Showing posts with label sampul duit. Show all posts
Showing posts with label sampul duit. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Xin Nian Kuai Le

Ni dia...last of the last, koleksi sampul Angpow 2014. Ngam-ngam dah dekat dengan sambutan Tahun Baru Cina. Kepada rakan-rakan Tionghua yang menyambutnya tahun ini, aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai. Dan bagi rakan-rakan yang lainnya, jom kita melawat rumah kawan-kawan kita ni, jangan mimpi nak dapat angpow ada isi, buat macam aku ni ha, kolek sampul saja...hahaha. 











Thursday, January 23, 2014

edisi tengah malam...

Hushhh... jam dah pukul 11:41 malam, tapi aku masih tak tidoq lagi. Busy kaaa...buat-buat busy, aku pun tak tahu, haha. Tapi takpalah memandangkan ada sikit masa lagi, mai aku update blog aku ni. Tak update kalu, harus bulan Mac nanti baru ada entri lagi...haha. 

Ok, tak lama lagi dah nak Tahun Baru Cina kan... Pastinya sekarang ni ada macam-macam promosi di pasaraya-pasaraya kegemaran kita. Ada poster, ada signboard, iklan gantung, iklan selit dan macam-macam lagi. Belum lagi nak kira yang dok bagi sample itu ini untuk di cuba. Memang muai la kalau ronda supermarket semua ni time hujung minggu. 

Tapi dalam banyak promosi yang ada, bagi aku yang paling best bila dekat time Tahun Baru Cina ni, muncullah bermacam-macam design peket angpow. Ada yang embossed, ada yang merlip, ada yang panjang, ada pendek, berlekuk, bersegi...pokoknya macam-macam bentuklah. Dan yang paling-paling best sekali...semuanya free, hahaha.

Jadi, bila dah tua bangka macam ni, nak tunggu dapat angpow yang ada isi, kirim salam la. Bak kata jiran kat England..."sorry mate, your chance of getting one's next to nothing". Maka, cukuplah sekadar dapat dikumpul yang kosong ni, yang penting cun, lawa dan free untuk dijadikan koleksi. kalau dapat jumpa tukang isi pun best juga...






















Sunday, August 18, 2013

...sampul kosong lagi

Masih lagi dalam mood raya, jalan-jalan di pasaraya, ternampaklah pula akan minuman kesukaan ramai ni. Nampak macam biasa saja kan? Nanti...


Haaa...anda nampak, apa yang aku nampak?
Yaaa...percumaaa, satu set raya paket katanya.


Sebelum ni aku ada dengar akan kewujudan sampul raya Milo ni, kelibatnya juga pernah aku nampak di fb-fb para pengumpul tegar sampul duit raya. Ingat kot ada chan' le aku terserempak dengan mana-mana Cik Milo yang dapat menghulurkan kat aku barang sebungkus dua sampul idaman ni. Namun sangkaan ku meleset.....



Rupanya, setelah hadirnya bulan Syawal yang mulia ini barulah dapat aku berjumpa dengan set sampul raya Milo ni, itu pun dalam kotak yang ber-sealedTak apalah, kena beli Milo, pun belilah.... 


Friday, August 16, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
~ maaf zahir dan batin ~

...ooops, dah hari raya kesembilan rupanya. Cepat betul masa  berlalu ya. Jadi, sempena bulan kemenangan ni, pastinya yang paling sakan meriah sana-sini adalah budak-budak ya tak? Apa taknya, boleh meronda ke sana-sini kumpul duit raya. Asal nampak rumah yang ada pelita kat luar, main redah je bagi salam dan masuk. Pekena kuih dua tiga biji, ayaq soda seteguk dan minta diri. Lepas tu apa lagi, dapat le duit raya. Best betul jadi budak-budak ni...hahaha. 

Bagi yang dah tua-tua macam aku ni, kirim salam le nak dapat duit raya. Bagi duit raya lagi ada...hahaha. Kalau duit raya dah tak dapat nak kumpul, dapat kumpul sampul duit raya pun jadi laaaa.... Inilah dia sampul duit raya tahun ini yang sempat diselamatkan...

CIMB
(adik bagi)



Tenaga Nasional Berhad
 (adik bagi)



KitKat
(kena beli cokelat)



United Overseas Bank
(Cik Nona bank bagi)



Maybank
(brader tukar duit baru bagi)



Chili's
(tukang jaga tetamu bagi)



Petron
(taukeh stesen sendiri yang bagi)



Big Apple
(tukang bungkus donut yang bagi)



Giant
(Cik Nona customer service yang bagi)



NGC Energy
(brader hantar gas yang bagi)



Prudential
(adik ipar yang bagi)



EssoMobil
(...sampul Petron habis,
brader cashier bagi yang ni pula)



Pharmaton
(Cik Nona CARiNG Pharmacy yang bagi)



Al Rajhi Bank
(makcik aku bagi
...kenapa tak isi sekali maksu oooi)



CARiNG Pharmcy
(Cik Nona farmasi yang bagi)



Giant
(anak buah yang bagi
....dia pun kumpul juga)



Pepsi
(brader 7-11 yang bagi)



Buraoil
(adik ipar yang bagi)



7-Eleven
(brader foreigner kerja 7-11 yang bagi)



Mercato
(Cik Nona cashier yang bagi)



Tesco
(bukan Nabil yang bagi,
tapi Cik Nona customer service bagi)



Mid Valley Megamall
(yang ni sampul kepada sampul duit raya...)


Ini baru sampul duit rayanya.
(ini semua...adik ipar aku bagi)




Habib Jewels
(sepupu aku yang bagi)





Terima kasih semua yang telah bagi kat aku sampul-sampul raya yang menarik ni...tahun depan bagi lagi ya....