Showing posts with label Komik Wolverine. Show all posts
Showing posts with label Komik Wolverine. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Wolverine.....lagi

Pada tahun-tahun sembilanpuluhan dahulu, milestone issues atau isu-isu keluaran batu pengukur seperti isu ke limapuluh, seratus dan yang seumpamanya akan diberikan special treatment ke atas cover komik tersebut. Lihat saja di bawah ini...

Wolverine #50 (Jan 1992)
Cover jenis ini diberi nama die-cut cover di mana ia dibuat daripada kertas keras dan sebahagian daripadanya di potong dan meninggalkan kesan berlubang. Pada cover isu #50 ini, cover-nya adalah seperti bentuk fail dan mempunyai kesan cakaran sehingga berlubang dan menampakkan bahagian dalam komik.



Wolverine #75 (Nov 1993)
Isu milestone kali ini mempunyai cover yang disertakan dengan imej tiga dimensi Wolverine. Ahaaa... macam nak terkeluar dari komik efeknya.




Wolverine #100 (Apr 1996)
Lupa nak habaq, pada kebiasaanya, setiap milestone issue akan dikeluarkan dalam dua versi, versi biasa dan versi yang ada special cover. Bukan apa, depa saja nak bagi peluang kepada pembaca untuk memilih, samada nak beli yang versi biasa (harga normal) atau yang istimewa (harga up sikit). Ok, yang bawah ini adalah versi biasa tanpa sebarang efek dan di bawahnya itu, versi special dengan efek foil cover yang keras sedikit dan tiga dimensi.




Komik-komik Wolverine yang seterusnya bukanlah milestone issues, saja aku masukkan dalam posting kali ini untuk memeriahkan lagi suasana...


Wolverine: Global Jeopardy
(Dis 1993)



Wolverine: Save The Tiger (Jul 1992)
Sebuah edisi yang mengumpulkan komik Marvel Comics Presents #1-#10



The Wolverine Saga
Sebuah siri komik yang mengandungi empat isu kesemuanya dan mula diterbitkan pada Sep 1989. 


Spider-Man vs Wolverine
...siapa yang menang agaknya


Monday, December 5, 2011

Wolverine...

Wolverine merupakan salah satu karakter komik yang paling diminati dari Marvel Comics. Karakter ini pertama kali muncul dalam komik The Incredible Hulk #180 pada tahun 1974 dan adalah hasil rekaan penulis Len Wein dan pengarah seni di Marvel iaitu John Romita Sr. Terdapat pelbagai siri komik Wolverine dan diantaranya adalah Wolverine: Origins, Wolverine: First Class, Wolverine: Weapon X, dan yang terkini bagi tahun 2011 adalah Wolverine: The Best There Is. Walau bagaimana pun, siri asal Wolverine sebagai karakter utama telah diterbitkan pada Sep 1982 dan berlangsung sebanyak empat isu sehingga Dis 1982. Dan dari siri inilah datangnya catchphrase Wolverine yang masyhur…

“My name is Logan… but most people know me as Wolverine. I’m the best there is at what I do… But what I do best isn’t very nice”.

Ahaaa, tu dia. Malangnya aku tak sempat pula nak kumpul siri empat komik yang tu, tapi apa yang berjaya masuk koleksi …dah masuk kotak adalah dari Wolverine volume kedua. Siri ini telah mula diterbitkan pada Nov 1988 dan berlangsung sebanyak 194 isu hingga ke tahun 2003. Di bawah ini adalah isu-isu terawalnya yang mana John Buscema yang merupakan cover artistnya telah bermurah hati untuk menandatangan beberapa isu sebagai souvenir….. 


Wolverine #1


Wolverine #2


Wolverine #3


Wolverine #4


Wolverine #6


Wolverine #7


Wolverine #10


Wolverine #12

Wolverine #13


Wolverine #14


Wolverine #15


Wolverine #16