Sunday, March 25, 2012

yang free saja...

Apakah souvenir yang diperolehi dari Karnival 100 Tahun Nestlé Di Sisimu? Sebenarnya  tak banyak yang aku dapat, kecualilah kalau aku masuk kesemua pertandingan yang dijalankan, barulah berkoyan-koyanlah souvenir yang boleh diangkut pulang, hahaha. Oleh kerana sifat pemalu yang agak menebal di usia begini, maka yang free sajalah yang dapat aku bawa balik.

Ok, yang di bawah ini ceritanya begini. Sewaktu aku baru nak sampai ke tapak karnival, keadaan cuaca seperti nak hujan malah setitik dua rintik hujan dah pun turun. Oleh sebab itu para pengunjung yang baru hadir ke khemah karnival dihulurkan baju hujan dan gelang getah 100 Tahun Nestlé Di Sisimu yang matching warnanya. Baju hujan merah, gelang pun merah, begitulah seterusnya. Dan disebabkan ada tiga warna yang diedarkan, maka terpaksalah aku usahakan sampai complete  kesemua warnanya diperolehi, barulah cukup setnya...






Ini pula adalah penanda buku daripadapa Milo. Yang ini aku dapat dari maskot Milo Kotak.



Inilah dia beg shopping Nescafé yang diperolehi setelah menjawab soalan (borang) trivia Nescafé. Masih dalam keadaan berlipat, belum buka pun lagi...


Yang selebihnya adalah souvenir paper cups yang sempat di kumpul dari booth-booth yang mengambil bahagian. Di bawah ini adalah paper cup Maggi Mash, produk kentang putar daripada Nestlé. Jenuh juga aku nak jelaskan kepada krew yang bertugas yang aku ni nak cup-nya saja, kosong dan tanpa isi....




Yang ini tak payah ceritalah, semua orang pun tahu, favourite kan.... Paper cup ini special sikit sebab ada logo 100 Tahun Nestlé Di Sisimu.




Cup Nespray ni pun aku minta buat souvenir...


Dan yang akhir sekali, aku tak pernah dengar nama ni, rasa pun tak pernah sebab tak sempat try hari tu (kaunter belum dibuka). Katanya berperisa nenas, tak tahulah, tak pasti. Apa-apa hal paper cup kasi settle dulu...




9 comments:

nikths said...

Nesle Sjora, ya saya ada plastic cupnya,dapat masa beli air di Food Court Jusco Tebrau.Plastic cup biasa,nipis tapi ada copnya sama seperti paper cup ni cuma gambar dan tulisan bawah tu rasanya tak ada.

Spallan said...

Maknanya kat JB dah ada la ayaq ni. Di sini rasanya belum ada kot. Takpa, kita tunggu kot-kot versi plastik macam bro Nikths punya akan muncul sebelah sini :)

nikths said...

rasanya dah lama.Beli tahun 2010 lagi.Tak tahu pulak betul ke tidak airnya.Saya ingatkan dia guna cawan je untuk isi air jualannya mcm kat pasar malam tapi rasa airnya memang air lemon bukan oren.Rasanya pun ok juga seperti rasa jus sebenar.

nikths said...

Info Sjora

A premium, refreshing beverage made from a blend of milk and fruit juices – a nutritional product that is a healthier alternative to carbonated soft drinks. Served cold, usually over ice, Sjora beverage offers a distinctive, smooth and light taste. It is a perfect complement to food or enjoyed on its own.

Nestlé Professional is dedicated to meeting the needs of chefs and food service operators. Together we work to offer consumers tastier and healthier choices. Visit Nestlé Professional to learn more about our specialized beverage systems and food solutions.

nikths said...

update info

sjora= mango atau tropical pineapple + skimmed milk

singapore ada jual air ni terutama kat KFC.

nikths said...

bro cuba tinjau kat restoran Delifrance,kat situ rasanya ada jual bersama menunya.Airnya siap letak dalam gelas kaca Nestle Sjora.Dapat minum dan dapat minta gelasnya sebiji dua jadilah.

Spallan said...

terima kasih atas info yang padat ni bro nikths. tak sangka dah ada sejak 2010 lagi. tips Delifrance tu macam menarik, nanti saya cuba. kalau berjaya, boleh di postkan nanti... tq bro

Unknown said...

Assalam nk tanye kt mane nk dpatkan brochure milo ??

Spallan said...

Salam. Kalau bookmark di atas yang Attiqah Yamna maksudkan, bookmark tu boleh diperolehi percuma dari booth promo Milo kotak. Masih ada lagi sehingga kini sebab baru minggu lepas saya jumpa di promo di aeon big.