Showing posts with label Buku-buku. Show all posts
Showing posts with label Buku-buku. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

...takde kena-mengena dengan cerita Twilight

Pertama kali aku tahu pasal ni, aku jumpa di facebook Jacob's. Mum's Little Secrets, merupakan sebuah buku yang mengumpulkan bermacam-macam petua serta tips dalam menjalani kehidupan harian, dan ia diberikan secara percuma. Ahaaa.....percuma, I Like.


Namun ada syaratnya. Aku kenalah beli produk Jacob's yang (minimum) bernilai limabelas ringgit, download borang bawah ni, isi dan pos sekali bersama resit (bukti pembelian) ke alamat yang ditetapkan dan tunggu...


(eh...ada pula borangnya di pasaraya,
penat aku print je...hahaha)


Tak sampai pun seminggu,
bukunya pun sampai. Cepat juga ya...


Sedikit prakata...


Dan seterusnya, penuh dengan petua dan tips sampai ke mukasurat terakhir. Ni aku bagi sedikit contoh...







Oklah, bagi yang berminat nak dapatkan buku ni, ikut sajalah syarat-syarat seperti aku cakap tadi. Tapi kena cepat, ada duapuluh ribu naskah saja tau...


Friday, January 4, 2013

aw aw awwwwooooo.....

Pada bulan duabelas yang lepas aku sempat berkunjung ke jualan mega buku-buku anjuran Si Musang Besar yang Jahat. Ingatkan nak pergi pakai kain pelikat saja tengah-tengah malam tu, mana tahu kot-kot boleh menang iPad retina scan yang ditawarkan sebagai hadiah utama bagi yang datang dengan berpakaian pelik, tapi hmmm ....takpalah. 

Seleksi buku-buku yang ditawarkan boleh tahan juga, untuk si Tua, untuk si Kecil...semuanya ada. Nak yang tebal, yang nipis, yang berkulit keras, yang lembik, yang berat, mahu pun yang ringan-ringan .....tepuk dada tanyalah selera (jangan lupa tanya dompet sudah). Bagi aku, boleh tahan berat jugalah beg biru kedai Sweden yang aku bawa hari tu, sarat dengan buku-buku, tapi buku yang ada kena-mengena dengan hobi kumpul-mengumpul.....ni diaaaaa. Buku Star Wars 1,000 Collectibles. Walau pun tak sampai sepuluh peratus pun collectibles tu ada dalam kotak-kotak aku ni, dapat tengok gambaq pun jadi la .....syok juga.














Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah
dan selamat menyambut
Awal Muharam 1434H



Friday, January 27, 2012

mad...mad...mad...

MAD Magazine mula diterbitkan pada tahun 1952. Berasal daripada komik dan kemudiannya bertukar menjadi bentuk magazine, majalah ini adalah hasil rekaan Harvey Kurtzman dan William Gaines, dan masih berada di pasaran sehingga kini. Pada asasnya majalah ini memberikan pendekatan satire terhadap apa saja yang terlintas di hati para penulisnya, samada politik, pop culture, filem dan macam-macam lagi dan berikut adalah majalah MAD yang masih dalam koleksi ...dah masuk kotak.















Wednesday, March 9, 2011

kalaulah...

Ini adalah sebuah buku mengenai seorang pengumpul barangan Batman yang bernama Chip Kidd. Memang banyak sungguh yang dia dah kumpul sejak kecil hinggakan dapat dijadikan sebuah buku tebal koleksinya itu, dan ada pula orang yang beli buku tu...ish,ish,iiiiish.



yang tertulis....
.
"Every passion borders on the chaotic, but the collector's passion borders on the chaos of memories."


"Any book about Batman is by definition also about obsession: Bruce Wayne is unable not to fight crime; I am unable not to pursue collecting Batman. It remains an enigma even to me. Why does anyone collect anything? To adore an imagined god? To keep looking for a face in the dark?"
Chip Kidd
.



Monday, March 7, 2011

Batman dan Robin dan Batgirl dan.....

Filem Batman & Robin telah keluar menemui peminat pada tahun 1997. Bagi aku inilah filem Batman paling colourful, penuh warni warni. Tengok sajalah pada kulit buku The Making Of-nya dibawah ini. Gambar ini jugalah yang digunakan sebagai poster rasmi bagi filemnya, betul-betul colourful.
.
Cuba pula tengok filemnya, penuh warna-warni sana sini, ada Batman, ada Robin dan ada Batgirl, sangat meriah, dan suit yang mereka pakai, berkilat-kilat dengan warna hitam dan silver-nya. Hehehe, berbeza sungguh dengan Batman Michael Keaton dan Batman Christian Bale, agak Dark sikit. Macam tu barulah Batman....., tapi takpalah, mungkin Batman George Clooney ni ada reminiscence atau sedikit tribute kepada Batman Adam West (siri tahun enampuluhan) yang penuh warna-warni dan glamour.
.
Di bawah ini adalah buku The Making of The Movie Batman & Robin (soft cover), dengan George Clooney sebagai Batman, Chris O'Donnell sebagai Robin, Alicia Silverstone sebagai Batgirl, Uma Thurman sebagai Posin Ivy dan Arnold Schwarzenegger sebagai Mr Freeze.


Film Review Special #20
(Special Collector's Edition)

.
The Official Souvenir Magazine
(dengan art cards percuma...)

.
Majalah Personal yang diperolehi secara percuma dengan akhbar Sunday Mirror bertarikh 15hb Jun 1997. Pada kulit majalah adalah Uma Thurman yang melakonkan watak Poison Ivy dan Arnold Schwarzenegger sebagai Mr Freeze.

giliran Batman Forever

Batman Forever telah mula ditayangkan pada tahun 1995 dan seperti biasa, tak sahlah kalau takda media bacaan mengenai filem ini diterbitkan bersama, ya tak. Jadi ini adalah beberapa bahan mentelaah sambil melayan filem ini...
.
Batman Forever The Official Movie Book
(versi kulit keras)


.
Batman Forever Official Movie Magazine
Deluxe Collector's Edition


Batman Forever Official Poster Magazine
.
Val Kilmer sebagai Batman

.
Chris O'Donnell sebagai Robin

.
Jim Carrey sebagai Riddler

.
Tommy Lee Jones sebagai Two-Face