Showing posts with label Komik. Show all posts
Showing posts with label Komik. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

...gebu, gebu

Pastinya ada yang pernah baca majalah Bujal ni. Edisi yang aku ada ni adalah dari Januari 1985, itu pun dah bilangan 115. Agaknya, tahun berapakah isu pertamanya ya tak?


Aku memang minat betul baca Bujal ni dulu, tapi sayangnya satu ni saja yang tinggal dalam koleksi aku. Itu pun aku rasa yang ni adik aku punya ...hahaha. Sebab pada tahun 1985 aku dah pun di sekolah menengah dan dah mula membaca yang lebih berat sikit.


Antara kenangan yang aku ingat semasa membaca Bujal dulu...


...dengan Bujal lah kali pertama aku mengisi borang dan menghantarnya ke majalah.


Borang apa ya? Hahaha....borang AGEBU la, Aku Geng Bujal. Terasa macam best la pula kalau muka aku boleh masuk dalam majalah macam geng yang kat bawah tu. Boleh tayang kat kawan-kawan di sekolah. 


Masa tu lah merasa dapat tulis alamat atas sampul surat, lekatkan setem limabelas sen dan pos. Seronok. First time  la katakan. Tapi tak pula aku perasan bila gambar aku tersiar dalam Bujal ni. Mungkin terlalu ramai yang apply kot.....

Sunday, December 4, 2011

saluran lima dan lapan.....?

Seringkali siri televisyen dan juga filem diadaptasikan ke dalam bentuk komik. Yang mana telah memperoleh hak eksklusif, bolehlah melukis wajah karakter tu sebiji seperti wajah pelakon sebenar, kalau tidak kenalah samar-samar saja. Ahaaa, bukan main-main oooo... boleh kena saman. Ok, di  bawah ini adalah beberapa komik adaptasi dari koleksi ...dah masuk kotak. Ada yang dari siri televisyen/filem tahun lapan puluhan, dan ada yang dari tahun sembilanpuluhan. Yang mana anda suka...?

Logan's Run



Beauty and The Beast



The Man From Atlantis



Transformers



Alien Nation



Ultraman



The Twilight Zone




Sliders



A Nightmare On Elm Street



The X-Files


Babylon 5


Saturday, April 30, 2011

Komik Rock III

Ahaa, komik Ozzy Osbourne pun ada...

Komik Rock II

Komik Metallica dengan cover ulaq seperti album hitamnya...

Komik Rock I

Sebuah komik mengenai kumpulan rock Motley Crue.


Saturday, March 5, 2011

Batman tahun satu?

Sebuah komik Batman keluaran DC & Fleetway (edisi UK) dari tahun 1993. Komik ini mengumpulkan kisah empat episod bertajuk Batman Year One yang ditulis oleh Frank Miller yang mana pada asalnya telah diterbitkan oleh DC Comics pada tahun 1987. Ceritanya lebih kepada asal-usul dan kejadian Batman...

Kalau nak tengok macamana rupa keyring percuma tu bolehlah check it out kat sini (yang berlogo Batman tu...).

Saturday, December 25, 2010

Komik Star Trek XI

Bagusnya dunia komik ni, kadang-kadang dikeluarkan edisi khas yang dipanggil Comic Collections in Trade Paperback, atau lebih senang di panggil Trade Paperback (TPB) Collection. Dalam TPB ni akan dikumpul mana isu-isu yang dianggap menarik, atau cerita-cerita yang bersiri-siri dan dijadikan sebuah TPB. Jadi senanglah untuk kita membacanya. Kadang-kadang mungkin ada satu dua isu yang kita ter-miss atau pun nak beli tapi dah habis. Jadi, kalau dikeluarkan semula dalam bentuk TPB, selamat le kita, boleh sambung baca...
.
Satu lagi versi di panggil Graphic Novel. Yang ni bukannya koleksi komik yang dikumpul dan dijadikan TPB tetapi adalah sebuah buku cerita komik. Kalau buku cerita yang biasa hanya mempunyai tulisan sahaja didalamnya, Graphic Novel merupakan sebuah cerita yang baru (bukan koleksi) yang lengkap dan menggunakan grafik (komik) sebagai perantaraan, senang kata buku komik yang tebal.
.
TPB The Best of Star Trek, Dis 1991
koleksi komik Star Trek siri pertama #5, 24, 25, Annual #2 dan #3, siri kedua #10, 11, 12


TPB Star Trek:
"Who Killed Captain Kirk", Jun 1993
koleksi komik Star Trek siri pertama #48-55

.
Graphic Novel Star Trek, Mei 1995
"The Ashes of Eden"


TPB Star Trek: "Tests of Courage", Ogos 1994
koleksi komik Star Trek siri kedua #35-40


TPB Star Trek TNG: "The Star Lost", Feb 1993
koleksi komik STTNG #20-24

Komik Star Trek X

Dengan "painted cover"nya yang sangat cun dan power, ini adalah komik yang diadaptasi dari filem Star Trek ke tujuh yang bertajuk Generations. Filem (dan juga komik ini) telah keluar menemui peminat pada tahun 1994. Ceritanya? Kena la cari DVD...

Komik Star Trek IX

Star Trek X-Men dan Star Trek The Next Generation X-Men. Siapa sangka akan wujud keluaran komik seumpama ini? Memang betul kedua-keduanya adalah cerita rekaan, fiksyen semata-mata, tapi bolehkah digabungkan karakter komik dengan karakter manusia sebenar? Hahaha....dalam dunia komik, apa saja boleh berlaku, ya tak...? Tapi sekarang X-Men dah pun ada filem "live-action"nya yang sendiri. Jadi takda masalah le kalau nak buat cerita join dengan Star Trek....kan? Kedua-dua komik ini telah diterbitkan oleh Marvel dan Paramount Comics pada tahun 1998.


Komik Star Trek VIII

Selain daripada siri televisyen Star Trek yang diadaptasi menjadi komik seperti Next Generation, Voyager dan seumpamanya, terdapat juga siri komik yang diterbitkan "fresh" tanpa kaitan dengan siri-siri televisyen tersebut. Contohnya seperti yang di bawah ini, Star Trek Early Voyages. Siri ini pada dasarnya menceritakan kisah Star Trek, sepuluh tahun sebelum Captain Kirk menerajui Starship Enterprise. Waktu itu Enterprise adalah dibawah command Captain Christopher Pike (yang berbaju kuning berjeket hitam tu). Terdapat tujuhbelas isu dalam keseluruhan siri ini.
.
Isu #1, Feb 1997
"Flesh of My Flesh"


Ini pula adalah komik yang mengisahkan kedet-kedet baru yang menjalani latihan di Starfleet Academy sebelum menjadi ahli Starship sepenuhnya. Sembilanbelas isu komik telah diterbitkan yang bermula pada tahun 1996.
.
Isu#1, Dis 1996
"Prime Directives"

Komik Star Trek VII

Sebuah siri terbitan Marvel dan Paramount Comics, ini adalah siri Star Trek Unlimited yang telah mula diterbitkan pada tahun 1996. Terdapat sepuluh isu komik dalam keseluruhan siri ini.


Isu #1, Nov 1996
"Directives, Dying of the Light"


Isu #2, Jan 1997
"Action of the Tiger, The Unkindest Cut"

Komik Star Trek VI

Setelah siri Star Trek yang lain dah ada komik sendiri, kini tiba giliran Star Trek Voyager pula untuk mempunyai siri komiknya. Diterbitkan oleh Marvel dan Paramount Comics, Star Trek Voyayer #1 ini bertajuk The Storm dan telah diterbitkan pada November 1996. Terdapat limabelas isu kesemuanya.




Komik ini pula adalah Star Trek Voyager Splashdown #1, Terdapat empat isu komik kesemuanya dalam siri ini dan siri pertama ini telah diterbitkan pada April 1998.


Sunday, December 19, 2010

Raja Kartun...

Terbaikkk.....
daripada Rejabhad, Raja Kartun.