Friday, March 23, 2012

Karnival 100 Tahun Nestlé Di Sisimu...bhg 1

Pada hari Ahad yang lepas juga, setelah selesai menyaksikan pameran 100 Tahun Nestlé Di Sisimu di Muzium Negara aku pun bergerak ke Dataran Merdeka. Untuk apa? Ahaaa, ada karnival pula di sana, Karnival 100 Tahun Nestlé Di Sisimu...



Aku sampai lebihkurang pukul satu empatpuluhtiga, dan brader RELA di situ memberitahu bahawa acara belum bermula, pukul dua baru start katanya...


Takpalah, aku jalan slow-slow. Di bawah ini adalah pentas yang dah sedia untuk artis-artis datang menyanyi sebelah malam nanti.


Menurut bunting ni, artis-artis yang akan datang menghiburkan para pengunjung karnival termasuklah Sheila Majid, Anuar Zain, Mizz Nina, Penny Tai, Jaclyn Victor, Hujan, dan lain-lain lagi.


Apa-apa pun, kita tengok papan maklumat ni dulu, apa yang ada dan di mana mereka berada...


Ok, pertama sekali yang ada di karnival ini adalah pek kotak yang disediakan oleh pihak Nestlé sebagai sumbangan ikhlas kepada yang memerlukan...


Kalau tak silap aku, para pengunjung boleh mengambil bahagian membantu dalam proses membungkus pek yang akan disumbangkan ini...


Di bawah ini adalah souvenir yang diberikan kepada pengunjung yang mengambil bahagian dalam acara Family Walkathon.



Dan ini adalah pek makanan yang disediakan untuk disumbangkan.


Memang cantik dan menarik kotak-kotak ini. Siap dengan logo 100 Tahun Nestlé Di Sisimu, ada kartun dan juga tips kesihatan di sebelah tepi kotak.



Namun, takda satu pun yang dapat aku bawa balik sebagai souvenir, hanya gambar kenangan sahaja yang terdaya dibawa pulang .....hahaha.








Cik Adik dua orang ini pula sedang sibuk menguruskan wrist band 100 Tahun Nestlé Di Sisimu. Nanti aku post macamana rupanya...


6 comments:

frightrice said...

By right Nestle shud bagi semua promotional item kat blogger Spallan. You deserve it bro!

Btw berapa kali boleh minum Milo kat van tu? Dulu masa kat opis lama aderlah van Milo ajaib ni dtg, aku siap lepak dengan abang Milo tu lagi, sambil beborak sambil refill, puas minom! Haha!

Koleksi Aku Punyer!!! said...

memang menarik karnival ni bro....

nikths said...

tak boleh ke 'kecek' sekeping dua kotak sumbangan tu buat kenangan?(sebenarnya buat koleksi he he he)

Spallan said...

frightrice....ahaaa, I wish bro
berapa kali minum? sesuka hati bro, no limits. sekali angkat dua cawan pun diorang tada hala, Milo heaven bro hari tu...

Koleksi Aku Punyer!!!.....memang menarik sangat bro

nikths...dah cuba bro, tak dapat juga (kalau boleh nak angkat serba satu tuh...)

Iaryylr said...

aduh terlepas pula, tetapi siapa ada kotak gambar lori milo tu boleh lah sumbang kat kawan2 kolektor, ha ha ha! :)

Spallan said...

iaryylr...saya pun hampir terlepas. terpaksa cancel trip ke Ipoh hari tu pasal nak ke muzium dan karnival...malam sebelum tu baru tahu hahaha