Showing posts with label Tiket. Show all posts
Showing posts with label Tiket. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

.....nak cari kerusi dalam gelap

Sempena hari ini hari Rabu, hari "tiket wayang murah sikit daripada biasa", meh aku nak tunjukkan harga tiket dari tahun 1988. Kalau di ikutkan, harga pada tiket adalah dua ringgit saja sekali masuk. Tapi, disebabkan harganya baru saja naik dan stok tiket lama masih ada lagi, jadi kompeni panggung wayang chop saja kat tiket tu dengan harga barunya, dua ringgit limabelas sen campur cukai lapanpuluhlima sen, menjadikannya tiga ringgit. Amacam murah? Kalau tiket sekarang sembilan ringgit, dulu dah tiga orang boleh masuk dengan kuaci masing-masing...hahaha.

Ok, sebelum ni aku pernah post mengenai tiket wayang lama. Kalau nak tengok silalah klik "tiket" kat bahagian apa dalam kotak... di sebelah tu. Tiket yang di bawah ini pula baru saja aku jumpa balik setelah memproses kotak-kotak hari tu. Bezanya tiket ini dengan tiket-tiket wayang yang pernah aku masukkan dalam blog ialah...... Haaa, cuba tengok kat tepi tiket tu. Ada kertas kenit dengan tulisan J14, J15 dan J16. Itulah dia tiket nombor tempat duduk dalam panggung. Jenuhlah Mister Kaunter kena koyak tiga tiket wayang dan tiga tiket tempat duduk. Itu belum kalau si pembeli terhilang tiket tempat duduk dan tak ingat pulak nombornya ....haruuu. 





Biasanya nombor tempat duduk ditulis terus ke atas tiket wayang, tapi tiket-tiket kat Ipoh ni special sikit, ada tiket asing untuk tempat duduk. Ni ada dua lagi, dari panggung Lido Ipoh, tiket wayangnya tak tahulah dah pi mana.....



Wednesday, April 10, 2013

...Rock Terus Rock

Salam dan Selamat Sejahtera.....

Wow....lama sungguh aku tak menulih kat blog ni. Kalau singgah kat blog rakan-rakan yang ada icon blog ...dah masuk kotak terang-benderang tertera  one month ago. Hahaha...lebih sebulan takda entri kat sini. Kalau tengok kat tepi tu, bulan Mac takda langsung....ish ish ish.

Minta maaflah kalau ada yang datang singgah, asyik kena layan gambaq hotwheels BMW tu je. Sebenarnya dalam sebulan yang lepas ni aku agak sibuk juga. Sibuk kerja tu memang biasalah, tak payah le nak cerita. Tak sibuk bekerja, nanti tak shoru pula ya tak. Ini sibuk yang selepas time kerja. Haaa...itu yang buat tak sempat-sempat nak update blog.

Ok, aku sebenarnya sibuk dok kemaskan kotak-kotak aku ni. Barang-barang yang dah masuk kotak, dah jadi banyak. Ruang pula dah jadi sikit dan yang paling ditakuti, Ma'am Besar dah mula jadi runsing...hahaha. Jadi, bagi mengekalkan kesinambungan hobi yang tak seberapa ni, dan juga agar keharmonian kediaman terus subur, maka Sang Tukang Susun kenalah merombak semula kotak-kotak yang ada. Yang lusuh diganti, yang masih ada ruang dipenuhi, dan macam-macam lagi agar sentiasa kemas dan sedap mata memandang.

Dalam dok kemas-mengemas tu pula, terjumpa baliklah barang-barang lama. Layan sini kejap, layan sana kejap, belek itu, belek ini. Yang belum pernah  diambil gambar, kenalah tangkap dulu, boleh buat bahan dalam blog. Layan punya layan, lebih sebulan juga aku dok buat kerja kemas-mengemas ni, itu pun ada sikit lagi yang belum siap tapi takpalah....sikit lagi settled la tu.

Jadi, hari ini aku persembahkan kepada para pembaca yang mulia, koleksi beberapa tiket Konsert Rock yang rupa-rupanya, masih dalam simpanan aku. Kesemuanya dari tahun lapanpuluhan, zaman kegemilangan Rock......YEAHHH ROCK TERUS ROCK.


Tiket Konsert
M.A.Y.  METALIAN  BURNMARKS
(Kumpulan dari album Juara-juara Rock)



Tiket Konsert
BLOODSHED
(Ilusi Sebuah Mimpi)



Tiket Konsert
LEFTHANDED
(Konsert Keadilan)


 ...tengok konsert, dapat kupon diskaun seringgit
untuk beli rokok Camel, sekarang boleh dapat...?



Tiket Konsert
LEFTHANDED
(Konsert Seruan)
....kali ni dengan diskaun seringgit untuk
rokok Salem, best betul la zaman ni



Tiket Konsert
RUSTY BLADE
(Konsert Pertama & Terakhir)



Tiket Konsert
SEARCH
(Fantasia Bulan Madu)



Tiket Konsert
SEARCH
(dengan band undangan GERSANG)


...tengok konsert,
boleh dapat diskaun empat ringgit


untuk beli kasut ALIPH SEARCH.


Friday, December 11, 2009

Tiket dah beli, panggung wayangnya mana...

Masa kecik dulu Ayah aku selalu bawa aku dan adik aku pergi tengok wayang. Macam-macam cerita kitorang tengok, E.T., Star Wars, 7th Voyage of Sinbad, Clash of The Titans dll. Masa tu panggung wayang semuanya dalam bangunan yang tersendiri. Tidak seperti sekarang dimana semua panggung berada didalam kompleks beli-belah. Kalau tengok mid-nite show, masa nak balik tu punyalah jauh nak kena menapak untuk keluar. Kalau tengok wayang di panggung dulu-dulu, bila habis je, dia buka pintu kita pun dah kat luar. Kalau tengok wayang time tengahari/siang, bila keluar je, terkenyit-kenyit mata kerana silau, ya lah baru keluar dari bilik (panggung) yang gelap...

Satu lagi, dulu dalam panggung wayang boleh hisap rokok. Satu hari tu aku dan member-member (dalam panggung) dok pekena rokok sebelum wayang tu mula. Salah sorang tu menghembus asap rokok sambil membuat bentuk bulatan. Member yang sorang lagi pun berkata "alaaa, setakat buat bulat semua orang boleh, nih aku tunjuk macam mana nak buat tiga segi". Wow, bukan aku dan member lain je yang nak tengok, brader-brader yang duduk seat belakang pun siap adjust ke depan sikit sebab nak tengok. Lepas tu, member aku tu pun hembuslah asap rokok dia. Sewaktu asap rokok yang agak tebal tu masih berlegar diudara, dia dengan cepatnya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan, sambil membentuk tiga segi dan mengepit asap yang dok terapung tu. "Haaaa, tu dia tiga segi, hahahaha......" Ramai yang terkena hari tu.....


Tiket Panggung Wayang
Cathay Kuala Lumpur



Disinilah letaknya panggung Cathay dahulu.
Sekarang dah jadi kawasan letak kereta.
*

...dari belakang


Tiket Panggung Wayang

Sentosa, Petaling Jaya
*

aikkk, mana pergi?
dah jadi tempat parking juga...


harga parking sama dengan harga
tiket wayang, hmm...


Tiket Panggung Wayang
Ruby, Petaling Jaya


bangunannya masih wujud tapi sudah
jadi Giant la pula...


Tiket Panggung Wayang
Paramount, Petaling Jaya
*

yang ni aku tak tahu bagaimana masa depannya pokoknya bangunan sudah dikosongkan dan tak digunakan lagi dan kawasan sekelilingya bersih (takpa besok-besok aku check lagi)



Tiket Panggung Wayang
Odeon, Kuala Lumpur


masih berfungsi sebagai panggung wayang
cuma di bahagian bawah terdapat kedai aneka


Tiket Panggung Wayang
State Petaling Jaya
*
...banyak betul tiket ni
(selalu tengok wayang kat sini kot, hehehe)



Masih menayangkan filem cuma tidak berfungsi seratu-peratus seperti dulu. Bahagian bawah sudah diubah-suai menjadi restoran. Hanya tingkat atas sahaja untuk tengok wayang.



Tiket Panggung Wayang
Nira, Johor Bahru


Tiket Panggung Wayang
Rex, Johor Bahru


Ini pula adalah panggung Rex Kuala Lumpur.
Kat sinilah aku tegok filem-filem seperti Indiana Jones The Temple of Doom
dan juga Premiere Show Batman Returns. Sekarang dah jadi pusat perniagaan.




Tiket Wayang Zaman Sekarang...
*
tada colour
...putih saja
*
tada cantik
...design yang tak cantik
*
tada tahan
...esok lusa pudar le
*
tada individuality
...macam sama je tiket semua panggung
*

Friday, November 13, 2009

Tiket Parking Kereta

Tiket parking bawah ni adalah dari MPPJ (sebelum di-upgrade menjadi MBPJ). Time ni kita hanya perlu parking dan nanti ada atendan yang datang tulih tiket ni dan selitkan kat wiper kereta. Senang betul time ni, tak perlu pi cari mesin solar yang keluarkan parking tiket, tak perlu kena ada syiling banyak2...

Ni pula, resitnya...


Tiket parking yang diselenggarakan
oleh kompeni swasta...



Tiket parking Jaya Shopping Centre PJ yang
sudah tidak wujud lagi....

Tiket Parking Motor & Helmet


Nak tengok wayang kalu, bukan motor je kena bayar parking, helmet pun kena juga...





Tiket kapalterbang pre-KLIA dan pre-AirAsia, dan airport masa tu tak la jauh berkilo-kilometer dan tak kena bayar beringgit-ringgit tol kalau nak pergi. Tapi takpa, itulah kemajuan namanya hehe...

Tiket Tren Ekspres Langkawi


Tiket ni masa aku balik dari Langkawi nak ke KL. Saja nak test naik tren yang ada bilik tidur. Ok juga la, dalam bilik ada tempat tidur ala double-decker dan satu sinki. Selesa...

Tiket Tren Ekspres

Tiket tren ekspres kelas 2 ni terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama adalah tiket tempat duduk yang memberitahu seat number (samada lorong atau tingkap), nombor tren dan nombor coach. Dan yang kedua menyatakan tarikh perjalanan dan destinasi yang dituju. Kalau naik kelas 2 ni sekurang-kurangnya tempat duduk tu terjamin, taklah macam naik keretapi mel.



Yang ni pula tiket kelas 3. Seperti biasa la, kalau dah kelas 3 tu, normal rules of free-seating apply la, siapa cepat dia dapat, siapa lambat.......