Showing posts with label Gelas. Show all posts
Showing posts with label Gelas. Show all posts

Friday, June 29, 2012

hitam itu menawan...

Sempena filem Batman terbaru, The Dark Knight Rises yang bakal ditayangkan bulan Julai nanti, ini dia gelasnya yang baru aku dapat setelah pekena set pizza Domino's...

Kotak hitam putih...




...dan gelasnya yang agak berat.



Dari logo Batman tu...



...boleh dilihat perkataan
"The Legend Ends".


Tu dia, imej sepenuhnya yang berada di dalam gelas. Kalau mengikut siri komik, si Bane (dalam gambar tu) adalah penjahat yang berjaya menewaskan Batman dengan menyebabkan kecederaan yang amat teruk sehingga Batman tidak dapat beraksi lagi dan terpaksa digantikan oleh bukan satu malah dua orang yang tampil untuk memegang "mantle of the Bat", iaitu Jean-Paul Valley dan Dick Grayson. Kalau nak diceritakan, tak cukup segelas, mau beberapa gelas dan beberapa biji pizza baru boleh selesai..... hahaha. Takpalah, mari kita sama-sama tunggu filemnya nanti, pasti best...



Gelas dari jenama Ocean (Thailand)


Iklan promosi dan baucer diskaun...



...serta kotaknya sekali.


Wednesday, June 6, 2012

aduuuhhh...macamana ni

Pada hujung minggu yang baru lepas ni, aku sempatlah ke kedai hijaukuning dan ternampak akan iklan promo macam yang kat bawah ini...


Ini apa pula nih....Nak kata ada souvenir tak nampak pula terlekat kat situ. Nak kata ada peraduan, tak nampak pula borangnya tergantung di situ. Tapi tulih bermula 28 Mei, masa aku tengok tu dah 3hb Jun. Apa cerita nih.....?


Akibat daripada naluri yang sudah terusik maka setelah selesai urusan beli-membeli aku pun teruslah ke kaunter perkhidmatan pelanggan untuk menanyakan hal ini. Tapi sebelum aku sampai ke kaunter tu aku dah ternampak kilauan kotak berwarna oren dengan logo F&N. Haaaa... itulah kot souvenir-nya, langsung aku bertanya kepada Cik Nona bertugas, "tumpang tanya ya, apakah barang yang saya perlu beli untuk dapatkan gelas F&N tu...?". Jawab Cik Nona, "...oh yang tu promosinya belum mula lagi Encik". "Oooh ya ka....ok terima kasih", jawab aku. Aikkkk....macamana boleh belum bermula? Kat iklan kata 28 Mei temasya dah start, Cik Nona ini pula bilang promosi belum mula....aduhaiiii. Apa boleh buat, nak kecek macamana hebat sekali pun takkan dilepaskan sebiji dua gelas tu oleh Cik Nona sebab promosinya belum bermula, kena tunggu le gamaknya...

Tapi....ahaaa, cerita aku ni mesti ada tapi-nya ya tak? Ok, semalam aku singgah le pula ke satu lagi kedai hijaukuning (yang lain). Bila lalu kat kaunter perkhidmatan pelanggan tu aku ternampak lagi kotak oren F&N di rak souvenir dan sengajalah aku bertanya pada Cik Nona bertugas (walau pun aku dah tahu promosinya belum lagi bermula). Dengan ayat yang sama..."tumpang tanya ya, apakah barang yang saya perlu beli untuk dapatkan gelas F&N tu...?" Cik Nona ni terus membuka katalog dan mencari-cari iklan promo yang berkenaan dengan gelas F&N tu. Dalam hati aku, aku tahu mana lah ada iklan promo gelas F&N tu, ini barang baru. Tapi takpa aku biarkan saja....tengok apa Cik Nona nak kata. Selesai membelek dua tiga katalog tu Cik Nona pun berkata"...abang beli dua botol besar satu setengah liter air F&N, tak kiralah oren ka, anggur ka, nanti saya bagi satu". Mendengarkan syarat yang diberikan Cik Nona, aku pun teruslah ke dalam membeli oren dan sarsi. Proses ni perlu dilakukan segera sebab kalau dah bertukar Cik Nona yang menjaga kaunter, syaratnya mungkin bertukar juga.....hahaha. Maka Tuan-tuan dan Puan-puan, terimalah.... souvenir terbaru daripada F&N, gelas kaca berlogo embossed.









Monday, November 14, 2011

puhhh kiri... puhhh kanan...

Bulan sepuluh (bagi westerners) merupakan bulan Halloween yang disambut pada setiap tigapuluhsatu haribulan. Jadi, sempena bulan scary-mary tu, panggung wayang TGV telah mengeluarkan tumbler (& juga kotak popcorn) edisi terhad bagi menyambut bulan penuh ketakutan itu. Aku sempatlah juga menyambar satu set, cuma kotak popcorn-nya tak dapat diselamatkan sebab dihurung semut. Tapi tumblernya ada, seperti yang kat bawah tu.....






Sunday, November 6, 2011

Wednesday, August 10, 2011

jom main buaian...

Pastinya ramai para collector budiman dah ada gelas Ovaltine yang macam ni, tapi bagi aku, yang ini baru saja masuk koleksi dalam dua minggu yang lepas. Sebab asyik dok melayan milo je seminggu dua ni, bila terjumpa gelas Ovaltine ni kat Memory Lane aku pun sambarlah dua biji buat souvenir. Agak-agak bilakah tahun keluaran gelas nih...












Thursday, July 7, 2011

oren, tropika, mandarin dan lain-lain.....

Tak pasti samada yang ini baru atau sudah pernah dikeluarkan pada awal tahun 2011. Yang pastinya, aku baru saja dapat dari kedai J hujung minggu lepas...





dalam kotak ada dua gelas

F&N Fruit Tree baru saja mengeluarkan minuman blackurrant 1.5l. Selari dengan itu, ia menjalankan promosi di mana setiap pembelian dua botol 1.5l minuman F&N Fruit Tree (sebarang perisa) akan dihadiahkan dengan dua biji gelas yang didatangkan dalam kotak yang menarik. Promosi ini nampaknya hanya dilangsungkan di kedai kuninghijau dan kalau nak diikutkan dah pun tamat tarikh promosinya. Tetapi, sekiranya ada yang ingin mendapatkannya, masih lagi ada di beberapa lokasi kedai yang ada menyimpan stok, cuma harga ayaq dah kembali normal.....













x-men dan pizza

Orang lain dah lama dapat aku punya baru saja masuk kotak hari minggu yang lepas. Ini dia pizza khas dari Domino's Pizza yang dikeluarkan sempena filem X-Men First Class. Dengan membeli set ini, pizza didatangkan dalam kotak khas (seperti di bawah) dan disertakan dengan gelas edisi terhad X-Men.....