Showing posts with label Game Console. Show all posts
Showing posts with label Game Console. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

bateri biasa cepat habis.....

Permainan yang di layan suatu masa dahulu. Simple saja, takda banyak button seperti sesetengah game masa kini. Sangat simple sampaikan colour pun takda..... hahaha. Macamana pun, kalau dah pekena game Tetris tu, berjam-jam pun boleh bertahan, tak payah makan minum pun takpa. Sekarang, ini semua hanya tinggal kenangan dan yang masih ada hanyalah kotak serta manual-nya sahaja seperti dalam gambaq tu, dan juga beberapa wayar. Game Boy-nya? Haaaa....dah selamat, taruh bateri baru pun tak boleh nak on dah.....






Tuesday, May 25, 2010

SEGA

Sega Game Gear, sebuah game console hand-held yang agak masyhur di awal tahun sembilan puluhan dahulu. Mempunyai skrin tiga inci (lebihkurang) dan memerlukan enam biji bateri AA untuk dihidupkan. Software game adalah dalam bentuk katrij seperti yang kat bawah tu. Bila sudah on, skrin akan menyala dengan penuh warna. Tu yang buat Gameboy (Nintendo) time tu agak kalah sikit. Satu lagi kelebihan Game Gear ni, skrinnya menggunakan sistem back-lit dimana dalam bilik yang gelap pun masih boleh dimainkan. Kalau Gameboy (yang dulu) tak dapat le. Game Gear yang aku ada ni masih cantik dan lengkap degan strap dan kotaknya sekali, Cuma, hari tu try on dah tak hidup, hahaha. Jadi, apa lagi, masuk kotak la…..