Showing posts with label Mainan Dari Movies. Show all posts
Showing posts with label Mainan Dari Movies. Show all posts

Monday, January 27, 2014

kenapa susahkan hidup ku.....

Promosi kedai biru putih ni baru saja tamat seminggu dua yang lepas. Syaratnya....kena kumpul sticker macam yang kat bawah ni. Bagi pembelian lima puluh ringgit ke atas, customer akan dapat sebiji sticker. Kalau dalam pembelian tu termasuk barangan yang termaktub dalam senarai barangan promosi, boleh le dapat sebiji lagi sticker. Begitulah seterusnya sampailah cukup nas sepuluh sticker...



...maka dapat lah claim kotak
yang macam di bawah ni.


Kotak yang penuh warna-warni dan
menarik sekali.....haha.


Ok, dalam kotak ni pula ada satu beg hitam. Kalau nak ikutkan, isinya adalah salah satu karakter kartun yang gambarnya pada sisi kotak atas tu, karakter kartun Marvel atau Disney. Yang lecehnya, pada luar kotak takda sebarang tanda pun akan apakah isi kotak tu. Jadi, ini menjadikan kerja mengumpul complete set ini amat sukar dan tinggi belanjanya.


Walau bagaimana pun, setelah sedikit penelitian.... rupa-rupanya ada tanda yang memberi clue akan apakah yang ada dalam beg hitam penuh misteri itu. Cuba Tuan-tuan dan Puan-puan tengok betul-betul gambar bawah ni... nampak tak?


Meh, saya tolong dengan pen ajaib ni. Nampak tak huruf L tu? Haaa...sebenarnya huruf L tu menandakan dalam beg tu ada karakter Buzz Lightyear, huruf E (Sully), huruf K (Woody), huruf C (Mike), no.3 (Thor), no.7 (Hulk), no.8 (Captain America),  no.9 (Iron Man) dan no.10 (Spider Man). Namun...info ni tak berguna juga sebenarnya sebab setelah kita claim sekotak, bawa balik rumah, duduk kat meja makan dan koyak sampai rabak kotak, barulah kita dapat tengok huruf/nombor pada plastik hitam tu. Masa tu lah baru kita tahu samada kita dapat yang baru (belum ada) atau dah dapat yang double, triple atau quadruple.....kahkahkah.



The Mighty Thor



The Amazing Spider-Man



The Invincible Iron Man



The Incredible Hulk



Captain America



Mike Wazowski



James P. "Sully" Sullivan



Woody



Buzz Lightyear



...selamaaat.


Thursday, February 24, 2011

...more than meets the eye

Inilah dia Leader of the Pack, si Optimus Prime ketua kepada geng Autobots. Aku beli ni dulu sewaktu promosi Petronas, dapat le murah sikit...



Saturday, January 22, 2011

Batman Battle Station

Ini pula adalah Batman Battle Stations Playset. Dikeluarkan sewaktu dengan filem Dark Knight, playset ini boleh bertukar menjadi empat scenario iaitu, Rooftop, Skyscrapper, Bank Vault dan Batmobile. Disertakan bersama set ini dua karakter utama filem ini, Batman dan Joker.



Batman and da Geng

Kalau nak diikutkan, ini adalah set action figures dari Applause yang dikeluarkan sempena filem Batman Forever. Kalau aku la, aku panggil patung je dan bukannya action figures sebab kesemua karakter tak boleh digerakkan, semua sendinya kaku macam patung, jadi takdela boleh ber-action sangat. Macamana ini adalah set edisi terhad dari filem ini dan didatangkan siap dengan kotak istimewanya yang bernombor siri #233.



Thursday, November 4, 2010

Matrix

Matrix adalah sebuah filem aksi fiksyen sains yang telah ditayangkan pada tahun 1999. Hasil lakonan Keanu Reeves, Lawrence Fishburne, Carrie-Ann Moss, Hugo Weaving dll, ia mengisahkan bagaimana manusia telah dikuasai oleh komputer dan badan manusia digunakan untuk menjana tenaga bagi kegunaan komputer. Neo (Keanu Reeves), telah menjumpai hal ini dalam bentuk matrix yang sering muncul pada skrin komputernya, kemudiannya telah berjumpa dengan Morpheus (Lawrence Fishburne) serta Trinity (Carrie-Ann Moss) dan cuba menyelesaikan hal ini.
.
Oklah, senang cerita filem ni memang best, jalan cerita yang baik (sampai ada tiga movies dan juga filem animasi) dan aksi berlawan yang amat memuaskan (classic scene mengelak peluru...). Oleh kerana itu, aku pun simpanlah sedikit mainan dari filem sebagai koleksi...



Morpheus, yang juga mengajar Neo
macamana nak jadi hero...



.
Trinity, dari scene jatuh bangunan...
tapi masih lagi menembak geng jahat



Agent Smith, musuh ketat dan sparring partner Neo. Kalau takda dia ni (dan gengnya), kureng sikit la aksi dalam filem Matrix.



(maaf, tambah efek sikit...)


Abang hero kita, Neo...
boleh belajar martial arts pakai teknik download




Niobe...



...tak boleh berjumpa, mesti nak gaduh

Saturday, October 23, 2010

bukan karipaf tapi Powerpuff

Powerpuff Girls adalah sebuah siri kartun rekaan Craig McCracken yang mula diperkenalkan kepada dunia sejak tahun 1998. Pada asalnya ia diterbitkan oleh Hanna-Barbera sehinggalah tahun 2002 dimana sidang produksinya diambil alih oleh Cartoon Network. Siri kartun ini mengisahkan bagaimana tiga anak perempuan (Blossom, Bubbles dan Buttercup) yang masih lagi di peringkat tadika, mempunyai super powers dan bagaimana powers tu digunakan dalam siri adventure mereka menentang kejahatan dan monster-monster yang ada.... hahaha, layan brader, jangan tak layan.
.
Set mainan ni aku jumpa sewaktu "sale" di sebuah pasaraya suatu masa dahulu. Sewaktu membelek-belek set ni, teringat pula kepada pesanan seorang collector unggul, "if you want to buy toys, buy something that most children love, especially those must-haves and keep them well. these toys will one day become classics and when these children grow up, and they start looking for these toys again, that's when you come in my friend..."





Tuesday, October 19, 2010

LOST

Lost adalah sebuah siri televisyen yang mula ditayangkan pada tahun 2004. Ia mengisahkan bagaimana sekumpulan manusia yang terselamat dari nahas kapalterbang (penerbangan Oceanic 815) yang terhempas di sebuah pulau misteri. Berlangsung sehingga ke musim ke enam, setiap episod sentiasa menawarkan penonton dengan penceritaan yang penuh misteri dan kemusykilan hingga menyebabkan si penonton tidak sabar ingin tahu apakah yang akan berlaku seterusnya. Wow, promote habis cerita ni nampaknya…hehehe.

.

Oklah, disebabkan terlalu layannn siri ni, aku pun terbelilah barangan dari siri tv ni. Maka inilah dia Lost: The Hatch, siap dengan suis yang boleh on-kan lampu untuk tengok apa ada di dalam... Menurut ceritanya, The Hatch ini sebenarnya adalah pintu masuk ke stesyen #3 Dharma Initiative (sebuah badan yang menjalankan kajian sains). Punyalah susah untuk dibuka, sampai diorang ni gunakan dynamite untuk letupkan pintu atau hatch ni. Sebelum diletupkan, pada hatch tu ada tertera nombor 4 8 15 16 23 42. Nak jadi cerita, Hurley (si badan basar dan berseluar stripe dalam gambar) sebelum tiba ke pulau misteri ni, telah memenangi jackpot loteri dengan nombor yang sama. Kiranya macam-macam kejadian pelik yang saling berkait lagi terselit sering berlaku dalam siri ni. Jadi takpalah, sebelum nanti aku pun jadi confused (baru tengok sampai musim ke lima, satu musim lagi to go…), kita layan dulu posting kali ni…