Showing posts with label Pinggan Collectible. Show all posts
Showing posts with label Pinggan Collectible. Show all posts

Monday, June 27, 2011

...what's up doc?

Mula masuk koleksi pertengahan tahun sembilanpuluhan dulu, kiranya dah lebih sepuluh tahun dah masuk kotak....hehehe. Ini merupakan koleksi pinggan karakter kartun dari siri The Looney Tunes. Setiap imej yang dipaparkan telah diambil dari siri originalnya yang mula disiarkan pada tahun limapuluhan dahulu. Karakter-karakter kegemaran termasuklah Bugs Bunny, Daffy Duck, Tweety & Syklvester, dan Elmer.


















Tuesday, January 25, 2011

Pinggan Batman dan Robin

Sebuah pinggan dari siri The Warner Bros. Gallery Collectors Edition Plate yang diperolehi dari Warner Bros Studios pada pertengahan tahun sembilanpuluhan. Memaparkan imej Batman dan Robin dari siri animasinya, pinggan collectible ini didatangkan siap bersain dan bernombor siri. Tapi, lupa pula nak ukur masa ambil gambar, rasanya bersaiz lebihkurang lapan atau sembilan inci.




Pinggan Besi Batman

Ini adalah pinggan berlogo Batman dan Riddler yang dikeluarkan sempena filem Batman Forever. Dikatakan diperbuat daripada adunan sepuluh macam besi, pinggan ini adalah agak berat dan tak sesuai digunakan untuk makan nasi dan sebagainya. Kalau untuk di display memang menarik, tapi apa boleh buat...dah masuk kotak. Sekiranya ada sedikit masa, sila check-out pinggan Superman sekali...




Saturday, January 8, 2011

Pinggan Star Wars

Pinggan collectible Star Trek dah kasi keluar takkan pinggan Star Wars tak kasi posting ye tak? Ok, inilah dia pinggan-pinggan dari filem-filem Star Wars yang dah masuk kotak. Dari siri Star Wars Trilogy Plate Collection, ketiga-tiga pinggan ini telah dilukis oleh Morgan Weistling dan dikeluarkan oleh The Hamilton Collection. Seperti pinggan-pinggan collectible sebelum ni, keluarannya adalah terhad kepada duapuluhlapan hari pembakaran di mana selepas itu mould atau acuan bagi pembikinan pinggan ini akan dimusnahkan dan tiada lagi pengeluaran pinggan collectible ini buat selama-lamanya. Setiap pinggan disertakan dengan sijil pengesahan dan nombor siri masing-masing.

Star Wars



The Empire Strikes Back



Return of the Jedi


Friday, December 31, 2010

Pinggan Star Trek 14

Inilah dia starship Enterprise yang original dari siri Star Trek tahun enampuluhan, U.S.S. Enterprise NCC-1701. Tak ada pada hujungnya huruf A, B, C, D mahu pun E, seperti pada reincarnation-nya yang terkini. Pinggan Collectible ini adalah dari siri Star Trek: The Voyagers dan telah dilukis oleh artis sinematik Keith Birdsong. Siap dengan rim pinggan keemasan dan sijil pengesahan beserta nombor siri, pinggan ini telah dikeluarkan oleh The Hamilton Collection.


Pinggan Star Trek 13

Ini adalah pinggan collectible "The Ultimate Confrontation" dari siri Star Trek Generations Plate Collection yang memaparkan imej tiga karakter utama filem iaitu Dr Tolian Soran (lakonan Malcom McDowell), Captain Kirk (William Shatner) dan Captain Jean-Luc Picard (Patrick Stewart). Didatangkan lengkap dengan sijil pengesahan serta nombor siri terhad, sijil ditandatangani oleh pelukisnya Keith Birdsong dan presiden The Hamilton Collection.


Pinggan Star Trek 12

Sebuah episod dari siri Star Trek The Original Series, "The Tholian Web" pada asalnya telah ditayangkan pada kaca teleivisyen pada tahun enampuluhan. Dalam episod ini Captain Kirk hampir "hilang" buat selama-lamanya disamping Enterprise dan krewnya pula menghadapi ancaman dari kaum Tholian. Pinggan collectible ini adalah sebahagian daripada koleksi Star Trek Original Episodes yang dikeluarkan oleh The Hamilton Collection dan telah dilukis oleh Jack Martin.


Pinggan Star Trek 11

Ditayangkan pada tahun 1991, Star Trek VI: The Undiscovered Country merupakan filem terakhir lakonan geng Star Trek The Original Series (sebelum geng Star Trek The Next Generation pula beraksi). Seperti biasa, pinggan collectible ini telah dikeluarkan oleh The Hamilton Collection tapi mana pula aku letak surat beranak dia ni...

Pinggan Star Trek 10

Star Trek IV: The Voyage Home merupakan filem keempat dari francais filem Star Trek. Ditayangkan pada tahun 1986, filem ini juga, seperti yang sebelumnya telah diarah oleh Leonard Nimoy (Spock). Filem ini antara lain mengisahkan bagaimana planet bumi berada didalam ancaman dimusnahkan oleh satu kaum alien yang datang untuk berhubung dengan spesis ikan paus sedangkan spesis ini pada waktu itu telah pupus sama sekali. Maka Kirk dan rakan-rakan, dengan menggunakan kapal angkasa Klingon Bird of Prey (sebab Enterprise sudah termusnah...) telah kembali ke tahun 1986 bagi mendapatkan ikan paus demi menyelamatkan bumi... Pinggan collectible ini adalah dari siri Star Trek The Movies Plate Collection yang oleh Morgan Weistling dan dikeluarkan oleh the Hamilton Collection.


Pinggan Star Trek 9

Star Trek III: The Search For Spock telah ditayangkan pada tahun 1984 dan pengarahnya adalah Spock sendiri (hehehe...Leonard Limoy, pelakon yang menjayakan watak Spock). Walau pun mengembalikan kesemua karakter Star Trek The Original Series dalam filem kali ini, nampaknya Uhura takda pula dalam pinggan tu. Tetapi, jika anda perasan, si Klingon (Kruge) pada sebelah kiri itu adalah Christopher Lloyd yang masyhur sebagai karakter Doc Brown dari siri filem-filem Back To The Future. Ok, pinggan collectible ini telah dilukis oleh Morgan Weistling dan terhad kepada duapuluhlapan hari pembakaran. Siap dengan sijil kelahirannya, pinggan ini telah dikeluarkan oleh The Hamilton Collection.




Tuesday, December 28, 2010

Pinggan Star Trek 8

Star Trek II: The Wrath of Khan adalah filem Star Trek yang kedua dan ditayangkan pada tahun 1982. Boleh dikatakan bersambung daripada episod "Space Seed" yang disiarkan pada tahun 1967, Khan Noonien Singh (lakonan Ricardo Montalban) yang telah ditinggalkan selama lima belas tahun di sebuah planet sebagai hukuman, telah berjaya melepaskan diri dan kini ingin membalas dendam terhadap Captain Kirk. Pelbagai usaha direncanakan bagi mencapai hasrat "evil"nya itu. Walau bagaimana pun, filem ini berakhir dengan kematian salah seorang krew Enterprise, bukan Kirk tetapi Spock...
.
Pinggan ini pula, Star Trek II The Wrath of Khan adalah dari siri Star Trek The Movies Plate Collection. Dengan border khas emas 23k dan beredisi terhad setakat 28-hari-pembakaran, pinggan ini telah dilukis oleh Morgan Weistling dan dikeluarkan oleh The Hamilton Collection
.


Pinggan Star Trek 7

"Space Seed" adalah sebuah episod Star Trek The Original Series yang ditayangkan pada tahun enampuluhan dahulu. Sedikit sebanyak ia mengisahkan bagaimana pada tahun 1990an telah wujud sekumpulan "super soldiers" yang telah berpaling tadah dan cuba menguasai dunia. Kumpulan ini akhirnya berjaya ditawan dan di-cryogenically frozen dan dihumban ke angkasa lepas.
.
Selepas tiga ratus tahun, Captain Kirk telah terjumpa kapal angkasa yang membawa "super soldiers" ini dan ketuanya, Khan Noonien Singh telah dengan tidak sengaja tersedar daripada "suspended animation" yang dialami. Dia seterusnya cuba mengambil alih Enterprise dengan menyedarkan rakan super soldiers yang lain. Walau bagaimana pun, seperti biasa orang baik mesti menang dan geng Khan ini telah berjaya ditawan dan ditinggalkan di sebuah planet yang tidak berpenghuni.
.
Kalau anda ingin tahu, si rambut hitam panjang itulah Khan Noonien Singh dan watak ini telah dijayakan oleh big boss Fantasy Island, (rancangan televisyen sukaramai tahun tujuhpuluhan), Ricardo Montalban atau lebih dikenali dengan nama Mr. Roake dalam siri tersebut.
.
Dan inilah dia pinggan collectible "Space Seed" dari siri Star Trek Original Episodes Plate Collection. Dikeluarkan di waktu Star trek menyambut ulangtahunnya yang ke tigapuluh, ia telah dilukis oleh Jack Martin dan merupakan keluaran ekslusif dari The Hamilton Collection.



Pinggan Star Trek 6

Spock, lakonan Leonard Nimoy, adalah salah satu karakter Star Trek yang juga satu ikon dalam dunia fiksyen sains. Siapa yang tak kenal si telinga tajam dengan "Vulcan Hand Sign" macam kat pinggan tu. Bukan senang nak buat jari jadi macam tu. Sesetengah kawan aku kena guna tangan satu lagi untuk meng-adjust jari sebab nak buat macam tu. Apatah lagi kalau nak buat "Vulcan Death Grip".....hahaha (mana ada). Pinggan collectible ini pula memaparkan imej Spock dengan gaya masyhurnya. Berukuran 8.25" dan mempunyai border yang direka khas, pinggan ini telah dilukis oleh Thomas Blackshear dan dikeluarkan oleh The Hamilton Collection. Pinggan Spock ini adalah dari siri Star Trek 25th Anniversary Commemorative Collection.



Pinggan Star Trek 5

Sebuah scene yang diambil dari filem Star Trek Generations (1994). Captain Kirk yang baru sahaja bersara dijemput untuk menghadiri pelayaran pertama (maiden voyage) bagi Starship baru iaitu Enterprise NCC-1701-B. Mungkin sebab tu muka dia nampak macam boring sikit sebab dia ni mana boleh duduk diam, sentiasa "looking for action". Kalau bukan dia yang duduk kat kerusi kapten tu tak sah....hahaha. Gambar dibelakang itu adalah Enterprise-B yang baru dan kelihatan juga Scotty dan Chekov yang turut hadir di upacara yang gilang-gemilang ini. Ok, seperti biasa pinggan ini dikeluarkan oleh The Hamilton Collection dan telah dilukis oleh Keith Birdsong dengan tajuk Kirk's Final Voyage dari siri Star Trek Generations.



Pinggan Star Trek 4

U.S.S. Enterprise NCC-1701-D yang nampaknya tengah bergerak laju dalam Warp Speed... Pinggan collectible ini adalah dari siri Star Trek: The Voyagers. Dilukis oleh Keith Birdsong, pinggan ini telah dikeluarkan oleh The Hamilton Collection, siap dengan sijil dan nombor sirinya yang tersendiri.



Pinggan Star Trek 3

Commander William Thomas Riker adalah satu karakter lakonan Jonathan Frakes dari siri Star Trek The Next Generation. Dalam siri ini, dia adalah commanding officer kedua selepas Captain Picard. Disamping berlakon dalam siri ini, dia juga pernah menjadi Director kepada beberapa episod siri Star Trek dan juga mengarah dua filem Star Trek iaitu Star Trek: First Contact (1996) dan Star Trek: Insurrection (1998). Ok, pinggan collectible ini adalah dari siri Star Trek The Next Generation 5th Anniversary Commemorative. Dilukis oleh Thomas Blackshear, pinggan ini didatangkan siap dengan sijil pengesahan dari The Hamilton Collection.



Pinggan Star Trek 2

Ini pula adalah pinggan dengan imej Captain Jean-Luc Picard (lakonan Patrick Stewart), berlatarbelakangkan kapal angkasa kesayangannya U.S.S. Enterprise NCC-1701-D. Bersaiz 8.25" dengan border pinggan daripada emas 23k yang direka khas, edisi pinggan ini adalah terhad kepada duapuluhlapan "firing days". Maksud "firing days" disini ialah produksi pinggan collectible ini akan berlangsung selama duapuluhlapan hari sahaja dimana selepas jangkamasa tersebut, mould atau acuan yang digunakan untuk membuat pinggan ini akan dimusnahkan dan pinggan ini tidak boleh dibuat lagi. Jadi, apa yang dah dibikin dan sudah dijual, itu sahajalah yang ada. Pinggan dari siri The Power of Command ini telah dilukis oleh Keith Birdsong dan dikeluarkan oleh The Hamilton Collection.



Pinggan Star Trek 1

Berukuran diameter 8.25", ini adalah pinggan collectible U.S.S. Enterprise NCC-1701-D dari siri Star Trek 25th Anniversary Commemorative Collection. Dilukis oleh Thomas Blackshear dan dikeluarkan oleh The Hamilton Collection.



Sunday, December 26, 2010

Pinggan Kenit...

Ini pinggan Star Trek bersaiz kurang daripada lima inci. Memang kecil dan bertujuan digunakan sebagai perhiasan sahaja dan bukannya untuk disaji makanan seperti yang disarankan oleh pelekat pada kotak. Kalau degil juga, boleh mendatangkan mara bahaya.....hahaha...
.
Captain James T. Kirk
.
.
Lt. Commander Spock

.
Geng di Transporter Room
(daru kiri) McCoy, Chekov, Kirk, Uhura,
Spock, Sulu dan Scotty

.
Captain Jean-Luc Picard