Showing posts with label Phonecards. Show all posts
Showing posts with label Phonecards. Show all posts

Friday, February 10, 2012

...dalam kaleng

Aku ni memang le pakai DiGi dari dulu lagi, samada line mahu pun prepaid semuanya dah aku cuba.Kalau pakai line tak dapat apa, dapat bil saja. Tapi kalau pakai prepaid ada macam-macam yang istimewa, sim card dalam tin, dalam kotak CD, kad prepaid pelbagai design dan macam-macam lagi. Berikut adalah yang masih dalam koleksi ...dah masuk kotak.












Saturday, December 25, 2010

Kad Telefon Star Trek

Ini adalah kad telefon yang dikeluarkan sempena filem Star Trek Generations pada tahun 1995. Didatangkan dalam folder khas ini, ia telah dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi Mercury Communications dari UK pada nilai GBP5.




Kad telefon adalah yang berwarna biru di sebelah kanan sekali folder. Tertera pada kad imej dua kapten Enterprise, Captain Kirk dan Captain Picard.

Tuesday, December 8, 2009

Alan Shearer & da Gang

...sempena Euro '96
*




Boy band mana la pula ni...



Phonecard dari Korea




Kadfon filem-filem suka ramai

Keluaran British Telecom (BT) pada penghujung 1990an sempena filem Disney's Aladdin. Setiap kad mempunyai nilai muka dua pound. Ketiga-tiga kad masih belum digunakan lagi dan dalam bungkusan asal.




Ini pula adalah kad telefon dari siri Batman Forever
yang dikeluarkan pada tahun 1995.


*
I AM THE LAW!!! Phonecard Judge Dredd yang ori, dari komik 2000AD dan bukannya dari filem lakonan Sylvester Stallone. Keluaran hujung 1990an, hanya 2,000 keping dipasaran dan didatangkan dalam folder tersendiri.
*




Juga sebuah keluaran BT pada penghujung 1990an tapi kali ini memaparkan imej dua agen FBI yang sangat diminati ramai suatu masa dahulu.



Piala Dunia 1994

Keluaran UniphoneKad sempena Kejuaraan Piala Dunia di Amerika Syarikat pada tahun 1994. Kad didatangkan dalam sampul ala padang bola dan dalam folder nya yang tersendiri. Terdapat dua kad dalam set ini iaitu kad Roberto Baggio (Itali) dan Valderrama (Colombia). Keputusan akhir, Brazil telah menewaskan Itali dan menjadi juara.







Kad Epal

Pemberian seorang sahabat, ini adalah UniphoneKad keluaran tahun 1993 yang bertajuk A Season's Gift From Uniphone - Apple. Sebanyak 10,000 keping telah dihasilkan dan dipersembahkan didalam sampul dan folder yang unik ini. Kad bernilai $5 dan masih belum digunakan lagi.




Istana tersalah nama

Phonecard ini memaparkan kartun oleh kartunis terkenal Zainal Osman (Nan). Siri kartunnya Din Teksi dulu disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia setiap Ahad dan dalam penuh warna. Mungkin atas sebab itu juga beliau berkolaborasi dengan Utusan untuk siri phonecard ni. Selain dari itu hasil kerjanya yang mayhur adalah cerita bersiri Ayop Anak Tulakang yang diterbitkan oleh majalah Gila-Gila pada tahun 1980an (sekarang dalam bentuk koleksi). Ia mengisahkan seorang budak yang mempunyai kemahiran mengurut.....(pi beli koleksi dia). Pasal phonecard ini pula, sayangnya aku ada satu ni je dan aku tak pasti ada berapa dalam satu set. Tapi yang pasti, kalau ada complete set mesti....baikkk punyer.





Phonecard ni pun aku ada sekeping ni je. Set dia tak tau lah ada berapa cuma yang pasti kad ni ada elemen misteri. Haaaa, apa itu elemen misteri. Ok, sekali pandang aku pasti ramai yang kenal gambar yang ditunjukkan adalah gambar Istana Kenangan di Perak, yang kini menjadi Muzium DiRaja Perak. Paling tidak pun, "aaah, ni kat Perak kan?". Betul tak? Tapi cuba kita lihat apakah deskripsi yang tertulis dibawah tu, "Istana Bandar (1889), Kg Bandar Kuala Langat Selangor". Wow, boleh konfius kalau tenung lama-lama...
*




Phonecard ni OK. Cuma Rajah Brooke yang dimaksudkan adalah rama-rama tu dan bukannya Rajah Putih pertama yang kat Sarawak, hehe. Rama-rama ni memang cantik, dan lebar sayapnya boleh mencecah sehingga enam inci. Bukan kecik anak punya nih. Phonecardnya pula adalah berbeza dengan yang diatas, dimana kad ini menggunakan sistem cip, sedangkan kad-kad yang diatas baki penggunaan akan ditanda dengan satu titik pada kad diantara angka 10 hingga 0. Tapi, seperti kad-kad yang lain, ni la sekeping yang aku ada, tak cukup set pun...