Showing posts with label Toys. Show all posts
Showing posts with label Toys. Show all posts

Monday, January 27, 2014

kenapa susahkan hidup ku.....

Promosi kedai biru putih ni baru saja tamat seminggu dua yang lepas. Syaratnya....kena kumpul sticker macam yang kat bawah ni. Bagi pembelian lima puluh ringgit ke atas, customer akan dapat sebiji sticker. Kalau dalam pembelian tu termasuk barangan yang termaktub dalam senarai barangan promosi, boleh le dapat sebiji lagi sticker. Begitulah seterusnya sampailah cukup nas sepuluh sticker...



...maka dapat lah claim kotak
yang macam di bawah ni.


Kotak yang penuh warna-warni dan
menarik sekali.....haha.


Ok, dalam kotak ni pula ada satu beg hitam. Kalau nak ikutkan, isinya adalah salah satu karakter kartun yang gambarnya pada sisi kotak atas tu, karakter kartun Marvel atau Disney. Yang lecehnya, pada luar kotak takda sebarang tanda pun akan apakah isi kotak tu. Jadi, ini menjadikan kerja mengumpul complete set ini amat sukar dan tinggi belanjanya.


Walau bagaimana pun, setelah sedikit penelitian.... rupa-rupanya ada tanda yang memberi clue akan apakah yang ada dalam beg hitam penuh misteri itu. Cuba Tuan-tuan dan Puan-puan tengok betul-betul gambar bawah ni... nampak tak?


Meh, saya tolong dengan pen ajaib ni. Nampak tak huruf L tu? Haaa...sebenarnya huruf L tu menandakan dalam beg tu ada karakter Buzz Lightyear, huruf E (Sully), huruf K (Woody), huruf C (Mike), no.3 (Thor), no.7 (Hulk), no.8 (Captain America),  no.9 (Iron Man) dan no.10 (Spider Man). Namun...info ni tak berguna juga sebenarnya sebab setelah kita claim sekotak, bawa balik rumah, duduk kat meja makan dan koyak sampai rabak kotak, barulah kita dapat tengok huruf/nombor pada plastik hitam tu. Masa tu lah baru kita tahu samada kita dapat yang baru (belum ada) atau dah dapat yang double, triple atau quadruple.....kahkahkah.



The Mighty Thor



The Amazing Spider-Man



The Invincible Iron Man



The Incredible Hulk



Captain America



Mike Wazowski



James P. "Sully" Sullivan



Woody



Buzz Lightyear



...selamaaat.


Saturday, December 11, 2010

Titanium lagi...

Juga dikeluarkan oleh Hasbro, Titanium Series kali ini merangkumi set karakter dari filem Spider Man 3 dan juga Marvel Legends. Tak pasti ada berapa karakter yang ada kesemuanya tapi yang aku ada hanya ini sahaja. Dan seperti biasa, geng superhero dan supervillain ni diperbuat daripada besi, siap colour dan ada stand memasing. Cuma aku je yang tak display, biar duduk dalam kotak...
.
Spiderman
.
Sandman
.


Human Torch



Thing



Doctor Doom



Ghost Rider



Wolverine




Friday, December 10, 2010

Magneto, Hulk, Doctor Doom & Gang

Juga dari Hasbro dari siri Titanium Series Die-cast kali ini giliran Marvel Legends...

Magneto




Hulk




Doctor Doom




Thing




Juggernaut





Lelaki Lelabah dan Kawan-kawannya...

Pada tahun 2006, Hasbro telah memperkenalkan set Marvel Heroes dalam siri Titanium Series Die-Cast. Dalam set ini beberapa karakter dari siri komik Marvel telah dipilih dan dijadikan model yang diperbuat daripada besi, complete dengan warna dan display standnya sekali. Aku sempat le menghimpun beberapa karakter untuk dijadikan koleksi yang dah masuk kotak...

Spiderman
.



Green Goblin




Doctor Octopus