Showing posts with label Cerita TV Dulu-dulu. Show all posts
Showing posts with label Cerita TV Dulu-dulu. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

The Outer Limits

The Outer Limits adalah sebuah rancangan televisyen yang ditayangkan sekitar pertengahan tahun sembilanpuluhan. Siri asalnya adalah dari tahun 1963 dan yang ini adalah versi yang diberi nafas baru (dan cerita-cerita baru). Gaya penceritaan adalah mengikut style The Twilight Zone, berkonsepkan science fiction dan misteri, dan biasanya ada "twist" di penghujung ceirta. Poster ini mengambil salah satu imej pada intro siri sukaramai ini...


Saturday, June 26, 2010

Beavis and Butt-head

Beavis dan Butt-head adalah siri kartun yang telah dicipta oleh Mike Judge. Siri tv yang sesuai untuk tontonan orang dewasa ini telah mula ditayangkan di MTV pada tahun 1993 hinggalah ke tahun 1997. Ia mengisahkan kehidupan harian dua karakter utama iaitu Beavis dan Butt-head yang merupakan dua budak lelaki kaki rock yang masih lagi di high school. Ramai juga yang mengikuti siri ini hinggakan pada tahun 1996 telah terbit siri ini di layar perak dengan filem yang bertajuk Beavis and Butt-head Do America.
*
Kad setnya pula ada dua variasi. Satu variasi diterbitkan oleh Fleer USA dan yang satu lagi oleh Topps Cards UK. Versi yang kat bawah ni adalah dari Fleer USA dan ada 150 keping kad dalam setnya. Terdapat chase cards yang dikenali sebagai Scratch and Sniff dimana apabila diguris akan mengeluarkan (antara lain) bauan seperti burning plastic, stale cheese, herbs, smoke, grease, tacos dan lain-lain lagi...



















original packaging untuk kad set ini



album khas bagi set ini



Friday, June 25, 2010

Twin Peaks

Twin Peaks adalah sebuah siri tv yang agak pelik dan memerlukan kesabaran bila ditonton (storyline yang agak meleret-leret, tapi menarik). Siri rekaan David Lynch dan Mark Frost ini mengisahkan kes pembunuhan seorang gadis (Laura Palmer) di sebuah kampung bernama Twin Peaks. Pelbagai misteri menyelubungi kes ini, dengan karakter-karakternya yang berbagai tetapi saling berkait dan seperti mempunyai motif untuk membunuh si Laura Palmer ni, hinggalah ke elemen-elemen ajaib lagi mistik yang berlaku di kampung yang aman lagi nyaman ini. Kad set ini pula telah dikeluarkan oleh Star Pics pada tahun 1991 dan mengandungi 76 keping kad yang memaparkan scenes serta pelakon-pelakon siri popular ini.



Gadis berpakaian putih (kad yang ditengah) itulah Laura Palmer. Dan kad disebelah kiri itu pula adalah keadaannya sewaktu dijumpai...









Thursday, June 3, 2010

Yes Kemosabe....

Itulah jawapan yang sering diberikan oleh Tonto, seorang red indian yang menjadi sidekick kepada The Lone Ranger. Kepada yang tidak mengenali karakter TV ni, The Lone Ranger adalah seorang koboi bertopeng yang sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan, baik orang putih mahu pun red indian yang ditimpa bencana atau diganggu geng jahat. Kad dia adalah tiga yang teratas tu....
*
*
Tiga kad terakhir di atas tu pula adalah dari siri TV Flash Gordon. Juga ditayangkan di TV Malaysia dulu. Kalau tak silap dekat-dekat time Maghrib. Jadi, lepas balik sekolah kena cepat-cepat mandi kalau tak nak miss cerita ni...
*

*
Superman dan Batman zaman dulu....


*

Green Hornet Strikes Again...



Buck Rogers pun ada, tapi ni versi yang lama, hitam putih. Time aku tengok dulu (tahun tujuhpuluhan) Buck Rogers dah in full colour dan ada Wilma dan robotnya, Twiki.



Yang bawah ni pula adalah cantuman kad-kad yang memaparkan siri cerita The Green Hornet. Ini juga adalah versi lama, edisi hitam putih, hahaha. Yang sempat aku tengok dulu adalah yang ada kaler dan dilakonkan oleh Bruce Lee sebagai Kato. Best....



Wednesday, June 2, 2010

Captain Scarlet

Kepada yang sama time dengan aku pasti kenal rancangan sukaramai ni. Yaaa betul, ni lah dia cerita TV yang kita layan masa kecik dulu, Stingray, Thunderbirds dan Captain Scarlet and The Mysterons (dulu sebut Captain Scarlet je sebab panjang sangat). Kesemua rancangan ini telah dicipta oleh sepasang suami isteri, Gerry dan Sylvia Anderson dan telah ditayangkan di Malaysia pada tahun tujuhpuluhan dahulu. Dan kalau dah tahun tujuhpuluhan tu, dah semestinyalah ditayangkan dalam bentuk hitamputih (nowarna) dan kalau tak tayang kat channel 5, ada kat channel 8 (dua rangkain tu aje). Waktu tu belum lagi dipanggil RTM 1 atau RTM2. TV3 belum sampai lagi, Astro pula jangan mimpi la… Nak tukar channel pula kena pergi kat TV, kena pulas tombol tu. Volume kalu, kena adjust la control ala-ala reostat tu. Apa boleh buat, teknologi remote control belum sampai lagi, hahaha….

*

Ok, yang bestnya cerita ni dulu, kesemua karakter atau pelakonnya adalah patung yang menggunakan teknik yang dipanggil Supermarionation. Patung-patung ini mempunyai motor didalamnya (disamping menggunakan tali untuk pergerakan), dan mempunyai mulut yang bergerak seiring dengan apa yang sedang dipertuturkan. Canggih beb… Props nya pula adalah scale model yang terperinci pembikinannya, macam real.

*

Setakat ini siri Thunderbirds telah dijadikan live-action movie pada tahun 2004, yang membariskan pelakon-pelakon seperti Bill Paxton dan Ben Kingsley. Captain Scarlet pula dah di CGI-kan dan siri kartun ini telah dikeluarkan dengan nama baru iaitu The New Captain Scarlet pada tahun 2005. Tinggal Stingray je yang belum melalui proses pembikinan semula…










Monday, April 26, 2010

Encik Kent dan Cik Lois

Sebelum munculnya siri TV popular Smallville yang ada sekarang ni, pada awal tahun 90an dulu telah wujud siri Lois & Clark: The New Adventures of Superman yang dilakonkan oleh Dean Cain sebagai Clark/Superman (yang kemudiannya menjadi hos rancangan Ripley’s Believe It or Not) dan Teri Hetcher sebagai Lois (yang sekarang masyhur dengan siri TV Desperate Housewives). Berlangsung selama empat musim (1993-1997), siri ini mengisahkan perhubungan diantara Clark Kent dengan Lois Lane, adventure2 yang dilalui bersama Superman, dan sehinggalah ke perkahwinan Lois dan Clark pada musim ke empat.

Set trading cards dari siri TV popular ini adalah keluaran Skybox pada tahun 1995. Set lengkap (basic) mempunyai 90 keping kad. Walau pun set chase cardnya ada macam-macam aku hanya dapat mengumpul setakat set 6 “S” shield saja….













...boleh pakai ini tattoo,
tapi tak gerenti kalis peluru