Crabtree & Evelyn telah ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Cyrus Harvey di Amerika Syarikat. Produk yang dikeluarkan olehnya adalah pelbagai wangian dan barangan penjagaan diri atau perapi diri seperti sabun, krim, dan juga lotion. Selain dari itu terdapat juga barangan untuk kegunaan rumah seperti potpourri, scented candles, drawer liners, dan fragrance diffusers. Yang biasa guna benda-benda ni sebenarnya adik perempuan aku, jadi satu hari tu dia bagi la kat aku biscotti yang kat bawah tu. Eh, ingatkan barangan wangian je yang ada, rupanya produk makanan pun ada juga.
Oklah, sebenarnya tujuan entry kali ini bukanlah untuk bercerita pasal Crabtree & Evelyn sangat tetapi sebenarnya nak tunjukkan apa yang terkandung dalam bekas tu. Haaaa….. ada nampak? Tulah dia koleksi (nak panggil apa ya) plastik pengikat bungkusan roti. Itulah dia hasil himpunan beberapa tahun. Setiap kali habis makan roti, plastik pengikat akan terus masuk ke bekas biskut C&E sampailah penuh. Macam-macam warna dan macam-macam tarikh expiry yang ada. Sekarang nak kena cari bekas baru. (bila la adik aku nak bagi biskut free lagi…)
No comments:
Post a Comment