergi pun dah hampir ke hari terakhir pameran, nasib baik sempat...



brochure-nya...



seperti biasa, ada beg plastik sebagai souvenir...

Star Trek The Exhibition

Buku program bagi Star Trek The Exhibition, sebuah pameran mengenai Star Trek yang telah berlangsung di Science Museum London lewat tahun sembilanpuluhan.

.
Pada muka kulit belakang, potret mendiang Gene Roddenberry, pencipta Star Trek...


...dan ini begnya sebagai souvenir

Friday, December 24, 2010

Ahmad Tea...

Hussain Afshar bermula dengan mengimpot teh dari India ke Iran pada tahun 1950. Sewaktu revolusi di Iran pada tahun 1979, keluarganya telah berpindah ke United Kingdom dan menjalankan bisnes tehnya di sana. Pada mulanya bisnesnya tidaklah berapa nak menjadi namun diatas nasihat seorang pengekspot teh yang berpengalaman, Afshar telah menggunakan gambar-gambar lama London pada pembungkusan produknya. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan perasaan nostalgia, “well-established” dan elemen “boleh dipercayai” pada nama Ahmad Tea. Nampaknya taktik ni berjaya dan dengan mengambil kira kedudukannya yang berada di negara yang sememangnya mempunyai kebudayaan dan tradisi sebagai peminum teh, maka nama Ahmad Tea of London kini sinonim dengan teh yang berkualiti tinggi dan diterima oleh peminum teh di serata dunia. Beg plastik ni…? Yang ni aku dapat kat sini je, Cik Amoi bagi…


Beg baru...

Beg plastik baru. Diperolehi dengan pembelian produk Pos Malaysia.