Dari tahun sembilanbelas sembilanpuluhsatu, aku persembahkan.....majalah poster rock, Metal Hammer Poster Express. Di dalamnya, ada limabelas mega poster rockers lama, Black Sabbath, Scorpions, Iron Maiden, Deep Purple, Judas Priest dan macam-macam lagi. Sayangnya, aku belum cukup kuat nak tarik keluar dan frame-kan poster-poster ni dari bukunya. Jadi aku minta maaf banyaklah kalau posting aku ni, gambarnya separuh-separuh lah ya...
Showing posts with label Iron Maiden. Show all posts
Showing posts with label Iron Maiden. Show all posts
Friday, October 4, 2013
Tuesday, October 1, 2013
...dah keluar ka?
Tarikh dah sama dengan hari ni, 1 Oktober.
Album baru Iron Maiden ka?
Menarik...
beli kaset boleh dapat poster percuma.
Hahaha, tapi itu kalau beli dulu la....tahun 1990.
Sekarang yang tinggal hanya flyer ni je...
Wednesday, February 16, 2011
Up The Irons...
Sempena konsert Iron Maiden semalam di Singapura, yang mana aku tak dapat nak pergi...... Posting hari ini ada lah sedikit Maiden stuffs.
.
Kotak limited edition buat simpan
rekod-rekod Iron Maiden.

"Woe to you, Oh Earth and Sea, for the Devil sends the beast with wrath, because he knows the time is short...Let him who hath understanding reckon the number of the beast for it is a human number, its number is six hundred and sixty six."
.
The Number of the Beast (1982)
.

Keset Iron Maiden Live After Death. Rakaman superb dari siri konsert World Slavery Tour. Album Live ini telah diterbitkan pada 14 Oktober 1985 dan dikatakan album Live-nya yang terbaik pernah dirakam. Gua cakap lu.... terbaikkk.
.

.....Eddie yang keluar dari kubur dan pada tombstone dibelakangnya tertulis "That is not dead which can eternal lie, Yet with strange aeons even death may die." yang telah diambil dari fiksyen horror oleh penulis terkenal H.P. Lovecraft bertajuk The Nameless City.

Tuesday, January 19, 2010
Rock Sampai Tua III
Monday, January 11, 2010
Piring hitam yang tak hitam
"Picture Disc" ni boleh dimainkan sama macam rekod biasa cuma pada rekod tu terdapat gambar mengenai album atau rekod yang berkenaan. Dan untuk membuatnya lagi spesial, kadang-kadang tu bentuk rekod tu pun agak pelik sikit dan bukannya bulat seperti biasa, ada bentuk gitar seperti bawah ni, bentuk lencana dan sebagainya. Picture Disc ini juga biasanya dikeluarkan dalam edisi terhad, mungkin dalam bentuk singles, atau pun album kenang-kenangan...
Rainbow: "Can't Let You Go" dan "All Night Long"
Dikeluarkan oleh Polygram Records pada tahun 1983. Legend beb....
Dire Straits: "Brothers in Arms" dan "Going Home"
Tengok saja gambar gitar dan latarbelakangnya yang berawan biru, tentu teringat kat cover albumnya yang sama macam tu, betul tak? Hehehe, terus saja tau picture disc ni dari kumpulan Dire Straits... Ok, picture disc empat segi ni telah dikeluarkan oleh Vertigo pada tahun 1985.
Ini pula adalah picture disc full album. Ia adalah rekod album biasa tapi dikeluarkan dalam bentuk picture disc oleh WEA pada tahun 1986. Ada cerita sikit pasal Twisted Sister yang berlogokan TS ni. Pada tahun 2002 aku pernah menegur seorang rakan yang pada masa tu memakai tali pinggang berbuckle-kan logo TS (seperti kat rekod ni). "Wow, rockers nih, tau tak apa makna logo buckle tu?" aku tanya dia. "Entah la, tapi design dia cantik, pasal tu la saya beli..." dia jawab. Hehehe, sah-sah bukan lahir zaman rock. Itu belum kalau ditanya apa dia MSG (Michael Schenker Group), harus dia ingat ajinomoto...
Police: "Can't Stand Losing You" dan "Roxanne"
Walau pun kedua-dua lagu diatas asalnya telah keluar pada tahun 1978, tetapi picture disc ni hanya keluar pada tahun 1995 oleh A&M Records Ltd. Agak menarik bentuk dia sebab mengikut bentuk lencana polis New York, memang ngam la dengan nama group Police. Terdapat satu lagi versi picture disc ni iaitu versi bulat (macam rekod biasa) dan ada gambar lencana ni diatasnya (kira uncut la...).
Meat Loaf: Runnin' For The Red Light (I Gotta Life)
Sebuah picture disc single yang dikeluarkan pada tahun 1996. Terdapat empat buah lagu didalamnya iaitu, Runnin' For The Red Light (I Gotta Life) dari album Welcome To The Neighbourhood (1995), dan lagu-lagu live recordings, All Revved Up, Midnight At the Lost and Found dan Dead Ringer For Love.

"Blood On The World's Hands"
Dikeluarkan pada tahun 1998 dari album Virtual XI. Picture disc ni agak berbeza dengan semua yang atas. Yang ni kecik sikit, saiz 7" dan bukan 12" seperti yang lain. So, lagu pun sikit la (kot).
Ozzy Osbourne: "Perry Mason" dan "Living With The Enemy"
Sebuah picture disc edisi terhad dan bernombor siri yang dikeluarkan pada tahun 1995, dari album Ozzmosis. Juga sebuah picture disc bersaiz 7".
Ozzy Osbourne: "Perry Mason" dan "Living With The Enemy"
Sebuah picture disc edisi terhad dan bernombor siri yang dikeluarkan pada tahun 1995, dari album Ozzmosis. Juga sebuah picture disc bersaiz 7".
Tuesday, November 17, 2009
Kaset Inggeris - Iron Maiden
Sebuah band dari London yang ditubuhkan pada tahun 1975. Iron Maiden yang aku biasa dengar adalah dianggotai oleh Bruce Dickinson, Dave Murray, Adrian Smith, Steve Harris dan Nicko McBrain. Dan album yang aku dok dengar dulu adalah dari album Iron Maiden hinggalah ke album Fear of the Dark. Selepas Fear of the Dark aku dah agak kurang mengikuti perkembangan band ni mungkin sebab lead singernya, Bruce Dickinson yang meninggalkan Iron Maiden untuk menjadi artis solo. Walau bagaimana pun, seperti Scorpions, band ni masih dok rockin' sampai la ni, dan masih dok buat konsert sana sini, kecuali di Malaysia....

Subscribe to:
Posts (Atom)