Showing posts with label Ramli Sarip. Show all posts
Showing posts with label Ramli Sarip. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Sweet Charity & Blues Gang #5

Beberapa souvenir dari Konsert 2 Raksasa
Sweet Charity & Blues Gang

Mini poster yang diperolehi sewaktu membeli tiket. Yang ini baru sikit, ada print mengenai preshow Monsters of Metal dan tarikh konsertnya adalah pada 1 Oktober, kalau nak tengok yang ada tarikh konsertnya yang original sila klik sini.


Saja beli dua....
one for me, one for isteri.




Bunting ini.......
susah sikit nak dapat, hehehe.



Thursday, November 24, 2011

Sweet Charity & Blues Gang #4

...kita teruskan sikit lagi gambaq
Konsert 2 Raksasa.


Hamid Ahmad bermain gitar bass dan Mohd Kamrulbahrin Hussin di percussion.


 ...lagu apa tu?


"telah ku dengar bermacam cerita,
di simpang jalan di hujung desa,
satu peristiwa terjadi dahulu kala,
di pohon beringin kisah bermula..."


"sudah menjadi resmi manusia,
ingin hidup seribu tahun lagi,
seperti batu-batu setulus putih hati,
melihat kurniaan Tuhan..." 


"hari pun meninggi kau hadirkan diri
dari barat daya,
kencang tiupan mu gerunnya ususku,
kau hancurkan musnah semua..."


"beribu kata sejuta angan ku,
menyelusup sanubari,
menghimbau hati pedihnya rasa,
bagaikan tersayap sembilu..."


"takkan ku tahan airmata ku ini,
yang jatuh menitis berderai di pipi,
takkan ku simpan dalam hati ku ini,
biarlah itu berlalu pergi..."


 "kisah terjadi mengalami sungguh sedih,
abang beca punya cerita menyayat hati,
tentang terjadi kegemparan dunia,
kebakaran dan trajis melanda..."
       

"kini angin bersenda membawa kesan indah,
pagi yang cemerlang lalu seperti biasanya,
kenari berlagu lambaikan senyumnya,
sesejuk pagi yang penuh bahagia..."


"sejenak engkau tersenyum riang
memandang pada ku,
ku kira sengaja menggoda daku
meluluhkan hati ku,
sesaat itu terpegun daku
memandang wajah mu,
terlihat wajah sungguh ayu
seperti kekasih ku..."


"mana akan ku turut, perasaan atau hati ku,
jemunya aku pada dunia,
biarkan arus menghanyut
dari segala-galanya,
bertenangkan gelombang
pada yang resah..."


"di angan-angan ku suntingkan,
bunga-bunga cinta hanya untuk mu,
cinta hanya untuk mu,
di lengan tangan ku ikatkan
ikrar janji ini pada mu,
akan ku salutkan, akan ku balutkan..."


"siapa tak punya cinta,
mau yang miskin atau kaya,
setiapnya bani adam,
tentu ada pada dirinya,
semua manusia pasti tetap ada,
akan cita-cita pada dirinya..."


"tiada senyum tiada ketawa,
di wajah terlukis kehancuran rasa
harapan hidup entah di mana
kasihanilah, kasihanilah mereka..."


"bulat-bulat banyak durinya,
bulat-bulat putih isinya,
di buka setengah mati,
masuk mulut sedap sekali..."


ahaaa...akhirnya, bila dah masuk dua haribulan sepuluh duaribu sebelas, lebih kurang pukul satu pagi, maka berakhirlah sudah Konsert 2 Raksasa yang bagi aku memang best dan puasss hati. Konsert pula berjalan dengan lancar tanpa hujan, walau pun ada seketika tu dua tiga titik (air hujan) hinggap di kepala, mungkin berkat Abang Ramli berdoa atas stage agar hujan jangan turun dulu.

Maka abang, adik, akak, pakcik dan makcik (termasuklah aku ni), mulalah bergerak perlahan-lahan keluar dari Stadium Merdeka dengan "feel-good" factor yang melimpah ruah seperti baru saja re-new lesen untuk jadi orang muda sekali lagi setelah melayan secara live lagu-lagu Sweet Charity dan Blues Gang. Thank you guys.....



Sweet Charity & Blues Gang #3

Lebihkurang jam sepuluh setengah malam, maka muncullah kumpulan rockers lagenda yang ditunggu-tunggu, SWEET CHARITY .....yeahhh. Membawa lagu-lagu seperti Sejuta Wajah, Kawan Ketawa Kawan Menangis, Tahun 2000, Hanya Rock And Roll, Ribut 10:59 Pagi, Datang dan Pergi, Dunia Perlumbaan, Raja Kumbang, Musibah, Batu, Berita Gempa, Penunggu, Bagaikan Bermimpi, Terharu, Jangan Tunggu Lama-lama, Jangan Tak Jadi, Zakiah, Kamelia, Teratai, Perjalanan, Hilang Gelap Terbitlah Terang, dan Jalan Malam, persembahan kumpulan rock legenda ni memang superb. Jika pada kebiasaannya konsert-konsert akan tamat lebihkurang jam sebelas, tapi bila mai tang Sweet Charity ni, dekat pukul satu pagi barulah siap complete persembahannya. Bak kata orang putih, "hey, who's complaining...", kalau habis pukul dua pun takpa.....

Konsert dimulakan dengan lagu
"Sejuta Wajah"...




Aksi axe-man Sweet Charity,
Rosli Mohalim...



Legends at work...







Rock brader, jangan tak rock...



Layan, layan juga tapi sikit demi sedikit aku mula menyelinap ke hadapan. Saja ke depan sikit, boleh dekat sikit dengan rock band favourite aku nih. Ternampak pula dua tiga brader dok headbanging. Teringat aku time konsert-konsert lapan puluhan dulu. Masa tu masih muda lagi, boleh head-banging tak hengat. Kekadang tu banging punya power sampai lagu pun tak berapa nak appreciate, goyang kepala banyak sangat .....hahaha. 




Konsert rock tahun lapan puluhan dulu, kalau takda geng FRU memang tak sah. Di antara stage dan penonton mesti ada keliling officer FRU nih. Bila penonton dah mula banging dan ala lalok ter-over, diorang ni pun keluarkanlah gas pemedih mata to keep things under controlTapi sekarang dah takda lagi macam tu (kot). Rata-rata penonton zaman sekarang dah civilised dan ada sivik sikit. FRU pun dah diganti dengan brader-brader sekuriti yang takda bawa sebarang bom pun...







Wednesday, November 23, 2011

Sweet Charity & Blues Gang #2

Masuk saja ke dalam, tu dia stage konsert...


Kerusi plastik sebelah kanan tu bagi penonton VIP. Tiket mahal sikit tapi lepas konsert boleh lepak-lepak dengan Sweet Charity dan Blues Gang.....


Ini dia brader MC hari tu, sorry tak sempat tangkap pula nama dia. "Dipersembahkan, Blues Gang....."


Maka untuk lebih sejam yang seterusnya Blues Gang terus tampil dan memberikan persembahan yang mantap dengan lagu-lagu seperti Malaya Blues, Apo Nak Dikato, Katakan, Ku Tetap Menanti, Oh Mama Saya Mahu Kahwin, Damai, Jumpa Kawan Lama, Mak Siti, Cinta Oh Cinta, Khatulistiwa dan Perempuan. Layan blues beb...




Gitar blues dan harmonika powerrr...




Shaik Karim
menyampaikan lagu Ibu dan Mak Siti.










Selesai persembahan, brader Ito dijemput untuk memilih pemenang bertuah dalam acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah beberapa buah motorsikal. Tak naik pula nombor aku nih...