Showing posts with label The Simpsons. Show all posts
Showing posts with label The Simpsons. Show all posts

Friday, August 20, 2010

The Simpsons 5

Klasik. Statue Homer dan Bart Simpson sambil baring layan ayaq gas,
aku buat perhiasan letak atas tv...

The Simpsons 4

Ini adalah kad spesial atau dipanggil "chase cards". Aku cuma ada seketoi ni aje, tak cukup set pun. Kad ni bernombor W9 dan menunjukkan Bart Simpson bertukar menjadi Bartman...
*

goyang-goyang sikit kad baru nampak
si Bartman nih...


The Simpsons 3

Lagi kad-kad karakter dari siri kartun
The Simpsons.







kad-kad Itchy & Scratchy




Kad-kad superhero siri Simpsons dimana munculnya karakter-karakter seperti Bartman, Radioactive Man, Fallout Boy dan lain-lain lagi. Agak laku juga karakter-karakter ni sehinggakan diterbitkan juga komik-komiknya sendiri oleh Bongo Comics pada tahun 1993.



...bahagian belakang kad (kat bintik-bintik yang macam tv dah habis siaran tu ada mesej/imej rahsia)


The Simpsons 2

Set the Simpsons ini pula mengandungi 40 kad dan mempamirkan karakter-karakter dalam siri kartun ini.






Bart dan Lisa Simpson amat gemar menonton siri Krusty The Clown dan Itchy & Scratchy (kat bawah ni) adalah sebahagian dari siri tersebut. Hmmmm, kita tengok kartun yang kartun tengok, hahahaha...







tatoo cards,
boleh tampal kat lengan, pipi...

The Simpsons 1

Pertama kali aku tonton kartun Simpsons adalah pada tahun lapanpuluhan. Waktu tu siri kartun ini adalah sebahagian dari siri tv The Tracey Ullman Show (sebuah rancangan yang berunsur sketsa komedi dan muzikal), dan disiarkan kalau tak silap time agak lewat malam. Oleh kerana kartun ni hanya sekadar sampingan atau penyeri rancangan jadi ia hanya muncul sekejap-sekejap saja dalam siri Tracey Ullman tu.

Selepas beberapa musim, memandangkan kartun ni mendapat sambutan yang agak menakjubkan, The Simpsons telah dijadikan sebuah siri yang tersendiri dan siarannya terus meletup-meletup. Sehingga kini sudah 464 siri episod disiarkan (sudah 21 musim) dan ada movienya sendiri. Dan inilah set trading cardsnya yang dah masuk kotak...















40 keping kad yang dicantum bagi mendapatkan
gambar/poster The Simpsons