Dari tahun sembilanbelas sembilanpuluhsatu, aku persembahkan.....majalah poster rock, Metal Hammer Poster Express. Di dalamnya, ada limabelas mega poster rockers lama, Black Sabbath, Scorpions, Iron Maiden, Deep Purple, Judas Priest dan macam-macam lagi. Sayangnya, aku belum cukup kuat nak tarik keluar dan frame-kan poster-poster ni dari bukunya. Jadi aku minta maaf banyaklah kalau posting aku ni, gambarnya separuh-separuh lah ya...
Showing posts with label Rockers 80an. Show all posts
Showing posts with label Rockers 80an. Show all posts
Friday, October 4, 2013
Wednesday, April 10, 2013
...Rock Terus Rock
Salam dan Selamat Sejahtera.....
Wow....lama sungguh aku tak menulih kat blog ni. Kalau singgah kat blog rakan-rakan yang ada icon blog ...dah masuk kotak terang-benderang tertera one month ago. Hahaha...lebih sebulan takda entri kat sini. Kalau tengok kat tepi tu, bulan Mac takda langsung....ish ish ish.
Minta maaflah kalau ada yang datang singgah, asyik kena layan gambaq hotwheels BMW tu je. Sebenarnya dalam sebulan yang lepas ni aku agak sibuk juga. Sibuk kerja tu memang biasalah, tak payah le nak cerita. Tak sibuk bekerja, nanti tak shoru pula ya tak. Ini sibuk yang selepas time kerja. Haaa...itu yang buat tak sempat-sempat nak update blog.
Ok, aku sebenarnya sibuk dok kemaskan kotak-kotak aku ni. Barang-barang yang dah masuk kotak, dah jadi banyak. Ruang pula dah jadi sikit dan yang paling ditakuti, Ma'am Besar dah mula jadi runsing...hahaha. Jadi, bagi mengekalkan kesinambungan hobi yang tak seberapa ni, dan juga agar keharmonian kediaman terus subur, maka Sang Tukang Susun kenalah merombak semula kotak-kotak yang ada. Yang lusuh diganti, yang masih ada ruang dipenuhi, dan macam-macam lagi agar sentiasa kemas dan sedap mata memandang.
Dalam dok kemas-mengemas tu pula, terjumpa baliklah barang-barang lama. Layan sini kejap, layan sana kejap, belek itu, belek ini. Yang belum pernah diambil gambar, kenalah tangkap dulu, boleh buat bahan dalam blog. Layan punya layan, lebih sebulan juga aku dok buat kerja kemas-mengemas ni, itu pun ada sikit lagi yang belum siap tapi takpalah....sikit lagi settled la tu.
Jadi, hari ini aku persembahkan kepada para pembaca yang mulia, koleksi beberapa tiket Konsert Rock yang rupa-rupanya, masih dalam simpanan aku. Kesemuanya dari tahun lapanpuluhan, zaman kegemilangan Rock......YEAHHH ROCK TERUS ROCK.
Tiket Konsert
M.A.Y. METALIAN BURNMARKS
(Kumpulan dari album Juara-juara Rock)
Tiket Konsert
BLOODSHED
(Ilusi Sebuah Mimpi)
Tiket Konsert
LEFTHANDED
(Konsert Keadilan)
...tengok konsert, dapat kupon diskaun seringgit
untuk beli rokok Camel, sekarang boleh dapat...?
Tiket Konsert
LEFTHANDED
(Konsert Seruan)
....kali ni dengan diskaun seringgit untuk
rokok Salem, best betul la zaman ni
Tiket Konsert
RUSTY BLADE
(Konsert Pertama & Terakhir)
Tiket Konsert
SEARCH
(Fantasia Bulan Madu)
Tiket Konsert
SEARCH
(dengan band undangan GERSANG)
...tengok konsert,
boleh dapat diskaun empat ringgit
untuk beli kasut ALIPH SEARCH.
Wednesday, February 16, 2011
shiny diamonds, like the eyes of a cat...
Holy Diver merupakan album pertama dari kumpulan Dio. Diterbitkan pada 25 Mei 1985, album ini dikatakan album tebaik Dio sepanjang zaman. Apa taknya, sebut saja Holy Diver, every Rocker worth his salt must know this song, ye tak? Hehehe, itu pendapat aku saja. Macamana pun, inilah kaset Dio- Holy Diver yang masih dalam simpanan, nak dimainkan takut putuih la pula jadi simpan sajalah dalam kotak.
.
Tapi, dok cerita pasal Dio ni, teringat aku akan sebuah kisah di sebuah sekolah asrama penuh tahun lapan puluhan dahulu. Didalam sebuah dorm budak-budak jantan ni, keadaannya agak berselerak, jadi datanglah seorang hamba Allah ni nak tolong kemas sikit. Dia ni kiranya seorang yang baik kelakuannya, tak main lah rock-rock semua ni. Tengah dok kemas tu, banyak juga kaset-kaset yang bersepah jadi dia tanyalah satu persatu nak tentukan siapa tuannya untuk dipulangkan. Sampailah ke satu keset ni, dia sebut "siapa punya kaset D Ten ni!!!?" Setengah dorm tergelak dan muncul satu suara "bukan D Ten la wei, Dio...".

cover kaset dengan maskot Dio
si Murray sedang beraksi...

kat manalah boleh aku cucuk kaset nih...
Tuesday, November 30, 2010
Friday, May 14, 2010
Metal Sana Sini......(bhg1)
Ini adalah set trading cards geng rockers dari yang lama hinggalah ke 90an. Ada biasa dengar nama Black Sabbath, Deep Purple, Grateful Dead, Yes, Iron Maiden, King Diamond, Cinderella, AC/DC, Motley Crue, Testament, Anthrax, Skid Row, Megadeth, atau pun Poison? Biasa layan lagu-lagu diorang ni? Yeahhhh, nilah set yang memaparkan gambar-gambar diorang...

Subscribe to:
Posts (Atom)























































