Wednesday, June 2, 2010

Captain Scarlet

Kepada yang sama time dengan aku pasti kenal rancangan sukaramai ni. Yaaa betul, ni lah dia cerita TV yang kita layan masa kecik dulu, Stingray, Thunderbirds dan Captain Scarlet and The Mysterons (dulu sebut Captain Scarlet je sebab panjang sangat). Kesemua rancangan ini telah dicipta oleh sepasang suami isteri, Gerry dan Sylvia Anderson dan telah ditayangkan di Malaysia pada tahun tujuhpuluhan dahulu. Dan kalau dah tahun tujuhpuluhan tu, dah semestinyalah ditayangkan dalam bentuk hitamputih (nowarna) dan kalau tak tayang kat channel 5, ada kat channel 8 (dua rangkain tu aje). Waktu tu belum lagi dipanggil RTM 1 atau RTM2. TV3 belum sampai lagi, Astro pula jangan mimpi la… Nak tukar channel pula kena pergi kat TV, kena pulas tombol tu. Volume kalu, kena adjust la control ala-ala reostat tu. Apa boleh buat, teknologi remote control belum sampai lagi, hahaha….

*

Ok, yang bestnya cerita ni dulu, kesemua karakter atau pelakonnya adalah patung yang menggunakan teknik yang dipanggil Supermarionation. Patung-patung ini mempunyai motor didalamnya (disamping menggunakan tali untuk pergerakan), dan mempunyai mulut yang bergerak seiring dengan apa yang sedang dipertuturkan. Canggih beb… Props nya pula adalah scale model yang terperinci pembikinannya, macam real.

*

Setakat ini siri Thunderbirds telah dijadikan live-action movie pada tahun 2004, yang membariskan pelakon-pelakon seperti Bill Paxton dan Ben Kingsley. Captain Scarlet pula dah di CGI-kan dan siri kartun ini telah dikeluarkan dengan nama baru iaitu The New Captain Scarlet pada tahun 2005. Tinggal Stingray je yang belum melalui proses pembikinan semula…










2 comments:

birudamai said...

Salam Tuan
He he he diri ini tak hidup lagi zaman Tuan. Tapi pernah tengok siri Thunderbirds kat TV. Walaupun pakai patung jer,tapi teknologi tu masa tu memang mendahului zaman dia. Best la!!

Spallan said...

yessir, memang terbaik. kalaulah patung-patung dari siri tv tu dijual,confirm jadi collector's item...