Showing posts with label Star Wars. Show all posts
Showing posts with label Star Wars. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

set burger si kecil...

Kotak yang digunakan oleh Burger King untuk meal kanak-kanak sempena penayangan filem Star Wars Episode III pada tahun 2005....kotak yang dah masuk kotak.


Saturday, January 8, 2011

Pinggan Star Wars

Pinggan collectible Star Trek dah kasi keluar takkan pinggan Star Wars tak kasi posting ye tak? Ok, inilah dia pinggan-pinggan dari filem-filem Star Wars yang dah masuk kotak. Dari siri Star Wars Trilogy Plate Collection, ketiga-tiga pinggan ini telah dilukis oleh Morgan Weistling dan dikeluarkan oleh The Hamilton Collection. Seperti pinggan-pinggan collectible sebelum ni, keluarannya adalah terhad kepada duapuluhlapan hari pembakaran di mana selepas itu mould atau acuan bagi pembikinan pinggan ini akan dimusnahkan dan tiada lagi pengeluaran pinggan collectible ini buat selama-lamanya. Setiap pinggan disertakan dengan sijil pengesahan dan nombor siri masing-masing.

Star Wars



The Empire Strikes Back



Return of the Jedi


Sunday, November 21, 2010

Dari wayang ke komik...

Filem Star Wars yang pertama telah ditayangkan pada tahun 1977. Oleh kerana ia adalah salah satu filem fiksyen sains yang sangat baik lagi menarik, Marvel Comics telah mengadaptasikan filem tersebut ke dalam bentuk komik. Beberapa isu komik penuh warna telah diterbitkan dan enam isu pertama dari siri tersebut telah dikumpulkan menjadi novel komik hitam putih. Dan inilah dia novel yang dimaksudkan. Boleh masuk kocek dan senang hendak dibawa ke mana sahaja.



Star Wars Annual 1

Star Wars Annual No.1 ini telah diterbitkan oleh Brown and Watson pada tahun 1978. Mempunyai kulit tebal/keras dan penuh warna, ia padat dengn info dari filem Star Wars yang pertama seperti perihal pelakon, info cara pembikinan filem dan bermacam-macam lagi. May The Force be With You....

Boleh dibaca dalam bilik gelap?

Golden Books adalah sebuah syarikat yang menerbitkan buku kanak-kanak. Pada tahun 1997, ia telah menerbitkan satu rangkaian buku cerita yang berkaitan dengan Star Wars. Aku sempatlah menyimpan sebuah daripada buku-buku tersebut yang bertajuk Star Wars Pilots and Spacecraft. Yang membuat aku tertarik, terpikat dan terus angkat buku ini adalah kerana teknik "glow-in-the-dark" yang digunakan pada buku ini. Setelah membaca di bilik terang, sebaik sahaja lampu dipadamkan, imej pada muka surat buku akan seolah-olah menyala dan menjadi terang. Fuyooo...




Buku Star Wars kulit tebal...

Sebuah buku berkulit tebal/keras yang bersaiz besar sikit daripada kertas A4. Terbitan St Micahel, buku cerita Star Wars Return of The Jedi ini dikeluarkan pada tahun 1983 sempena penayangan filemnya.


Saturday, November 20, 2010

Star Wars Cards 7

Set trading cards ini agak berbeza dengan set-set yang lain. (asyik dok berbeza aje ya....hahaha) Ok set ni didatangkan dalam tin yang istimewa ini dan setnya hanya ada enam keping kad sahaja. Bezanya set ini dengan yang lain ialah kesemua kad ini diperbuat daripada kepingan besi dan bukannya daripada kad tebal. Ahaaa, itulah kelainan yang ada pada set ini. Dikeluarkan oleh Metal Impressions, set Dark Empire Embossed Metal Collector Cards ini telah dikeluarkan pada tahun 1995. Setiap kad mengambil imej dari cover komik Dark Horse bertajuk Star Wars Dark Empire. 72000 set telah dikeluarkan dan aku ada satu ni aje dalam koleksi...



Album Kad Star Wars

Ini adalah album yang digunakan untuk menyimpan koleksi kad-kad Star Wars. Album yang pertama (dibawah ini) sebenarnya adalah album atau file ring binder biasa saja. Oleh kerana ada gambaq Star Wars aku pun belilah untuk buat album simpan trading cards.



.
Kadang-kadang syarikat pengeluar trading cards akan mengeluarkan album khas buat set-set yang tertentu. Contohnya album yang di bawah ini. Topps telah mengeluarkan album khas ini sempena set trading cards Star Wars Galaxy.


.
Dan ini pula adalah album untuk menyimpan kad-kad Star Wars Widevision...



Widevision 4

Biasanya, sebelum setiap set trading cards dikeluarkan syarikat yang terbabit akan mengedarkan kad-kad promo sebagai pemberitahu akan kedatangan atau kemunculan kad set tersebut. Hehehe, nak suruh orang siapkan duit untuk beli kad diorang. Dibawah ini adalah beberapa kad promo keluaran Topps sewaktu kad-kad Star Wars Widevision hendak dikeluarkan.




Kad promo bagi majalah Star Wars Galaxy



Widevision 3

Bagi meneruskan kesinambungan filem-filem Star Wars, Topps telah mengeluarkan set kad widevision bagi filem Star Wars: Return of the Jedi pada tahun 1996. Base set merangkumi 144 keping kad kesemuanya.