Showing posts with label Malaysian Airline System. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Airline System. Show all posts

Friday, November 9, 2012

.....tarian pendekar

Lama juga aku tak posting  barangan MAS atau set kad, haaaaa maka hari ini terimalah..... set kad atau playing cards daripada Malaysia Airlines zaman logonya masih merah menyala dan belum menjadi cool blue. Walau pun sticker seal pada kotaknya sudah rabak namun kad-kad di dalamnya masih lagi berbungkus rapi dengan kertas minyak, menandakan masih dara lagi dan belum pernah di-adjust oleh sesiapa pun. Nak habaq sikit, dalam misi aku dok mengumpul set kad daripada MAS ini, aku masih belum dapat pastikan ada berapa set kesemuanya yang wujud, apatah lagi tahun keluaran bagi set-set tersebut. Tapi takpalah, aku akan cuba usahakan kumpul maklumat yang berkenaan dan apabila dah cukup ilmu di dada, aku akan bentangkan di sini nanti, ok....adios.











Friday, July 27, 2012

hadiah emas...?

Keychain MAS Gift of Gold aku dapat daripada bro Fitri sewaktu KL Vintage Festival dulu. Terbaikkk...



Tuesday, January 3, 2012

lama ku tunggu...

Dalam banyak-banyak kad terup MAS yang pernah dikeluarkan, inilah dia set favourite aku yang paling susah nak dapat. Lama juga aku menunggu kemunculannya dan bila dah jumpa, dengan semua side-nya masih tegang dan mempunyai warna putih yang sempurna serta warna-warni yang terang-benderang, confirmed aku mesti memiliknya. Dan hari ini aku dapat berkongsi dengan para pembaca sekalian.....









Thursday, September 1, 2011

bukan merah tapi biru.....

Mancis MAS. Dulu boleh guna buat nyala rokok sewaktu dalam penerbangan (dibenarkan), hari ini buat nyala mercun saja la.....








Monday, August 29, 2011

ceria selalu.....

Dalam banyak-banyak set playing cards MAS dalam koleksi aku, inilah dia set kad MAS yang paling ceria kombinasi warnanya, macam-macam kaler ada. Set kad yang mengambil tema "cosmological elements" yang merangkumi tanah, angin, air dan api, keseluruhan design kad adalah berlainan daripada set kad MAS sebelum ini. Dari design bunga kad (heart, spade, diamond dan club) hingga ke kad King, Queen, Jack dan Joker, semuanya mempunyai design yang berbeza dan menarik, menepati tema kad. Terbaikkk.....




























timur barat utara selatan...

Diberi jolokan set Blue Navigator, mungkin kerana adanya imej ala kompas pada permukkan kad dan warna biru yang mendominasi keseluruhan kad. Aku berjaya memperoleh set yang masih bersealed ini dengan harga yang boleh dikatakan agak menakjubkan. Yeahhh, hanya dengan harga lima puluh sen, servis berpindah tangan dan aku menjadi pemilik baru set playing cards MAS ini.
























semuanya kelabu.....

Set playing cards serba kelabu ini juga didatangkan khas oleh MAS. Dengan sedikit corak ala-ala batik keemasan, set ini memaparkan barisan joker yang biasa dilihat pada set-set MAS terdahulu kecuali kad joker dengan imej waunya yang kelihatan lebih bulat daipada biasa...