Ni dia tiket untuk pi tengok trofi tu. Beberapa biji burger prosperity tumbang demi mendapatkan tiket-tiket ni. Tapi, bak kata orang… berbaloi-baloi.
Notis kat pintu masuk: “barangsiapa yang masuk ke dewan ini dengan tiket yang sah, telah dengan secara rela membenarkan pihak penganjur menggunakan semua jenis rakaman, samada imej mahu pun suara pengunjung bagi kegunaan promosi”. Hehehe, dalam erti kata lain kena “maintain” le kat dalam tu…
Bila masuk je, Zakumi, maskot (patung) Piala Dunia 2010 dah tunggu. Ramai juga yang mengambil gambar dengan Zakumi.
Kat dalam ruang pameran ni macam-macam permainan disediakan dan semestinya semuanya bertemakan bolasepak.
…dan boleh
Kat sini pula dijalankan aktiviti face-painting. Bolehlah lukih bendera negara-negara yang kita sokong kat lengan, pipi atau pun dahi.
Selesai melukih, boleh try yang ni pula.
Pada cawat yang dipakai tu terdapat tali elastik yang sangat kuat. Bila horn “coke” ditiup, peserta akan lari ke depan secepat dan sekuat yang mungkin. Dua orang pembantu akan menunggu dihujung dan menarik peserta sejauh yang mungkin supaya tali elastik menjadi lebih tegang. Apabila peserta memberi isyarat sudah bersedia, kedua-dua pembantu itu tadi akan melepaskan tangan perserta tersebut dan tali elastik tu akan menarik peserta terpelanting ke belakang dengan kuat. Hahaha…. ada berani?
Boleh mula beratur disini…
Ini pula adalah permainan Timbang Frenzy. Macam timbang bola cuma kita menimbang di alam maya, so tak susah sangat la kot. Untuk bermain, samada berseorangan atau dengan partner, peserta perlu berdiri dibelakang garisan hitam dan melihat pada skrin. Bola-bola akan mula jatuh dari atas (hanya kelihatan pada skrin) dan peserta boleh menggunakan mana-mana anggota badan bagi mengelakkan bola-bola dari mencecah lantai. Setiap bola yang ditampan akan memperoleh mata dan setiap bola yang jatuh ke lantai 15 mata akan ditolak. Aku sempat juga
Booth Sony yang mempamirkan empat buah TV Sony dan dua kerusi plastik serba canggih, hmmm…
Booth Persatuan Pencinta Alam
Logo FIFA World Cup South Africa 2010
Aku rasa ni la booth paling sibuk pada hari tu. Kerja diorang ni bagi coke free kat semua yang datang. Yang kat tangan boleh habis aku minum dia mai nak bagi lagi. Tak cukup dengan tin, yang botol dia sua. Jadi seminggu ni minum coke je la kat rumah (sebab dapat bawa balik banyak…).
Satu lagi maskot World Cup 2010, tapi yang ni ada orang kat dalam. Siapa yang berkenan bolehlah bergambar dengan Zakumi sambil berposing yang power-power.
Pasukan rambut berkaler yang menghiburkan para pengunjung yang sedang beratur dengan tarian-tarian menarik, berlatarkan muzik ala-ala World Cup.
Notis yang menyarankan agar kita bersabar…
Terowong sebelum memasuki bilik menonton filem 3 dimensi.
Maaf tak sempat nak ambil gambar filem 3-D, terlalu layannn…
Sebaik sahaja selesai menonton filem 3-D tu, tirai pun dibuka dan semua diarahkan bergerak ke ruangan yang seterusnya, iaitu ruangan dimana trofi Piala Dunia dipamirkan.
Setiap pengunjung diberi 3 saat untuk bergambar (katanya). Macam-macam style posing yang ada, dan tak kurang banyak juga pantang-larang yang dikenakan oleh pihak penganjur. Macamana pun, yang penting jangan bawa balik sudah la…
Yeahhh, giliran aku semakin hampir….
dan bertambah hampir. Degupan jantung semakin kencang, macam nak ambil penalti kat final World Cup….
Akhirnya….. aku dan World Cup.
Selesai giliran aku bergambar, ketika hendak beredar dari stage, aku dengan beraninya menoleh ke belakang, berhenti sejenak dan menalakan kamera kenitku yang sedia "on" dari tadi ke trofi kesayangan dunia dan mengambil gambarnya dari jarak dekat. Lihatlah dunia…..
No comments:
Post a Comment