Showing posts with label Duit Kertas. Show all posts
Showing posts with label Duit Kertas. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

baharu atau baru...?

Semalam sampul duit, hari ini duitnya... Alangkah best-nya kalau dapat duit macam ni dalam sampul ya tak? Oklah, inilah dia set khas wang kertas Malaysia siri baru yang dikeluarkan oleh Bank Negara lebihkurang ngam sebulan yang lepas. Dijangkakan akan mula digunakan dalam pertengahan tahun ini, dalam set ini terkandung wang kertas seringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit, duapuluh ringgit, limapuluh ringgit dan seratus ringgit. 

Set khas ini dijual pada harga tiga ratus ringgit setiap set, bila ditolak dengan jumlah nilai wang yang ada di dalam set (seratus lapanpuluhenam ringgit), kos sebenar set ini adalah seratus empatbelas ringgit. Kira harga special-lah untuk memperolehi folder khas berinfo dengan setiap keping note dengan nombor siri yang sama.

Ok, dalam set ini, note paling biasa adalah note limapuluh ringgit sebab designnya kita dah biasa tengok dan guna setiap hari tetapi note yang luar biasa pula, yang lama tak jumpa tapi kini muncul kembali dengan design yang lebih gah dan penuh asmara ialah note duapuluh ringgit. Amat menyerlah dan anggun dengan warna serba oren, check it out...




























Saturday, February 12, 2011

konichiwa anata no namae wa nan desu ka?

Sebut saja pasal duit jepun atau duit pokok pisang pastinya ramai yang tahu, kalau tak pernah tengok pun sekurang-kurangnya mesti dah pernah dengar mengenainya. Maka inilah dia duit yang digunakan oleh geng Nippon sewaktu mereka berleluasa di Tanah Melayu. Yang dikatakan duit pokok pisang mungkin merujuk kepada duit kertas yang bernilai ten dollars kerana pada helaian depannya memang terdapat gambar pokok pisang (dengan buahnya sekali). Tak tahu kenapa jolokan duit pokok pisang diberikan kepada duit jepun ini. Apa mungkin kerana pada masa itu duit ten dollars ni yang paling banyak digunakan atau kerana cam dan boleh relate dengan pokok pisang, terus refer semua sekali sebagai duit pokok pisang hmmm... Sekiranya ada geng numismatik yang membaca dan boleh membantu, amat dialu-alukan.

1 cent
.


5 cents



10 cents



50 cents



1 dollar



5 dollars



10 dollars



100 dollars



geng pokok pisang...



Friday, February 11, 2011

belum kena potong...

Pada satu hari, aku telah ditelefon oleh member sorang ni yang bekerja di sebuah bank. Dia bertanyakan aku samada nak beli wang kertas lima ringgit yang belum dipotong atau tidak. Aku pun cakap balik, "kau ni biar betul, nanti bank negara hantar orang tangkap aku dengan kau...". Member aku tu pun jelaskan, "ini barang legal la, memang bank negara yang keluarkan, special edition sempena duit lima ringgit yang baru...". Aku pun jawab "aaah, kalau macam tu ok la...", dan terus aku ke bank. Hehehe, pergi bank beli duit, macam kelakar pula bunyinya.
.
Inilah dia rupa duit yang aku beli tu, wang kertas bercantum RM5 yang didatangkan siap dengan foldernya sekali. Dikeluarkan pada September 1999, ia bertemakan Wawasan 2020 bagi melambangkan pencapaian serta kepesatan ekonomi yang dicapai oleh negara kita Malaysia. Wang tiga keping yang bercantum ini mempunyai tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan dan mengekalkan warna dominan hijau seperti duit lima ringgit yang terdahulu. Waktu aku beli ni dulu, ingatkan dapat duit baru ni saja rupanya ada bonus. Bila aku selak helaian belakang, disertakan juga wang kertas lima ringgit lama (bercantum) oleh Dato Ahmad Mohd Dom. Duit lima ringgit siri lama ini telah dikeluarkan pada tahun 1984.



...yang baru



dan yang lama...





Tengah aku dok belek-belek lima ringgit uncut tu, member aku sua pula yang kat bawah ni. "Hang ni pandai betui nak racun aku..." aku cakap kat dia. Tapi, bila aku buka folder tu, terpampang lapan keping duit lima ringgit yang belum dipotong. Memang cantik, memang lawa, langsung bersinar biji mata aku...






Lepas tu pula, member aku ni cuba nak meracun round kedua. Dia tunjuk pula kat aku duit lima ringgit uncut yang sebesar poster. Yang ni nak masuk folder pun tak muat, kena gulung elok-elok dan masukkan dalam poster tube yang macam budak-budak art dok usung ke sana-sini. Maaflah aku takda gambar nak tunjuk sebab aku tak beli yang tu, mahal, tak mampu aku nak meng-adjustnya. Tak ingat pula berapa keping duit lima ringgit uncut dalam versi ala poster tapi aku rasa harganya masa tu, kalau tak silaplah ya, lebih kurang empat ratus ringgit, mungkin lebih....
.
Macamana pun, untuk tidak menghampakan para pembaca sekelian, aku post sekali duit lima ringgit versi lama yang ada printing error ni sebagai ganti. Ahaaa, pada suatu masa dahulu, agak kecoh juga dengan kemunculan duit lima ringgit bersalib seperti yang di bawah ini. Macam-macam spekulasi dan cerita yang timbul. Salah print lah, limited editionlah dan sebagainya. Bagi aku yang masa tu masih belajar, agak ketat juga kalau asyik nak simpan duit "bersalib" ni, sekurang-kurangnya kalau diguna, lepas makan nasi tengahari. Tapi takpalah, kerana melayan jiwa collector yang tak seberapa ini, aku simpan jugalah sekeping dua buat kenang-kenangan....... walaupun tengahari ku hanya bertemankan ayaq watercooler.