Monday, January 11, 2010

Piring hitam yang tak hitam

"Picture Disc" ni boleh dimainkan sama macam rekod biasa cuma pada rekod tu terdapat gambar mengenai album atau rekod yang berkenaan. Dan untuk membuatnya lagi spesial, kadang-kadang tu bentuk rekod tu pun agak pelik sikit dan bukannya bulat seperti biasa, ada bentuk gitar seperti bawah ni, bentuk lencana dan sebagainya. Picture Disc ini juga biasanya dikeluarkan dalam edisi terhad, mungkin dalam bentuk singles, atau pun album kenang-kenangan...

Rainbow: "Can't Let You Go" dan "All Night Long"
Dikeluarkan oleh Polygram Records pada tahun 1983. Legend beb....



Dire Straits: "Brothers in Arms" dan "Going Home"
Tengok saja gambar gitar dan latarbelakangnya yang berawan biru, tentu teringat kat cover albumnya yang sama macam tu, betul tak? Hehehe, terus saja tau picture disc ni dari kumpulan Dire Straits... Ok, picture disc empat segi ni telah dikeluarkan oleh Vertigo pada tahun 1985.




Twisted Sister: Come Out and Play

Ini pula adalah picture disc full album. Ia adalah rekod album biasa tapi dikeluarkan dalam bentuk picture disc oleh WEA pada tahun 1986. Ada cerita sikit pasal Twisted Sister yang berlogokan TS ni. Pada tahun 2002 aku pernah menegur seorang rakan yang pada masa tu memakai tali pinggang berbuckle-kan logo TS (seperti kat rekod ni). "Wow, rockers nih, tau tak apa makna logo buckle tu?" aku tanya dia. "Entah la, tapi design dia cantik, pasal tu la saya beli..." dia jawab. Hehehe, sah-sah bukan lahir zaman rock. Itu belum kalau ditanya apa dia MSG (Michael Schenker Group), harus dia ingat ajinomoto...





Police: "Can't Stand Losing You" dan "Roxanne"
Walau pun kedua-dua lagu diatas asalnya telah keluar pada tahun 1978, tetapi picture disc ni hanya keluar pada tahun 1995 oleh A&M Records Ltd. Agak menarik bentuk dia sebab mengikut bentuk lencana polis New York, memang ngam la dengan nama group Police. Terdapat satu lagi versi picture disc ni iaitu versi bulat (macam rekod biasa) dan ada gambar lencana ni diatasnya (kira uncut la...).



Meat Loaf: Runnin' For The Red Light (I Gotta Life)
Sebuah picture disc single yang dikeluarkan pada tahun 1996. Terdapat empat buah lagu didalamnya iaitu, Runnin' For The Red Light (I Gotta Life) dari album Welcome To The Neighbourhood (1995), dan lagu-lagu live recordings, All Revved Up, Midnight At the Lost and Found dan Dead Ringer For Love.






Iron Maiden: "The Angel and The Gambler" dan
"Blood On The World's Hands"
Dikeluarkan pada tahun 1998 dari album Virtual XI. Picture disc ni agak berbeza dengan semua yang atas. Yang ni kecik sikit, saiz 7" dan bukan 12" seperti yang lain. So, lagu pun sikit la (kot).




Ozzy Osbourne: "Perry Mason" dan "Living With The Enemy"
Sebuah picture disc edisi terhad dan bernombor siri yang dikeluarkan pada tahun 1995, dari album Ozzmosis. Juga sebuah picture disc bersaiz 7".




Anthrax: Black Lodge
Dikeluarkan pada tahun 1993, terdapat beberapa versi lagu Black Lodge dalam picture disc 12" ni.




Mc Spy-D + Friends: The Amazing Spiderman Mastermix
Hahaha, Spiderman pun ada lagu tu... dikeluarkan oleh EMI pada tahun 1995. Aku tak berapa kenal Mc Spy-D, tapi Spiderman punya pasal, aku beli la picture disc ni dulu...






1 comment:

Rafi said...

Terbaik la bro..iron maiden tu