Nak pergi ka...tak nak pergi, nak pergi ka...tak nak pergi. Itulah dia perkara yang dok bermain di kepala aku pada Isnin enambelas julai. Pergi mana...? Haaaa, pergi ke pejabat pos lah sebab ada setem baru nak keluar, setem Mata Wang Malaysia Siri Kedua. Kalau pergi pagi, harus kena beratur ala keliling bangunan baru nak sampai giliran. Itu belum cerita nak cari tempat duduk yang ada span ajaib untuk lekatkan setem.... hehehe. Tapi macamana pun, aku akhirnya pergi juga ke pejabat pos dayabumi, tapi agak tengahari sikit, lepas time makan. Ingatkan dah selamat tapi kena juga beratur hampir dua puluh minit...hahaha. Dan inilah dia set bagi keluaran kali ini...
sampul surat hari pertama
folder
(pejabat pos kelana jaya dapat sepuluh keping sahaja untuk dijual... ish ish ish, mana cukup)
...setem-setem bernilai enampuluh sen yang mempunyai rekabentuk syiling keluaran terkini dan yang di bawah ini dengan rekabentuk syiling lima sen
perbandingan syiling lima sen sebenar dengan setem
setem rekabentuk syiling sepuluh sen
...yang mana syiling betul dan yang mana setem?
setem rekabentuk syiling duapuluh sen
syiling sebenar dengan setem,
yang mana cantik?
setem bernilai enampuluh sen dengan rekabentuk syiling limapuluh sen
rekabentuk setem yang mengikut saiz dan warna sebenar syiling
lembaran khas yang mengandungi tiga setem bernilai lima ringgit setiap satu dengan rekabentuk wang kertas seringgit, limapuluh ringgit dan duapuluh ringgit
satu lagi lembaran khas tetapi dengan rekabentuk wang kertas seratus ringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit
...dan inilah dia hasilnya
jangan lupa minta poster buat souvenir...
2 comments:
MEMANG TERBAIKLAH BRO.. SAYA BARU-BARU NI ADA BERFIKIR UNTUK MENGUMPUL SAMPUL SURAT PERTAMA PULAK.. INGAT MULAI TAHUN DEPAN NAUK START KUMPUL.. :)
layan juga kumpul setem dan first day cover ni bro, macam-macam design dan juga ada nilai sejarah tersendiri. kalau nak senang, boleh buat order dengan pejabat pos. diorang akan sediakan (siap berchop) berapa banyak set yang kita mahu dan sebarang variasi yang ada. tapi kalau nak stim lebih, pergi sendiri pada tarikh setem tu dikeluarkan, defintely a wonderful experience.
Post a Comment