Hari ini dah Jumaat, esok Sabtu dan lusa pula Ahad. Kalau mengikut jadualnya, esok dan lusa geng Milo akan hadir di Muzium Negara dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung yang datang ke pameran 100 Tahun Nestlé Di Sisimu. Bagi yang nak ke sana, ini ada barang yang aku baru discover, dan tak jumpa masa pertama kali aku ke pameran tersebut. Aku dapat tahu pun dari internet dan terus ke sana bila free...
Ahaaa...ni dia barangnya, setem 100 Tahun Nestlé Di Sisimu yang belum dikerat.
...ok, kita zoom-out sikit, kasi nampak keseluruhan helaian setem ini. Pada bahagian atas helaian ada logo Nestlé dan logo perayaan 100 Tahun Nestlé Di Sisimu dan terdapat duapuluh setem bernilai enampuluh sen setiap satu, menjadikan harganya dua belas ringgit setiap helaian.
Kepada yang berminat untuk memilikinya, sumber-sumber dari alam maya mengatakan setem-setem ini hanya boleh diperolehi di Muzium Negara sempena pameran ini berlangsung dan sehingga stok masih ada. Jadi, kiranya takdalah dijual di mana-mana pejabat pos dan yang seumpama dengannya.
Pengalaman aku masa beli hari tu (dijual di kaunter tiket pameran), staf yang bertugas memberitahu yang diorang ni takda beg plastik atau apa-apa yang boleh digunakan untuk membawa setem-setem yang baru dibeli ini. Jadi, terkonteng-kontenglah dua helaian setem ini terpaksa dipegang begitu saja. Dahlah time tu angin pun tengah kuat (ala terkelepet helaian setem dihembus angin) dan hujan pula macam nak turun. Setem kalau dah kena air, habis ceritalah.....
Maka, dengan segala hormatnya aku ingin mencadangkan kepada sesiapa yang hendak mendapatkan helaian setem ini, bawalah folder plastik ka, atau yang seumpama dengannya agar mudah dan selamat untuk membawanya ke sana ke mari sambil menikmati pameran dan aktiviti yang dijalankan...
Ok, di bawah ini pula adalah folder setem berisi lima keping setem enampuluh sen dalam pelbagai warna (seperti di atas) dan berharga lima ringgit setiap satu folder. Menarik, dengan imej produk Nestlé zaman silam. Kalau nak tengok macamana rupa dalamnya, silalah klik di sini.
Dua helaian setem campur lima folder setem, jadi empat puluh sembilan ringgit. Dan ini dia resitnya.
Flyer yang sempat aku ambil buat souvenir...
3 comments:
RASANYA PADA TAHUN INI DAH 3 KALI SETEM KELUARAN KHAS DIKELUARKAN..
alamak bro, ni dah kira bagus.Saya tak dapet nk sakau.Boleh tolong kawan Bro? he he he.Kiranya minta tolong dapatkannya.Lebih lanjut tgk email nikths@gmail.com.
fairus...tiga kali? apa yang dua lagi tu bro?
nikths...on bro, will check email
Post a Comment