Showing posts with label Disney. Show all posts
Showing posts with label Disney. Show all posts

Monday, January 27, 2014

kenapa susahkan hidup ku.....

Promosi kedai biru putih ni baru saja tamat seminggu dua yang lepas. Syaratnya....kena kumpul sticker macam yang kat bawah ni. Bagi pembelian lima puluh ringgit ke atas, customer akan dapat sebiji sticker. Kalau dalam pembelian tu termasuk barangan yang termaktub dalam senarai barangan promosi, boleh le dapat sebiji lagi sticker. Begitulah seterusnya sampailah cukup nas sepuluh sticker...



...maka dapat lah claim kotak
yang macam di bawah ni.


Kotak yang penuh warna-warni dan
menarik sekali.....haha.


Ok, dalam kotak ni pula ada satu beg hitam. Kalau nak ikutkan, isinya adalah salah satu karakter kartun yang gambarnya pada sisi kotak atas tu, karakter kartun Marvel atau Disney. Yang lecehnya, pada luar kotak takda sebarang tanda pun akan apakah isi kotak tu. Jadi, ini menjadikan kerja mengumpul complete set ini amat sukar dan tinggi belanjanya.


Walau bagaimana pun, setelah sedikit penelitian.... rupa-rupanya ada tanda yang memberi clue akan apakah yang ada dalam beg hitam penuh misteri itu. Cuba Tuan-tuan dan Puan-puan tengok betul-betul gambar bawah ni... nampak tak?


Meh, saya tolong dengan pen ajaib ni. Nampak tak huruf L tu? Haaa...sebenarnya huruf L tu menandakan dalam beg tu ada karakter Buzz Lightyear, huruf E (Sully), huruf K (Woody), huruf C (Mike), no.3 (Thor), no.7 (Hulk), no.8 (Captain America),  no.9 (Iron Man) dan no.10 (Spider Man). Namun...info ni tak berguna juga sebenarnya sebab setelah kita claim sekotak, bawa balik rumah, duduk kat meja makan dan koyak sampai rabak kotak, barulah kita dapat tengok huruf/nombor pada plastik hitam tu. Masa tu lah baru kita tahu samada kita dapat yang baru (belum ada) atau dah dapat yang double, triple atau quadruple.....kahkahkah.



The Mighty Thor



The Amazing Spider-Man



The Invincible Iron Man



The Incredible Hulk



Captain America



Mike Wazowski



James P. "Sully" Sullivan



Woody



Buzz Lightyear



...selamaaat.


Tuesday, January 8, 2013

...to infinity and beyond!!!

Hari tu dah cerita panjang, jadi hari ini pendek saja la..... Ini dia tin biskut dengan imej karakter kartun Disney Pixar Toy Story 3. Sekali pandang macam besar tapi sebenarnya kecil, sebesar tapak tangan saja, jadi sendri mau ingat la banyak biskut yang ada didalamnya. Kalau anak kecil yang makan mungkin tahan sampai ke petang, tapi bagi yang dah dewasa, kena pula cicah dengan kopi atau teh panas .....hmmmm senapas je settled.








Wednesday, March 21, 2012

Pameran 100 Tahun Nestlé... bhg 3

Seterusnya...


Sistem Rawatan Air


Imej di bawah ini dipancarkan ke lantai dengan sebuah projektor. Yang menariknya, jika kita memijak ke atas imej tersebut, akan terjadi efek seperti kita memijak air di kolam (seperti percikan) dan ikan-ikan di dalamnya akan berenang bertempiaran. Boleh tahan juga....pi la cuba.


Beberapa projek yang dijalankan oleh Nestlé...




Satu lagi mural (berfoto) pada dinding ruang pameran. Agak-agak berapalah umur adik ini sekarang. Mungkin sekarang dah kena panggil kakak atau makcik dan bukan adik lagi... Macamana pun, kat mana aku boleh dapatkan paper cup yang dia pegang tu.....? 


Di bawah ini adalah koleksi lori/van mini Milo, sebuah set yang menimbulkan sedikit kekecohan suatu masa dahulu di mana terlalu ramai yang hadir untuk menebus koleksi ini hinggakan pihak Milo terpaksa membatalkan semua bentuk penebusan di semua lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Sebagai alternatif, penebusan hanya boleh dilakukan melalui pos sahaja. Masa tu aku agak ragu-ragu juga. Betul ka ni? Boleh dapat ka guna style ni? Tapi apa boleh buat, Milo dah kata macam tu, maka aku pun poslah.

Tiga empat bulan juga berlalu. Aku ingat mesti burn punya nih. Tak dapatlah aku nak complete-kan koleksi lori/van mini Milo aku nih. Nak telefon tanya, macam malas la pula. Check kat fb Milo, macam ramai juga yang belum dapat. Jadi aku ingat takpalah, biar sajalah. Senang-senang nanti aku pi cari kat Amcorp Mall, kot-kot ada sebiji dua di second-hand market, nak buat macamana kan. Tapi... (mesti ada tapi-nya, baru menarik) tahu-tahu satu hari tu bila aku balik rumah ada terselit kat pagar beberapa helai surat panjang daripada POS Malaysia. Ahaaa.....lori/van mini Milo aku sampai juga akhirnya. Legaaa, complete juga set aku.....



Ini dia Sudut Resepi.


Ada empat skrin di mana dipaparkan pelbagai resepi dari Nestlé untuk dicuba.


Ini pula adalah diorama Dapur Moden
dari tahun 2012.


Serba moden dan serba canggih...


Tak banyak collectibles di sini. Cuma ada mug Nescafé saja.


...Nestum Fruits dan kebaikannya



Berbasikal sambil bermain video game.
Di sebelah skrin ada beberapa nasihat daripada Nestlé seperti:
1) Kerana nak jaga badan, anda tidak bersarapan. Tapi makan tengahari 2 pinggan Mungkin anda patut bertanya. Baikkah untuk saya?
2) The stairs are free. But you prefer the crowd-filled elevator. Maybe it's time to ask yourself. How am I?


Lagi info daripada Nestlé,  kebaikan bijian penuh, pewarna makanan dan web-site Nestlé untuk tips pemakanan sihat.




Monday, May 24, 2010

To Infinity and Beyond...

Sebuah lagi filem animasi dari Walt Disney Pictures ialah Toy Story. Filem ini dikeluarkan pada tahun 1995 dan merupakan filem pertama yang dihasilkan menggunakan seratus-peratus teknik CGI (computer generated imagery). Ceritanya pula adalah mengenai sekumpulan mainan kepunyaan seorang kanak-kanak (Andy) yang akan “hidup” dan ber-adventure apabila tuannya tiada. Karakter-karakter utama filem ini ialah Woody (suara Tom Hanks), mainan cowboy yang pada mulanya menjadi favourite Andy, dan Buzz Lightyear (suara Tim Allen), mainan space cadet yang baru dibeli dan kononnya menggugat tempat Woody sebagai mainan kegemaran Andy.

*

Sedikit cerita (kesahihan tidak dijamin)…

Dikatakan Mattel, yang mengeluarkan permainan patung Barbie Doll, telah menyesal tak hingga kerana tidak membenarkan permainan dollnya dijadikan salah satu karakter dalam filem Toy Story. Ini kerana, semua mainan yang menjadi karakter dalam filem tersebut, salenya telah mencanak ke langit…..

*

Ok, set trading cards Toy Story ini pula ada 90 kad semuanya dan dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1995. Menariknya set ni, disamping memaparkan gambar-gambar dari filem Toy Story, terdapat juga kad-kad aktiviti, puzzle cards dan punch-out character cards.