Tuesday, July 3, 2012

berbaloi-baloi...

Iklan kadbod terbaru aiskrim LaCremeria. Beli dua tub boleh dapat beg sejuk beku satu...



Dah dapat iklannya, takkan tak beli aiskrimnya, ya tak? Kena la support sikit... Dan bila dah beli aiskrimnya, dapat le satu beg sejuk beku tu. Aku pilih yang hitam le, rock sikit... hehehe.


Tetapi.....ahaaa, memandangkan hari aku beli aiskrim tu ada pula promo lain yang dijalankan seiring dengan promo beg percuma tu, aku di beri peluang untuk bermain satu permainan mudah dan inilah dia hadiahnya...satu set barangan LaCremeria yang dikatakan bernilai seratus ringgit (...katanya).



Dalam kotak ada
satu mangkuk buat makan aiskrim,


senduk aiskrim,


dua sudu untuk makan aiskrim,


beg (...lagi),
untuk bawa aiskrim jalan-jalan,


apron (seperti yang di pakai
oleh Cik Amoi LaCremeria),


dan baju LaCremeria.


Dari jauh, nampak macam cun baju ni, material ala-ala baju bola, memang segak le kalau dipakai, siap dengan embroidery logo Nestle LaCremeria lagi. Tapi tunggu....mai aku letak sepeket maggi dekat baju ni. Haaaaa, tu dia.....punyalah kenit baju ni, walau pun kat kolar tulih saiz L. Kalau Cik Amoi yang langsing tu pakai ok le, nampak le menariknya. Kalau aku yang nak cuba, harus orang kata baru keluar sarkis.....hahaha.


5 comments:

fairus said...

MAK OII.. BANYAKNYA BARANG DAPAT.. MENARIK TU..

shootbirdhero said...

hasil lumayan

Iaryylr said...

aduh! kalau beg jer dah nampak tapi kena beli dua aiskrim, tak apalah lepaskan , tapi kalau ada game dapat set koleksi tu mana boleh lepaskan kalau ada nampak! arghhhh! syabas bro! syabas!

nikths said...

syabas bro.Hasil yang lumayan.

ha ha ha ...kalau bro pakai baju tu dah jadi barut nangka daaa...

Spallan said...

fairus...memang macam-macam, hehehe

shootbirdhero...betul tu bro

iaryylr...kalau setakat beg, saya pun padang mata sebelah je bro tapi sebab boleh dapat souvenir sekotak, dah le tu, Cik Amoi pula tolong ajar macamana nak menang sekotak tu.... apa lagi on saja la

nikths...jangankan pakai bro, nak masuk pun tak lepas. saiz tahap jadi plaster kat lengan je...hahaha