Tuesday, March 20, 2012

Pameran 100 Tahun Nestlé... bhg 1

Pada hari Ahad yang lepas, aku sempat berkunjung ke...


Maka Si Isteri pun terkejutlah, kenapa tak pasal-pasal nak pergi muzium nih, sebab last day cuti sekolah ke?  "...mesti ada something ni".


Ha ha ha..... dah semestinya. Inilah sebabnya.... Tak nampak?


Ok, kasi dekat sikit...


Dan ini dia pintu gerbang untuk masuk ke pameran 100 Tahun Nestlé Di Sisimu.


Rupa-rupanya, hari yang aku pergi tu, hari pelancarannya...


Jadi, walau pun kat kaunter ni tulih, nak masuk kena bayaq dua ringgit (dewasa) dan seringgit (kanak-kanak),  tapi mungkin sebab hari tu hari pelancarannya maka takda siapa yang jaga kaunter dan pengunjung boleh masuk free .....kot.


Ini pula adalah display karakter maskot produk-produk Nestlé, betul-betul mengadap kaunter tiket.


Ok, jom kita masuk tengok. Di bawah ini adalah intro bila nak masuk bilik pameran...




Dimulakan dengan sedikit info mengenai pengasas Nestlé...




Seterusnya, dipersembahkan koleksi produk Nestle dari zaman silam. Macam pernah aku tengok koleksi ini di blog-blog terkemuka Malaya. Mungkin abang-abang collector yang meminjamkan koleksi mereka bagi tujuan pameran ini. Syabas kerana berkongsi dan memberi peluang kepada generasi kini untuk melihat bagaimana rupa produk-produk  Nestlé  sewaktu mula bertapak di Malaya.




Majalah lama dengan iklan-iklan produk Nestlé.


Lepas tu pula adalah diorama Dapur Tradisional dari tahun limapuluhan.


Apa yang menarik adalah tin-tin vintage di dalam almari di belakang makcik tu...



6 comments:

frightrice said...

Bro, ader jual merchandise tak?

Salmi Khairil said...

wah tak sabornya nak g..

Spallan said...

takda satu merchandise pun bro frightrice, free sampling ada la. mungkin sebab hari tu hari pelancaran, belum ada la kot. macamana pun, boleh check sini untuk list of events... http://www.nestle.com.my/Media/Events/Pages/pameran_100_tahun.aspx

silakan Salmi Khairil, kalau pergi hujung minggu lagi best, ada macam2 aktiviti. check addresss atas tu untuk senarai aktiviti yang bakal dilangsungkan...

fairus said...

saya perasan ada pameran ini semasa terlihat di wall FB Muzium Negara.. Nanti boleh deal supaya pameran ni dibawa ke Melaka..

frightrice said...

Bagus untuk buat reference.

nikths said...

dengar kata 2 bulan berlangsungnya.Beruntung orang Selangor dan KL.