Showing posts with label Lat. Show all posts
Showing posts with label Lat. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Lat bercerita...

...inilah saja buku-buku Lat yang masih dalam koleksi aku. Yang lain? ......gone with the wind.






Lat dan Ida Nerina

Ini pula adalah gelas Lat dari Astro Ria. Jika dilihat, sebelah kartun karakter Lat itu adalah karakter Ida Nerina. Kenapa dia disitu, aku tak pasti dan bagaimana aku tahu itu adalah Ida Nerina, kat belakang gelas dia ada sain, hehehe....



*
gelas Ocean, made in Thailand...
*

Sunday, May 30, 2010

Lat Lagi...

Sementara dok cerita pasal kartun Lat, ni ada satu lagi barang yang dihasilkan oleh beliau iaitu setem dan sampul surat hari pertama (first day cover - FDC) Kartun Malaysia Lat. Set setem dan FDC ni adalah kerjasama Dato' Mohd. Nor Khalid dengan POS Malaysia dan telah dikeluarkan pada 1hb Disember 2008. Terdapat 4 setem bernilai 50 sen setiap satu dalam siri ini yang kesemuanya memaparkan karakter-karakter dari siri kartun Lat the Kampung Boy. Miniature sheet (lembaran mininya) yang ala-ala merlip merlap pula adalah setem yang bernilai RM5. Terdapat juga sebuah folder yang dikeluarkan sempena siri ini namun tak sempatlah pula aku nak gapai. Ok, satu lagi spesel mengenai siri ini ialah ia dikeluarkan sempena Minggu Setem 2008. Ia berlangsung selama tujuh hari dan pada setiap hari dikeluarkan satu chop khas (untuk 'mematikan' setem) yang bertemakan kartun Lat. Terbaikkk...




POS Malaysia menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.


FDC dengan variasi setem yang dikeluarkan. Perhatikan juga chop yang digunakan...



*

Fact sheet yang disertakan bersama FDC.




Buku setem (stamp booklet) yang mengandungi 10 keping setem yang bernilai 30sen setiap satu.



...dalamnya



Setem 30 sen...



Setem yang kanan sekali tu khas untuk booklet ni saja, setem versi 50sen takda design tu...




Butiran teknikal siri ini.




Ini dia set lembaran setem 50sen bagi siri ini. Check out kartun-kartun kenit kat tepi tu....hahaha.



Kasi zoom-in setem-setem ni untuk tontonan semua.




Lembaran mini yang berkilat-kilat.



Yang ni kalau nak ikut rupa memang macam setem, tapi sebenarnya bukan. Imej yang dipaparkan bila diperhatikan adalah imej yang digunakan sebagai chop sepanjang Minggu Setem 2008.



Beg ni pula tahun ni baru dapat. Jenuh juga aku nak ayat Cik Kak kat Pos Office Besar tu. Mana taknya, barang keluar tahun 2008, bukannya barang baru, dah lah tu, ada sebiji je dok tersandar kat dinding. Terpaksalah keluar bermacam sahibul hikayat kenapa aku patut dapat beg tu. Tapi, bak kata orang putih, "as the story goes...", akhirnya aku dapat juga...




Saturday, May 29, 2010

Simpan Duit Dalam Tin Sardin

Ni dia tin sardin (dan mackerel) versi tabung yang dikeluarkan oleh Ayam Brand sempena kemerdekaan Malaysia yang ke limapuluh. Dihiasi dengan lukisan kartun oleh Datuk Mohammad Nor Khalid a.k.a. Lat, kedua-dua tin memaparkan cara pengangkutan dahulu, dibandingkan dengan teknologi dan kecanggihan yang dikecapi kini. Sudah maju negara kita ni ya, cuma satu je, bila tin ni dah penuh dengan pitih, cara nak keluarkan tetap stail yang satu tu, dengan menggunakan pembuka tin. Maka habis rosaklah tin ni dan boleh "timbang kati" kat tempat recycle.....










lukisan oleh...