Showing posts with label Events/Shows. Show all posts
Showing posts with label Events/Shows. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

...tak disangka-sangka

Hari Ahad lepas aku ke KL Sentral menghantar adik aku yang nak ke Ipoh naik keretapi. Duduk, makan, minum, sembang, bye-bye dan sebagainya, bila nak balik.....tu dia caj parking yang aku kena bayar, dua belas ringgit!!! Bukannya parking sampai ke petang, dua jam lebih saja. Tapi takpa.....hahaha, sebab macam-macam souvenir juga yang aku dapat di situ.


Ok, rupa-rupanya, masa aku pergi tu sedang berlangsung program ni...last day le kiranya hari tu.



Macam-macam booth yang ada.
Flyer/brochure ini aku dapat dari booth KTM. 



Yang ini pula dari booth Majlis Sukan Negara,
boleh lekat kat cermin kereta.



Penanda buku dari
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



Alam Flora pula
bagi souvenir buku nota dan pen.



Yang siap dengan beg ini datangnya dari geng Putrajaya. Tapi nak dapatkan ni kena kena layan game dan jawab kuiz. Tak susah, mudah saja...



Di dalam beg ada flyer/brochure mengenai  tempat-tempat menarik di Putrajaya...



...dan sebiji mug Jambatan Putrajaya.



Tapi, yang paling best adalah booth Kementerian Wilayah Persekutuan selaku penganjur program ini. Kenapa...?


Ni dia....boleh dapat kad Touch'nGo percuma. Hanya perlu mengisi questionnaire sahaja.... 


...boleh dapat sekeping kad Touch'nGo yang berisi RM10 di dalamnya.


Dan juga satu booklet penuh nota post-it anika warna.


Oleh kerana aku pergi ke situ pun berdua, maka dapat le dua ketul kad Touch'nGo tu. Cover juga la parking aku yang duabelas ringgit tadi tu...hehehe.

Saturday, June 8, 2013

to infinity and beyond...ooops silap, up,up and away

Dua hari lepas aku ke Mid Valley Megamall.
...ada pameran Superman Man of Steel rupanya.







Jom...
kita masuk ikut pintu depan.



Mula-mula jumpa skrin ni yang
menayangkan trailer filem terbaru Superman.



Lepas tu, ini pula...



Caranya, kena berdiri
atas logo Superman ni...


...dan sambil memandang skrin, gerakkan tangan ke atas/bawah atau ke kanan/kiri bagi menukarkan imej/info pada skrin.



Seterusnya...


...pada skrin tv ini pula ada permainan jigsaw puzzle, sinopsis dan trailer filem serta galeri foto dari filem Superman.



Yang ini pula, anda boleh mengambil gambar secara percuma bersama Superman. Hanya perlu berdiri pada dinding seperti yang dilakukan oleh Cik Bertudung dan hasil gambar adalah seperti di sebelah kanan tu. Gambar tidak akan akan dicetak disitu sebaliknya akan dihantar secara digital melalui emel. Ok lah tu...free kan.



Ini pula adalah pameran koleksi Superman.



Superman versi ori...



Koleksi Superman
...yang bukan aku punya.



Tapi, yang ni aku punya...hahaha.
Sama kan dengan yang atas?


Siap dengan kad jemputannya sekali...


Ini dia komik hangat suatu masa dahulu
...kisah kematian Superman.


yang dalam koleksi aku...
Superman #75 newsstand edition dan di sebelah kanan tu, versi collector's edition dalam beg plastik hitam dengan "S" berdarah.


...dan ini,
versi special effect dan versi biasa



...lain-lain koleksi di pameran








Dari tepi, aku nampak ni...
Laaa, rupanya tv bersaiz sembilanpuluh inci
...perghhh.



Model spaceship
...yang terhempas.



Display di booth Canon Printers.



Booth X-Pax pun nak ada Superman juga.



...sempat lagi kalau nak pi tengok.


Friday, April 12, 2013

...jom jumpa Rose

Dalam dok sibuk mencari teh, tiba-tiba ternampak akan teh Boh ni. Wow...menarik design kotaknya. Lain daripada biasa, siap dengan grafik komik ala retro.



Belek punya belek, ada dua design yang boleh dipilih dan rupa-rupanya kotak teh Boh ini adalah edisi terhad sempena 10th Boh Cameronian Arts Award yang memberikan anugerah kepada persembahan "live" muzik, teater, tarian dan juga teater muzikal. Bagi yang nak tahu lebih, boleh la klik Kakiseni.




Bagi yang membeli teh Boh ini pula, anda bukan sahaja mendapat nikmat dari seratus uncang teh Boh yang tersusun rapi di dalam kotak yang serba indah ini, malah anda berpeluang menyaksikan teater secara percuma.


Yeahhhh, kisah benar ni. Setelah membeli sekotak teh ni, sila layari Kakiseni di mana akan di beritahu cara-cara bagi mendapatkan dua tiket teater percuma beserta senarai dan tarikh persembahan teater. Menarik nih...


errr....mug free takda ka?