Seterusnya...
Sistem Rawatan Air
Imej di bawah ini dipancarkan ke lantai dengan sebuah projektor. Yang menariknya, jika kita memijak ke atas imej tersebut, akan terjadi efek seperti kita memijak air di kolam (seperti percikan) dan ikan-ikan di dalamnya akan berenang bertempiaran. Boleh tahan juga....pi la cuba.
Beberapa projek yang dijalankan oleh Nestlé...
Satu lagi mural (berfoto) pada dinding ruang pameran. Agak-agak berapalah umur adik ini sekarang. Mungkin sekarang dah kena panggil kakak atau makcik dan bukan adik lagi... Macamana pun, kat mana aku boleh dapatkan paper cup yang dia pegang tu.....?
Di bawah ini adalah koleksi lori/van mini Milo, sebuah set yang menimbulkan sedikit kekecohan suatu masa dahulu di mana terlalu ramai yang hadir untuk menebus koleksi ini hinggakan pihak Milo terpaksa membatalkan semua bentuk penebusan di semua lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Sebagai alternatif, penebusan hanya boleh dilakukan melalui pos sahaja. Masa tu aku agak ragu-ragu juga. Betul ka ni? Boleh dapat ka guna style ni? Tapi apa boleh buat, Milo dah kata macam tu, maka aku pun poslah.
Tiga empat bulan juga berlalu. Aku ingat mesti burn punya nih. Tak dapatlah aku nak complete-kan koleksi lori/van mini Milo aku nih. Nak telefon tanya, macam malas la pula. Check kat fb Milo, macam ramai juga yang belum dapat. Jadi aku ingat takpalah, biar sajalah. Senang-senang nanti aku pi cari kat Amcorp Mall, kot-kot ada sebiji dua di second-hand market, nak buat macamana kan. Tapi... (mesti ada tapi-nya, baru menarik) tahu-tahu satu hari tu bila aku balik rumah ada terselit kat pagar beberapa helai surat panjang daripada POS Malaysia. Ahaaa.....lori/van mini Milo aku sampai juga akhirnya. Legaaa, complete juga set aku.....
Ini dia Sudut Resepi.
Ada empat skrin di mana dipaparkan pelbagai resepi dari Nestlé untuk dicuba.
Ini pula adalah diorama Dapur Moden
dari tahun 2012.
Serba moden dan serba canggih...
Tak banyak collectibles di sini. Cuma ada mug Nescafé saja.
...Nestum Fruits dan kebaikannya
Berbasikal sambil bermain video game.
Di sebelah skrin ada beberapa nasihat daripada Nestlé seperti:
1) Kerana nak jaga badan, anda tidak bersarapan. Tapi makan tengahari 2 pinggan Mungkin anda patut bertanya. Baikkah untuk saya?
2) The stairs are free. But you prefer the crowd-filled elevator. Maybe it's time to ask yourself. How am I?
Lagi info daripada Nestlé, kebaikan bijian penuh, pewarna makanan dan web-site Nestlé untuk tips pemakanan sihat.
2 comments:
poster 'adik' tengah minum Milo tu memang klasik dgn style rambutnya tu.
Psssttt... lori Milo yg first tu ader spare tak bro?
Post a Comment