Showing posts with label cokelat. Show all posts
Showing posts with label cokelat. Show all posts

Monday, November 18, 2013

mmm...boleh ambil ka ni?

Jalan-jalan hujung minggu di kedai hijaukuning, jumpa pula dengan yang bawah ni. Cadbury ni hari tu buat survey variasi cokelat mana yang disukai dan digemari orang ramai...



...tapi kali ni lain pula. Diorang cuma nak bagi pengunjung meng-sampel saja di samping memberikan sticker-sticker percuma seperti yang bersusun tu. Cokelat free dan sticker free. Memang le satu kombinasi terbaik. Settled meng-sampel, aku ambil satu set sticker yang ada buat kenang-kenangan.



Ok, layan sticker hari ni.....







Oh ya, kat situ hanya ada enam sticker saja, jadi bagi melengkapkan set ni kepada tujuh sticker variasi cokelat Cadbury dengan pembalutnya yang terkini, aku telah dapatkan sticker yang terakhir ini dari kedai hijaukuning cawangan lain. Perghhh...boleh tahan kena kerja juga nak kasi complete.


Friday, November 8, 2013

kalaulah kat rumah ada yang macam tu...

Jalan-jalan di kedai hijaukuning, terjumpa pula aku akan yang dibawah ni. Langsung aku bertanya akan Cik Amoi yang bertugas, "...apakah gerangan display yang serba indah ini?". Jawab Cik Amoi nan jelita, "encik boleh cuba cokelat ini, yang mana encik paling suka saya akan tambah nombornya". Ooooo, "...macam survey la ni". Kalau macam tu, aku kena la try semua, baru boleh bagi penilaian tepat...hahaha.



Setelah kesemuanya aku cuba dan membuat pilihan, untuk tidak menghampakan Cik Amoi yang telah dengan tekun dan baik hati melayan aku, maka aku pun belilah cokelat Cadbury Roast Almond dan Mixed Nuts ni.


Menampilkan grafik pada bungkusan dengan design yang terbaru, rasanya juga macam lebih sedap dari dulu. Tak tahulah samada terkesan dari layanan Cik Amoi Cadbury atau tidak, tapi memang best pula cokelat ini kali ni. Lebih-lebih lagi yang Roast Almond tu.


Satu lagi yang best, adalah harganya. Biasanya dalam tujuh ringgit lebih hampir ke lapan, tapi masa promosi ni lima ringgit lebih saja. Haaa...ok sangat la tu. Itu yang boleh balun sampai dua ketul sekaligus...hahaha.


Dan bila dah try dan beli sampai dua tu....kenalah ada souvenir kannn. Jadi dapat le iklan selit dan iklan gantung ni buat kenang-kenangan.


Wednesday, July 25, 2012

kunin' dan koko...

Koleksi tin terbaru daripada cokelat M&M's. Dalam setiap tin ada sepuluh peket kenit cokelat ni, yang berkacang untuk tin kuning dan cokelat biasa dalam tin koko. Nasib baik diorang keluarkan dua versi ni saja, buatnya dikeluarkan bagi setiap warna M&M's yang ada, seperti merah, biru, hijau dan lain-lain, boleh kurang bajet untuk duit raya, hahaha.....







Thursday, April 26, 2012

cara haluuus...

Syaratnya mudah saja. Beli cokelat Cadbury limabelas ringgit ke atas, seluk tangan dalam kotak ajaib, cabut kertas dan tengok apa yang kita menang. Itu kata dia..... Syarat aku pula, lagi senang. Beli Cadbury bernilai limabelas ringgit.....bagi aku beg satu. Amacam? Kita skip satu step.....hahaha.

Tengah tak ramai orang dan supervisor pun takda boleh le buat macam tu. Nanti kalau orang perasan, supervisor pula ada dan check, susah diorang ni nanti. Tapi kalau line clear, Spallan's Simple Solution applies. Kira ok apa.... promoter dapat buat sale, dan aku dapat souvenir yang aku nak, win-win situation. Hehehe...tapi jangan lupa gunakan tahap diplomasi yang tinggi.





Tuesday, January 10, 2012

cokelat oh cokelat...

Aku pernah posting pasal tin cokelat Twix ni tapi masa tu solo je. Jadi aku masukkan sekali lagi cuma kali ini complete set dengan dua beradiknya lagi iaitu Snickers dan M&M's serta display box-nya sekali.....

TWIX







Snickers







M&M's









Display box





Saturday, December 3, 2011

mana mini minu...

Sempena hari natal yang semakin hampir, maka bermacam-macam rupalah cokelat yang muncul di pasaraya-pasaraya terkemuka untuk dipilih dan dibeli oleh masyarakat 1Malaysia. Bagi aku, tidaklah aku hiraukan sangat akan apa yang di-offer sebab tiap-tiap tahun lebihkurang gitulah cokelat-cokelat yang diperagakan. Kecuali pada tahun ini...

Yang kat bawah ini memang menangkap minat aku. Pertama, cokelat TWIX ni sememangnyalah menjadi favourite si dia sejak mula kenal lagi, dan keduanya cokelat ini datang siap dengan tinnya yang agak menarik. Ahaaa, bila mai bab tin nih, cerita sudah lain, sudah jatuh hukum compulsory untuk diangkat... hahaha. Didatangkan dalam set tiga beradik, TWIX, Snickers dan M&M's, aku cuma dapat yang ni saja sebab yang dua lagi sudah tidak kelihatan lagi. Takpa, pelan-pelan kita cari...






Tuesday, February 22, 2011

bukan untuk kacau orang...

Sudu souvenir dengan pembelian minuman cokelat Cadbury tiga dalam satu. Sayang ada sebiji saja dalam koleksi, kalau ada dua tiga biji baru syok....