Showing posts with label First Day Cover. Show all posts
Showing posts with label First Day Cover. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

...penat beratur nih

Beberapa first day cover keluaran tahun ini.....


Rumah Api di malaysia Siri 2
Tarikh Keluaran: 30 April 2013






Keajaiban Hutan-hutan Di Malaysia
Tarikh Keluaran: 13 Mei 2013







Terumbu Karang Malaysia
Tarik Keluaran: 28 Jun 2013







Ulam Di Malaysia
Tarikh Keluaran: 25 Julai 2013







Pameran Setem Ke-3 Tri-Nation
Tarik Keluaran: 23 Ogos 2013







Muzium & Artifak
Tarikh Keluaran: 31 Ogos 2013





Wednesday, May 1, 2013

...rileks dulu

Satu Mei, hari "tak perlu kalut-kalut naik kereta/motor/bas awal-awal pagi", hari "tak perlu beratur ramai-ramai di jalanraya", hari "boleh pakai apa baju yang kita suka"...hahaha. Selamat Hari Pekerja bagi kita warga pekerja sedunia.....











Tuesday, July 17, 2012

dah lama tak buat ni.....

Nak pergi ka...tak nak pergi, nak pergi ka...tak nak pergi. Itulah dia perkara yang dok bermain di kepala aku pada Isnin enambelas julai. Pergi mana...? Haaaa, pergi ke pejabat pos lah sebab ada setem baru nak keluar, setem Mata Wang Malaysia Siri Kedua. Kalau pergi pagi, harus kena beratur ala keliling bangunan baru nak sampai giliran. Itu belum cerita nak cari tempat duduk yang ada span ajaib untuk lekatkan setem.... hehehe. Tapi macamana pun, aku akhirnya pergi juga ke pejabat pos dayabumi, tapi agak tengahari sikit, lepas time makan. Ingatkan dah selamat tapi kena juga beratur hampir dua puluh minit...hahaha. Dan inilah dia set bagi keluaran kali ini...

sampul surat hari pertama




folder
(pejabat pos kelana jaya dapat sepuluh keping sahaja untuk dijual... ish ish ish, mana cukup)




...setem-setem bernilai enampuluh sen yang mempunyai rekabentuk syiling keluaran terkini dan yang di bawah ini dengan rekabentuk syiling lima sen



perbandingan syiling lima sen sebenar dengan setem




setem rekabentuk syiling sepuluh sen



...yang mana syiling betul dan yang mana setem?


setem rekabentuk syiling duapuluh sen



syiling sebenar dengan setem,
yang mana cantik?


setem bernilai enampuluh sen dengan rekabentuk syiling limapuluh sen



rekabentuk setem yang mengikut saiz dan warna sebenar syiling


lembaran khas yang mengandungi tiga setem bernilai lima ringgit setiap satu dengan rekabentuk wang kertas seringgit, limapuluh ringgit dan duapuluh ringgit





satu lagi lembaran khas tetapi dengan rekabentuk wang kertas seratus ringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit





...dan inilah dia hasilnya






jangan lupa minta poster buat souvenir...