Isu terakhir sementara menunggu shipment terbaru sampai adalah isu ke 7, yang dihiasi dengan karakter pemanah terunggul iaitu The Green Arrow. Merupakan patung paling lebar dimensinya akibat daripada bow yang dipegang. Baik juga kalau dapat tambah tali kat bow dia tu...
Untuk isu ke 6 ini, karakternya adalah Robin, assistant kepada Batman. Ada perbezaan sedikit dengan patung-patung sebelum ni dimana yang ini disertakan aksesori sebatang kayu (besi) sebagai weapon.
Isu nombor 5 pula adalah giliran The Scarlet Speedster atau lebih dikenali dengan nama The Flash. Terdapat beberapa variasi Flash ni tapi yang tetap menjadi favourite aku adalah Flash yang kedua iaitu Barry Allen...