Showing posts with label Warner Bros Studios. Show all posts
Showing posts with label Warner Bros Studios. Show all posts

Monday, June 27, 2011

...what's up doc?

Mula masuk koleksi pertengahan tahun sembilanpuluhan dulu, kiranya dah lebih sepuluh tahun dah masuk kotak....hehehe. Ini merupakan koleksi pinggan karakter kartun dari siri The Looney Tunes. Setiap imej yang dipaparkan telah diambil dari siri originalnya yang mula disiarkan pada tahun limapuluhan dahulu. Karakter-karakter kegemaran termasuklah Bugs Bunny, Daffy Duck, Tweety & Syklvester, dan Elmer.


















Tuesday, March 8, 2011

Batman nak minum coke?

Ini merupakan bust Batman animated series yang dikeluarkan oleh Warner Bros. Studios pada pertengahan tahun sembilanpuluhan. Agak besar juga dan berat. Bayangkanlah, sewaktu membelinya dahulu aku terpaksa usung ke sana ke mari dan balik rumah naik bas. Hahaha, orang lain semuanya tengok, apalah yang dibawa mamat sorang ni...
.
Sebenarnya ada satu lagi bust, iaitu rakan baiknya Superman (pun dari animated series), tapi aku cuma beli yang ni sahaja. Nanti karang macam sarkis la pula bila bawa dua-dua ni berjalan naik bas.....









Monday, February 28, 2011

empat sekawan

Berdasarkan kepada filem Batman Forever (2005), Warner Bros Studios telah mengeluarkan siri patung yang merangkumi empat karakter utama filem tersebut iaitu Batman, Robin, Riddler dan Two Face. Dengan ketinggian lebihkurang duabelas inci, memang cun kalau di display, tapi tak boleh lama-lama sebab lepas tu semua pakat ramai-ramai masuk kotak...

Batman
(lakonan Val Kilmer)






Robin
(lakonan Chris O'Donnell)





The Riddler
(lakonan Jim Carrey)






Two Face
(lakonan Tommy Lee Jones)





da Geng...


Thursday, February 10, 2011

Kisah si anak kucing

Sylvester J. Pussycat Jr. adalah anak kepada Sylvester. Lebih dikenali sebagai Sylvester Junior atau kadang-kadang sebagai “Spoiled Brat”, kemunculannya pada kaca televisyen bermula sejak tahun 1949 dan biasanya bersama dengan bapanya Silvester dan jarang sebagai karakter solo. Kalau dari segi rupa, dia ni sebiji macam bapa dia, dengan bulu hitam dan putih ala tuxedo, cuma kepala dia saja yang agak besar sikit. Mungkin ini yang menyebabkannya nampak kiut sikit...hmmm.
.
Berumur tiga setengah tahun, si junior amat menghormati bapanya cuma apabila bapanya melakukan perkara-perkara tak masuk akal dan memalukan dia akan seperti menyesal dan berasa malu diatas tindakan bapanya sehingga kadang-kadang menutup muka dengan beg kertas sambil berkata "Oh father...".
.
Dibawah ini adalah dekor berupa Sylvester dan anaknya Sylvester Junior. Dua beranak ini pergi memancing dan masing-masing sedang melihat hasil tangkapan yang diperolehi. Nampaknya si bapa seperti tak berpuas hati dengan tangkapan anaknya yang jauh lebih besar….




Kisah seekor kucing...

Sylvester J. Pussycat Sr atau lebih dikenali sebagai Puddy Tat adalah seekor kucing animasi Warner Bros yang pertama kali muncul pada kaca televisyen pada tahun 1945. Kita biasa melihat gelagatnya mengejar dan sentiasa ingin cuba memakan burung kenari berwarna kuning yang bernama Tweety Bird, disamping seorang nenek yang sentiasa menyebelahi si kenari. Nama Silvester ini dikatakan diambil dari nama saintifik kucing liar iaitu Felis Silvestris walau pun pada hakikatnya Silvester merupakan kucing domestik berbulu ala tuxedo hitam putih yang sebenarnya mempunyai nama saintifik Felis Catus. Antara ayat yang masyhur dan selalu didengar apabila melayan siri ini adalah “ I tawt I taw a puddy tat” dan “bad ol’ puddy tat” yang sering disebut oleh Tweety Bird dan tatkala munculnya Silvester dan bagi Silvester pula, ayat kegemarannya adalah "sufferin' succotash!" (succotash merupakan sejenis masakan yang mengandungi jagung, kekacang dan bijirin, kenapa dia dok sebut succotash aku tak pasti…). Ok, ini pula adalah fish bowl keluaran Warner Bros Studio. Ia mempunyai karakter Silvester yang sedang beraksi seperti ingin menerkam ikan yang dipelihara. Suatu masa dahulu memang aku gunakan untuk bela ikan tapi sekarang tidak lagi….










...sekarang,
lebih mudah dan selamat

Wednesday, February 9, 2011

Kisah skunk dan kucing...

Pepé Le Pew adalah satu karakter animasi Warner Bros yang pertama kali muncul dalam siri Looney Tunes dan Merrie Melodies pada tahun 1945. Ia merupakan seekor skunk yang tinggal di Paris (kota percintaan) yang sentiasa tercari-cari akan pasangan hidupnya, kiranya mat cintan la ni. Biasanya siri animasi ini akan berkisar tentang Pepé dengan (kononnya pasangan idamannya) Penelope Pussycat.
.
Pada tanggapan Pepé, Penelope adalah seekor skunk sepertinya, walhal Penelope sebenarnya adalah seekor kucing yang dengan tidak sengaja terkena cat putih pada bahagian belakangnya sehingga menyebabkan ia kelihatan seperti seekor skunk, sama seperti Pepé. Jadi, Pepé yang sudah tangkap cintan dengan Penelope akan melakukan seribu satu macam usaha dan taktik bagi menawan hati dan mendapatkan Penelope, sedangkan Penelope pula, yang sebenarnya seekor kucing memang tak lalu sangat dengan Pepé kerana baunya…

Dari dua karakter tersebut, Warner Bros Studios telah mengeluarkan snow globe ini yang bertajuk “I See Love In Your Future”. Kononnya si Pepé sedang melihat masa depannya dengan bantuan Crystal Globe dan nampak dirinya sedang memeluk dan mencium si Penelope, walau pun si Penelope nampak macam terpaksa…hahaha.