Showing posts with label Mugs. Show all posts
Showing posts with label Mugs. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

...Boh hari tu dah habis ka?

Jalan-jalan di Ipoh hari tu,
aku beli sekotak teh ni...


...tapi beli sekotak
yang dok ada dalam bekas macam ni le.


Hahaha...aku tau, souvenir ni dah lama keluar, tapi ada sebabnya aku beli yang ni (di samping memang nak minum tehnya of course). Baca dulu...


Ok, dari tepi,
siap dengan pembalut...


...dan tanpa pembalut.


Inilah rupa bekasnya, sebijik macam yang Coca Cola bagi, cuma yang ni ada warna kuning di tepi dan yang Coca Cola punya ada warna merah.


Jenamanya, Lock&Lock, memang sama. Tiada sebarang logo Lipton pun pada bekas, tinggal lagi bekas ni ada insert dan ada bungkusan luar yang menunjukkan ia souvenir daripada Lipton. Ok sikit la berbanding dengan Coca Cola yang hanya di tampal sticker kenit sebiji...


dan, ahaaa....inilah dia tujuannya kenapa aku beli teh ni.


Dengan menambah beli sepeket kenit teh Lipton (untuk memenuhi syarat belian limaringgit ke atas), maka aku dapat le mug Lipton ni...


Boleh tahan juga,
dengan design ala frosted-nya.


Dalam gambar offer tu,
takda pula tunjuk ada penutup...


....aaaah, tak kisahlah,
hantam saja laaa.


Thursday, May 23, 2013

...tak boleh makan ni

Mug Cadbury dengan warna dan bentuk seperti cokelatnya yang baru dikepak dari bungkusan. Mmmmm...kalau tengah sopan, kepak le elok-elok, kalau tengah takda orang dan takde nak share-share...tokak je sampai habis, hehehe. 







Tuesday, May 21, 2013

...betul-betul free

Haaa...yang ni aku tak payah beli apa-apa pun aku boleh dapat, senyum lebih-lebih pun tak payah. Cuma, aku perlu ucapkan terima kasih saja sebab set mug Munchys ni adik aku yang hadiahkan kat aku. Enam tujuh pek biskut ni dia beli dan mug yang cukup set design-nya ni dia bagi kat aku dan yang selebihnya, dia bagi anak-anak dia pakai.  Eh...aku tanya balik, kenapa tak bagi diorang  guna je mug-mug ni? Adik aku jawab dengan selambanya, "tak payah...dua tiga biji ni pun dah cukup". Oh... terimakasih kalau gitu...hahaha.

Mug Si Bapa


Mug Si Ibu


Mug Si Abang


Mug Si Adik



mug...beramai-ramai



Boleh juga di susun meninggi...


...bagi menampakkan
efek berpegangan tangan. Hmmm...


Friday, May 17, 2013

...segantang serbuk kopi

Tray...sudah, coaster...sudah, fridge magnet...sudah, suratkhabar dan poster...sudah, kereta volkswagen punnn sudah, sampaikan breakfast free pun sudah di balun. Akhirnya, tibalah masa untuk mug ulangtahun Nescafé yang ke tujuhlima ini dipersembahkan.



Sewaktu mula-mula keluar hari tu aku tak terus angkat set ni. Sememangnya aku agak teruja nak membeli, tapi kena kawal sikit. Sengaja aku lengah-lengahkan pembelian... Kenapa ya?



Sebab yang pertama. Seperti mug-mug Nescafé yang dikeluarkan sebelum ni, ia akan berada agak lama di pasaran. Jadi, aku fikir tak payah le aku nak gelut beli awal-awal, lambat sikit pun takpa. Tak habis der semua mug-mug tu...hahaha.



Dan sebab yang kedua dan yang paling penting. Masa set ni mula keluar hari tu, harganya hampir mencecah duapuluhtujuh ringgit sekotak. Perghhh...ala-ala tak munasabah bagi aku (bagi aku le...). Dan berdasarkan pengalaman, sikit lagi mesti turun sampai dualpuluhsatu ringgit set ni dan terbukti, dah turun pun sekarang ni. Bukan apa, aku ni nak angkat tiga empat lima biji sekaligus jadi savings tu mau kasi maksimum la kan...betul tak?



 Maka inilah dia mug anniversary
Nescafé yang ke tujuhpululima.




Dan ini pula mugnya masa
ulangtahunnya yang ke tujuhpuluh.


...siap ada chop
tahun kelahiran kat bawah mug.


Thursday, April 25, 2013

sekilas ikan di air...?

Sekali pandang,
memang aku tak perasan...



Dua kali pandang,
serupa juga, nampak biasa je...



Mug amende ni ada ikan-ikan,
siap dengan teknik berisi air pulak tu.



Tapi...bila aku pandang ke dalam. Eh..eh...macam kenal pulak font huruf K tu...



Laaa...mug KitKat rupanya. Apasal warna biru, apa hal pulak ada ikan-ikan ni.... Mana la aku nak cham....hahaha.



Tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal...tak boleh buat-buat tak tahu ya tak? Tak pasti pula aku promosi bila mug ni keluar tapi kat kedai runcit tu ada dua biji, satu hijau dan satu biru. Aku pilih yang biru. Yang ni senyum sepuluh kali pun takda Cik Amoi yang nak bagi free. Kena huloq lapan ragok baru dapat....hahaha, janji happy.


Tuesday, April 23, 2013

.....tersengih dapat

WOW!!!.....Apa tu?


Inilah dia set tiga biji mug daripada KitKat. Nak kata baru keluar tu, idak le. Kalau tak silap aku keluar dalam dua tiga bulan yang lepas. Aku ni je yang baru nak post. 


Cara nak dapatkannya sama macam selalu. Kena lah beli sebungkus KitKat 2-finger, baru boleh dapat sebiji.



Tinggal lagi, aku tak beli apa-apa pun untuk dapatkan set ni...



Sebab...adik aku yang bagi aku semua ni. Yeeehaaa...thank youuuuu.


Wednesday, January 16, 2013

kasi kaw punyer.....

Dari tahun lepas lagi aku dok usha kopi ni.....kopi Ah Huat. Bila aku cuba minum....mmmmm, boleh tahan. Ada empat jenis perisa semuanya tapi yang aku suka yang bawah ni, versi Lebih Kaw. Oleh kerana masa tu souvenir-nya hanyalah sebuah beg multi-purpose yang berlogokan Alicafe (kopi Ah Huat ni produk Power Root) dan bukannya Ah Huat, jadi aku tangguhkan dulu pembelian.



Nak jadi cerita, hari minggu yang lepas aku terjumpa lagi promo kopi Ah Huat ni. Memandangkan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, maka bermacam-macamlah souvenir yang diberikan dengan pembelian dua pek kopi Ah Huat. Berbaloi juga la penangguhan aku dulu tu, hahaha. Dan inilah dia souvenir-nya.....

beg kertas buat isi souvenir




kipas tangan manual




set angpow









dan akhir sekali, mug kopi Ah Huat.
tak sahlah produk ayaq kopi kalau tak bagi mug ya tak.....?