Showing posts with label KFC. Show all posts
Showing posts with label KFC. Show all posts

Friday, May 31, 2013

kwiyomi vs up up and away...

Dua tiga hari yang lepas aku telah ke kedai ayam goreng...sehingga menjilat jari. Wah...ada produk baru rupanya, burger ayam Korean. Pada kertas lapik tray pula siap ajar cara nak buat aksi cumil Kwiyomi lagi. Hebat...


Hahaha...tapi itu semua bukanlah tujuan sebenar aku ke situ. Kalau diikutkan, nak makan ayam goreng pun bukanlah tujuan utama kenapa aku singgah ke kedai pakcik Sanders pada hari itu. Haaa...sebenarnya aku ke situ untuk dapatkan ini...



Sebaik mendapat info dari blog Gostan Sikit, keesokan tengaharinya aku pun teruslah ke kedai ayam goreng kesukaan ramai ini. Syaratnya, kenalah beli set khasnya, baru boleh dapat payung Superman ni. Sebab ada dua design, kenalah beli dua set chickadees...hahaha.

Design pertama...
logo Superman






Design kedua...
Superman tengah posing terbang







Butang untuk membuka payung.
Wow...rupa dah macam batu cincin Lex Luthor pun ada,hahaha...



Iklan berdiri,
promosi movie combo-nya.


Wednesday, May 22, 2013

...nak satuuu

Nak kata segan tu memang segan le, tapi....kalau nak jadi collector tak boleh le jadi penyegan...hahaha. Maka dalam kesibukan meraikan harijadi anak buah aku di sebuah restoran ayam goreng "sehingga menjilat jari", aku sempat dapatkan satu set "birthday gift" ni sebagai souvenir...



Boleh tahan juga...


...banyak betul isinya.


Boleh buat kapal lanun.


Ada Activity Pad...


...dengan macam-macam
yang boleh dibuat.



Ada set sticker.


Sijil pun ada.


Ada frame buat letak gambar tiup lilin.


Dan ada "permainan papan",
di mana dadunya perlu dibuat sendiri.


Set ini aku dapat kalau tak silap aku, tiga empat tahun yang lepas. Kedai ayam goreng ni pun dah tak wujud lagi pada lokasi  ini. Suatu masa dulu pada tapak yang sama adalah restoran White Castle yang amat terkenal dengan burger kenit empat seginya. Sayang seribu kali sayang, takda pula aku souvenir daripada White Castle ni. Terkini, tempat tu dah jadi kopitiam pula dan pernah cuba sekali bersama famili adik aku. Agak-agak, besok-besok kedai makan apa pula yang akan menggantikan kopitiam ni. Kita tunggu...

Sunday, April 21, 2013

Sergeant Saunders ka Colonel Sanders...?

Masih lagi dengan tema beg plastik, hari ini beg plastik KFC pula. Nampak gayanya macam bukan baru, tapi tahun bila punya, tak pula aku tahu. Hmmm.....




Friday, June 22, 2012

betul...betul...betul...

Masa aku mula perasan iklan KFC yang menawarkan figura Upin dan Ipin ni, aku ingatkan nak biarkan berlalu begitu saja. Tapi mengenangkan karakter yang ditawarkan adalah dari siri animasi anak tempatan, dan figuranya pula agak kemas buatannya, maka aku pun kumpul le juga. Habis set A, B dan C aku cuba..... hahaha. Layannn.....









Tuesday, February 1, 2011

...buat potong sayur

Ini adalah papan pemotong daripada KFC yang diperolehi percuma dengan setiap pembelian hidangan "Feast"-nya. Tak pasti pula ada berapa design kesemuanya kerana yang aku ada hanya dua ini sahaja. Itu pun souvenir daripada adik aku...
.
Design 1 - depan
.
Design 1 - belakang

Design 2 - depan

Design 2 - belakang

Monday, January 31, 2011

Letih beb...

Hahaha...akibat dari kelesuan badan dan keletihan minda, ni dia.... kalendar poket KFC pun jadi buat posting. Layan la nooo...


Monday, January 17, 2011

KFC 500...

Sempena pembukaan restorannya yang ke lima ratus, Kentucky Fried Chicken telah mengeluarkan sebuah mug istimewa yang menggunakan emas 24karat sebagai dakwat untuk tulisan pada mug tersebut. Mug ini boleh dibeli dari kedai KFC atau pun diperolehi secara percuma dengan setiap pembelian set combonya...




ink emas...



AWAS.... tak boleh masuk microwave ya

Thursday, December 9, 2010

Radio Spiderman

Ini pula adalah radio Spiderman 2 keluaran KFC pada tahun 2004. Tak ingat pula kena beli set apa untuk dapatkan radio ini. Tapi yang pasti radio kenit ini datang complete dengan headphonenya tersendiri dan boleh juga berfungsi sebagai lampu suluh. Hmmm.....

Jam Spiderman

Jam digital oleh KFC sempena filem Spiderman 2 yang ditayangkan pada tahun 2004. Design menarik yang membolehkan jam ini diklip pada seluar, beg dan sebagainya...


Wednesday, November 10, 2010

Star Wars & KFC

Biasanya, bila ada filem-filem power yang bakal ditayangkan, mesti ada syarikat fast food atau yang seumpama dengannya yang akan bekerjasama dan mendapatkan hak bagi mengeluarkan souvenir/premium yang berkaitan dengan filem tersebut. Premium ini kemudiannya diberikan secara percuma (atau dikenakan special price) kepada pelanggan bagi setiap pembelian yang berlaku. Cara ini memang sudah agak lama diamalkan oleh geng makanan laju ni. Apa taknya, bila saja ada premium yang ditawarkan bersama, tahap jualan produk akan meningkat. Katalah satu set premium tu ada duabelas item. Geng kaki kolek akan pastikan kesemua duabelas item itu lengkap dalam koleksi. Kena pula kolektor dari bangsa yang hardcore, dia mungkin mendapatkan dua set. Satu set yang disimpan tanpa dibuka (mint condition dan masih dalam bungkusan original) dan satu set lagi dibuka/dimain atau dipamirkan. Maka meletup la sales untuk period tu, ya tak..... Hehehe, macam-macam gara dunia koleksi ni. Oklah, ini adalah premium Star Wars dari KFC beberapa tahun dahulu. Maaf gambaq tak clear sebab ada yang masih dalam plastik lagi......hmmm.