Showing posts with label Coca Cola. Show all posts
Showing posts with label Coca Cola. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

syoknya macha...fuyoh lenglui...terrernya beb...bestgiler

Pastinya ramai yang tahu akan kewujudan tin Coca Cola macam yang kat bawah ini, dan tak kurang juga yang tahu bahawa rangkaian kedai-runcit-tak-pernah-tutup ada menjalankan peraduan sempena tin edisi khas ini kan.... Ok, Ahad lepas adalah tarikh akhir penyertaan peraduan ini jadi pada Isnin esoknya aku pun singgahlah ke beberapa kedai-runcit-tak-pernah-tutup bagi mendapatkan...oooops, errr bagi menyelamatkan beberapa souvenir sebelum dihapuskan.



iklan pelekat



iklan standee



borang penyertaan



poster...
(anda perasan perbezaan pada dua poster ini?)



Nak tambah niqmat pada misi pencarian souvenir kali ini. Pada salah satu kedai-tak-pernah-tutup yang aku singgah tu, Cik Atendannya sungguh baik hati. Bila aku tanya kot ada lagi saki baki barangan Coca Cola seperti di atas nun, dia pun beritahu aku, "tak ada la bang, semua dah buang". Aku pun, "oklah, takpa...terima kasih ya". Tapi...hahaha, cerita aku ni mesti ada TAPI-nya. Bila aku nak keluar je, Cik Atendan berkata lagi, "tapi, kalau abang nak yang ni abang boleh la ambil...". Maka inilah dia poster ayaq Coke botol dan juga F&N. Termasuklah sticker plastiknya sekali. Terima kasih.......




Wednesday, September 18, 2013

...hal sticker dan "kotak"

Beberapa iklan Coca Cola, yang diselit...


...dan yang digantung.


Souvenir-nya pula, sebuah bekas plastik dari jenama Lock&Lock. Berkualiti dan mahal katanya.


Namun, yang membuatkan para collector sedih, lambang atau jenama Coca Cola hanyalah sekadar sticker yang di tampal pada penutup bekas. 


Kalau boleh, hendaklah logo Coca Cola tu embossed ka, atau terukir pada mana-mana bahagian bekas plastik tu. Baru le dikatakan produk Coca Cola yang ori. Tapi ini hanya sekadar ditampal sekeping sticker.


Jadi laaa. Lagi pun apa boleh buat, jenama asal produk adalah Lock&Lock.....ya tak?


Bagi aku, frust tu frust le juga...


...tapi, souvenir tetap souvenir,
rezeki jangan di tolak, barang free jangan tak ambil.


Ni satu lagi barang free...


...dapat dari kedai hijau kuning.


Masa aku jumpa,
dah tersadai tepi dinding...


...tunggu nak kena humban je.


Maka dengan cergasnya aku mencari
brader-brader bertugas.


Bila dah jumpa, aku pun tanya,
boleh tak aku ambil "kotak" ni...?


Saja je sebut kotak, biar nampak macam tak menarik dan macam dah nak kena buang...


...kalau sebut iklan karang dia tak kasi ambil pula. Nanti dia kata supplier nak ambil balik.


Setelah dibelek-beleknya,
brader tu pun cakap...ok, boleh ambil.


Dengan lajunya aku masukkan dalam troli dan terus menuju keluar. Dok lama-lama situ nanti ada pula yang tukar pikiran kata tak boleh...


...adios.

Tuesday, August 27, 2013

kalau penuh.....tak larat nak angkat

Dari atas nampak macam kotak biasa...


...dari tepi,
barulah nampak logo kegemaran sukaramai.


Tapi, nak kata ini kotak,
macam tak kena pula...tray la kot.
Boleh ka...?


Kalau di pasaraya-pasaraya, botol-botol Coca Cola satu setengah liter akan disusun rapi di dalamnya dan di susun bertingkat-tingkat.


Kalau botolnya pun dah plastik, crate-nya yang dulunya daripada kayu, dah ke plastik dan yang terkini guna kadbod je. 


Mungkin sebab lebih murah dari segi kos. Kalau rosak kasi buang saja. Tak perlu basuh dan zero-maintenance.


Jadi, sebelum rosak dan dibuang.
Meh aku simpan satu buat souvenir...


...thank you.


Friday, June 7, 2013

...akhirnya

Entri aku mengenai adik-beradik pinggan Coca Cola ini adalah pada sepuluh haribulan sembilan tahun duaribuduabelas. Kalau nak tengok, ada di sini. Masa tu aku hanya ada dua design saja daripada tiga yang ditawarkan. Agak keciwa juga sebab tak dapat nak complete-kan set pinggan ini.

Sebenarnya aku ada jumpa pinggan ini di jual di pasar karat dan tidak kurang pula di fb-fb tempatan, harga pun boleh tahan juga. Namun, stim-nya kureng le sikit daripada diperolehi secara souvenir. Jadi, aku rilek le dulu. Tapi tak sangka la pula, rilek punyak rilek dah hampir sembilan bulan berlalu...

Nak jadi cerita, pada awal bulan enam hari tu aku pi la makan kenduri kat JB. Lepas tu pi pula meronda kat The Zone, kompleks beli-belah bebas-cukai. Bukan nak beli atau cari apa-apa, saja nak jalan-jalan. Kat situ aku pun masuk la pasaraya dia. Kecik saja, tak banyak barang mungkin sebab tengah renovate. Tiba-tiba, di bahagian customer service aku ternampak akan almari kaca yang disusun dengan macam-macam barangan souvenir, dan ternampaklah satu stack pinggan-pinggan Coca Cola.

Apa lagi....dengan cergaslah aku ke situ. Harapan tu tidaklah setinggi gunung, tapi berbukit-bukit juga la untuk berjumpa pinggan yang dicari-cari selama ni. Jadi aku pun tanyalah kat brader yang jaga situ, boleh tak kalau nak tengok pinggan-pinggan Coca Cola tu sebab tengah dok cari satu design yang sampai sekarang masih lagi belum jumpa. Brader tu kata, boleh, takda masalah tapi promosi ni dah lama habis. Takpalah aku balas, nak tengok saja kot-kot ada. Check punya check, rupa-rupanya ada...berketoi-ketoi pulak tu.

Sambil tersengih panjang, aku pun tanya lagi la kat brader tu, "macamana cara kalau saya nak pinggan-pinggan ni, apa yang saya boleh beli supaya boleh dapat pinggan-pinggan ni?". Sekali lagi brader tu ulang, promosi ni dah habis tapi......kalau abang nak juga, abang beli sajalah air Coke botol besar tu.....



"Jadi, kalau saya nak tiga pinggan, kena beli tiga botol lah ya?"
aku tanya lagi.

Brader tu pun jawab,
"...takpa, abang beli sebotol cukup, saya bagi tiga pinggan ni".



Terima Kasih.....

Thursday, April 11, 2013

beruang oh beruang, kenapa engkau datang...

Pada minggu pertama awal tahun hari tu, inilah dia iklan yang aku terpandang kat kedai buka siangmalam ni.....aduhhh. Baru nak mula tahun, dah jumpa cara-cara duit nak mengalir keluar.




Al-kisahnya, tiga ekor beruang Coca Cola akan dilepaskan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti di atas. Seperti biasa, beruang-beruang ini bukanlah boleh ditangkap begitu saja dengan tangan. Sebelum mencengkau, kenalah menghulur. Syaratnya, kenalah beli dua botol ayaq soda, barulah boleh dapatkan seekor beruang pandai berpakaian ini dengan harga empat ringgit sembilanpuluh sen setiap satu.

Mari kita tengok
beruang-beruang berjenama ni.....





Tapi, macam biasalah, aku ni bila dah nak mengumpul tu, kalau boleh iklannya sekali aku nak saruk, barulah puas...baru complete hahaha. Jadi aku mula la mintak kat brader yang bertugas kat kedai siangmalam ni. Boleh tak saya nak minta iklan standee Coke ni? Dan seperti biasa jugalah, jawapannya "tak boleh". Alasan paling kerap diterima adalah, "nanti supplier nak ambil balik" atau pun "promosi belum habis...nak guna".


Kalau alasan pertama yang aku terima, susah sikitlah aku nak bidas. Supplier nak ambil balik katanya, walhal aku tahu sangat bila cukup tempoh promosi, diorang buang saja iklan-iklan ni. Tetapi, kalau alasan kedua yang aku terima. Aku pun terus la buat deal  dengan manager kedai. Bila cukup time tempoh promosi tamat, aku akan datang menuntut hak aku...HAHAHAHAHA.



Maka...sehari selepas tamat tempoh promosi, aku pun sampailah ke kedai buka siangmalam yang berkenaan. Managernya takda, yang ada cuba pekerja international-nya. Aku pun beritahulah tujuan aku yang hendakkan iklan standee Coke yang atas cash register tu. Mula-mula tak nak dibaginya. Tapi setelah aku jelaskan akan perjanjian aku dan manager-nya, dan setelah aku yakinkan juga kat dia bahawa tarikh promosi pun dah tamat, jadi dia lepaskanlah iklan standee tu kat aku. Dan alang-alang dia tengah dalam mode meng-let go, aku minta sekalilah poster beruang Coke kat dinding. Dan dia hanya mengangguk....

Tuesday, February 5, 2013

buat pakai jalan tengah panasss...

Pastinya ramai di antara peminat Coca Cola sudah pun ada dalam koleksi masing-masing topi Coca Cola ini. Pertama kali muncul sebagai souvenir percuma di kedai hijau kuning pada tahun lalu, ia muncul semula sebagai souvenir di kedai akhbarku.


Aku pula sebenarnya baru sahaja membeli topi ini. Syarat pembelian, kenalah beli sebotol ayaq Coke (atau rakan-rakannya), lepas tu barulah boleh beli topi ini dengan harga tujuh ringgit sembilanpuluh sen.


Kena pula hari aku nak beli tu, promosinya baru sahaja tamat pada hari sebelumnya, jadi aku dapatlah beli topi ini tanpa perlu membeli sebarang ayaq Coke....hahaha.


Dan memandangkan tarikh promosinya baru saja berakhir, aku pun minta sekalilah display yang digunakan untuk memperagakan topi ini, dan Cik Nona yang bertugas pun berkata..."abang nak, ambik la". Aduuuhh....tenkiuuuuu.