Showing posts with label Duit Syiling. Show all posts
Showing posts with label Duit Syiling. Show all posts

Friday, September 20, 2013

...double trouble

Rasanya macam baru saja aku pergi ke Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia hari tu, tapi pada tujuhbelas september lepas, sekali lagi aku terpanggil untuk singgah dan beratur beramai-ramai lagi di situ. 




Kali ini untuk dapatkan
Syiling Peringatan Perayaan Hari Malaysia yang ke-50.


Terdapat tiga jenis syiling yang dikeluarkan iaitu, emas pruf, perak berwarna pruf dan emas nordic.


Aku hanya nakkan yang emas nordic saja. Bagi collector tegar, ramai yang dapatkan syiling pruf emas dan perak.


Ok, memandangkan sebelum ini aku datang seawal sembilan pagi dan terpaksa beratur lebih dua jam, aku ingat, kali ni aku datang lambat sikitlah, untung-untung tak payah beratur lama. Jadi aku pun sampailah galeri dalam pukul duabelas tengahari.


Humpphhh, sangkaan aku meleset samasekali. Memang le bila aku sampai boleh terus beratur di dalam ruang legar bangunan, tak perlu beratur sehingga ke luar, tapi masa yang diambil untuk aku beratur tu sikit lebihkurang sama macam hari tu juga. Dekat dua jam juga le aku kena berdiri...hahaha.


Sedang dok beratur tu datanglah brader bertugas memberitahu yang set tiga-dalam-satu dan set dua-dalam-satu sudah habis dijual, yang tinggal cuma syiling emas dan perak (single) dan emas nordic. Ada collector yang terus balik bila mendengarkan pengumuman tu. Dalam hati aku, emas nordic keluar duapuluhlima ribu keping, takkan boleh habis kot.....



Masa beratur tu jugalah, macam-macam rungutan collector tegar yang aku dengar. Rata-rata dok mengeluh yang depa tak tahu yang syiling peringatan tu keluar hari tu. Depa ingat keluar enambelas haribulan, tapi masa enambelas haribulan takda apa-apa pun, ingatkan tak jadi.


Kiranya, yang datang hari tu ada yang tak sempat ambil cuti, ada yang lambat sampai dan macam-macam lagi. Patut le aku tengok ada uncle tu, hari tu jauh ke depan dari tempat aku beratur tapi kali ni dia boleh belakang dari aku lagi. Hmmm...


Lepas dua jam berdiri, akhirnya aku dah sampai ke escalator untuk naik ke atas. Yezzza, naik atas, sampai ke kaunter, beli dan boleh balik. Tapi..., belum sempat aku pijak tangga letrik tu, datang lagi brader bertugas. Dia kata..."emas nordic dah habis, emas nordic dah habis ya...".


Terkedu aku disitu. HABIS??? Aduh....macamana boleh jadi macam ni? Macam tak percaya pun ada. Terus rasa menyesal pula sebab datang lambat, lagi menyesal mengenangkan dah berdiri lebih dua jam...habuk pun tarak. Finito...yeelek...wes entek....entik resik, aduhhhh. Nak puaskan hati, bila tiba giliran, aku naik juga la ke atas. Tanya sendiri kat kaunter tu kot-kot ada spare, bila confirm habis, aku pun turun dengan hati gundah gulana...


Kat luar, aku ngendeng le brader-brader yang dah beli. Kecek punye kecek, dapat le aku beli satu set emas nordic ni, bukan dua-dalam-satu tapi harga untuk dua tapi dapatnya satu......jadi laaa.

Wednesday, September 4, 2013

senaman pagi...?

Pada Isnin dua haribulan yang lepas aku telah ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara. Nak buat apa ya? Haaa....untuk dapatkan duit syiling peringatan Jubli Emas Muzium Negara. Aku sampai dalam pukul sembilan setengah pagi dan geng yang beratur dah melimpah-ruah sampai ke luar bangunan. Difahamkan (dari sumber yang boleh dipercayai), seawal enam pagi dah ada yang mula beratur....perghhh. Aku sempat lagi pi makan nasi lemak tanglin sebelum mai sini.



Memandangkan ini adalah juga bangunan Bank Negara, maka kelihatanlah brader-brader polis yang sentiasa bersedia mengawal keadaan...


Setelah hampir setengah jam beratur di luar bangunan sambil menikmati cahaya matahari pagi dan menyerap vitamin D sebanyak mungkin, akhirnya aku tibalah ke muka pintu bangunan Muzium dan Galeri ni. Baru sampai pintu brader, belum masuk lagi...hahaha.


Ini kira check-point kedua,
yang pertama....nuuun kat depan sana.


Sebaik saja aku masuk ke dalam,
tu dia.....punyalah panjang.


Setelah lebih satu setengah jam beratur,
barulah aku sampai kat check-point pertama ni.


...dan di belakang aku, masih ramai yang setia berdiri dengan sopan dan teratur.


Bila sampai di hadapan barisan, sepuluh orang yang dihadapan sekali akan beratur di sebelah kanan. 


Mereka inilah yang akan dibenarkan untuk naik ke atas dahulu. Maknanya, hanya sepuluh orang sahaja yang dibenarkan berurusan pada satu-satu masa. 


Tengah dok beratur tu, brader polis memberitahu "set dua syiling dah habis ya...". Maka kedengaranlah keluhan collector tegar yang sudah dua jam beratur...


Pada pukul sebelas tigapuluhlima, setelah lenguh segala sendi-sendi dan urat-urat kaki aku ni, akhirnya aku sampailah ke tingkat atas di mana operasi menjual duit syiling peringatan ini di jalankan.


Sambil membeli...


...sambil gambar kita diambil.


Inilah brader dari Ampang yang melayan sembang dengan aku sepanjang dok beratoq tadi. First time mari katanya, tapi bessstttt.


Di kaunter, dinyatakan had pembelian yang dibenarkan. Jangan risau, aku beli sikit je..


Selesai pembelian, aku pun ucapkan selamat tinggal kepada Nona-nona Bank Negara dan bersalaman dengan Brader Ampang. Dia siap pesan lagi, nanti enambelas haribulan datang lagi, kita jumpa. Ahaaa...


Dan, inilah dia duit syiling peringatan
yang aku beli hari tu...







Pen ni bukan dapat free...


...tapi kena beli untuk dapatkan beg ni free, hahaha. Syarat yang ditetapkan oleh Nona penjaga galeri souvenir.


Monday, September 12, 2011

duit raya siapa ni...?

Sementara tengah kuat semangat raya dan rancak memberi duit raya (dapat duit raya tu takda la.....), inilah dia duit syiling baru yang bakal digunakan bermula pada tahun hadapan. Set syiling peringatan berfolder ini sempat juga aku dapat dengan khidmat rakan adik aku, walau pun pada mulanya macam dah nak ter-miss. Difahamkan hanya 500,000 set syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) yang dikeluarkan dan pada kadar sepuluh ringgit setiap set, banyak juga yang BNM dapat hehehe....


Bermacam komen (di blog-blog lain) mengenai syiling ni, ada yang kata kecil sedikit, ada yang kata ringan, design ala-ala syiling euro dan bermacam-macam lagi. Bagi aku, tak dapat nak pastikan sebab tak sanggup pula nak koyak folder ni dan test dengan syiling-syiling yang ada sekarang. Apa-apa pun kita tunggu saja tahun depan bila mula digunakan. Boleh guna buat bayar kat mesin parking ka, boleh guna kat vending machine ka dan segala yang seumpama dengannya.... nanti kita cuba.