Showing posts with label McDonald's. Show all posts
Showing posts with label McDonald's. Show all posts

Monday, May 20, 2013

...ada kucing dalam kotak?

Dah lama juga aku tak kumpul souvenir mekdi, tapi selepas aku singgah kat blog Gostan Sikit dan baca mengenai kemunculan patung McDonaldland Hello Kitty ni, aduuuhhh.....macam tak dapat nak menepis la pula. Maka bermulalah misi mengumpul patung anak kucing ni...

Hamburglar X Hello Kitty





Grimace X Hello Kitty





Birdie X Hello Kitty





Ronald McDonald X Hello Kitty





Mari aku susun rapat-rapat.
Dari depan...


...dari belakang,


...dari tepi,


...dan dari atas.



Ini pula flyer rasminya.
(...ini pun boleh habis, ish ish ish)


Di bahagian belakang flyer ada menunjukkan cara-cara melipat kertas 'ala origami...


....bagi menghasilkan
Hello Kitty kita sendiri.


Saturday, April 20, 2013

dua kupang sekepin.....

Sabtu.....oh Sabtu, hari berbelanja lebih. Kenapa lebih? Ya lah, setiap kali beli barang pada hari Sabtu macam hari ini, kalau tak bawa beg biru Sweden tu, atau pun yang seumpama dengannya, kenalah berbelanja dua kupang atau empat kupang lebih untuk dapatkan beg plastik buat angkat barang. Tak gitu? Hahaha...takpalah,  save the environment lah kita hari ini. 

Dan ini ada satu yang aku boleh bawa bila pergi berbelanja. Cuma agak kecik sikit...



Masa Riang, Rasa Hebat Mekdi...


...dari tahun 1996?
Mungkin juga.


Wednesday, November 30, 2011

bukan headbanging...

Sewaktu ke Mekdi beberapa minggu yang lepas. Aku perasan pula akan siri "bobble-head" (kapla goyang) Mekdi nih. Agak besar saiznya berbanding dengan mainan hepimil kebiasaanya. Maka timbullah pula minat untuk mengumpul set nih. Bab burger takda hal, ada saja tukang settle-nya.....









Tuesday, July 13, 2010

...habis dah World Cup II

Ini pula adalah koleksi (souvenir) dari mekdi sempena musim world cup...


menu kat kaunter order
...supaya senang nak pilih (harga
dah dikirakan) set coke contour glass




kertas advert lapik tray mekdi


*

brochure sempena world cup






table advert kat meja makan mekdi






benda bulat yang dok tergantung
kat cash register mekdi...


Zakumi, maskot world cup 2010...




...pada display happy meal FIFA World Cup Mekdi


dan inilah koleksi gelas coke contour
(yang tercantum tiga biji tu bukan apa,
sayang pula nak kerat)


fridge magnet yang diberi percuma setiap kali order delivery (tak pernah order pun, tapi diorang bagi...cheers)

Friday, June 25, 2010

Sudah keluar? Sudah angkat...

Ingatkan nak tunggu esok-esok aje, tapi memandangkan "keroncong untuk ana" sudah dimainkan maka terus sajalah kedai HD. Kedai HD anda tanya? Ya, kedai HD. Kedai mekdi yang ada tv besar berkuasa HD, hinggakan tengah order burger kat kaunter pun boleh tegok tv tahap super jelas. Oh ya, dan inilah dia gelas baru biru.....